Pages

Perkara Yang Perlu Diambil Ketika Hamil

Apa yang anda dan suami anda makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi Pastikan anda berdua mengamalkan pemakanan sihat yang lengkap dengan nutrisi sebelum merancang untuk hamil. Berikut merupakan beberapa sumber makanan yang perlu diambil oleh wanita-wanita yang sedang berusaha untuk hamil.

1. Asid Folik

Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk didalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang lahir sebanyak 80%!!. Jadi tingkatkan pengambilan asid folik ketika dan sebelum 12 minggu pertama kehamilan. Di minggu-minggu awal ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk. Asid folik banyak terkandung dalam bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang dan jus-jus.

2. Zat Besi

Nutrisi ini amat penting bagi membantu pembentukan sel darah merah dalam badan dan mencegah anemia. Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah keperluan hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada dua trimester terakhir. Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

3. Kalsium


Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangkan gejala ibu mengalami kebas dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil. Atas sebab itulah wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi.

4. DHA

Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Mulai 7 bulan kandungan, makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA. Tingkatkan makanan yang kaya dengan minyak omega seperti sardin dan salmon.

5. Air

Anda digalakkan untuk minum minumum 10 gelas air masak setiap hari. Sebagai variasi, anda boleh mengambil jus buah, susu, yogurt, sup dan jenis cecair yang lain. Jadi, pengambilan nutrisi lengkap sebelum dan semasa hamil tidak boleh dipandang ringan. Jika diet seharian tidak mampu membekalkan anda dan bayi dengan nutrisi selengkapnya, anda disarankan mengambil supplement/vitamin tambahan agar ruang-ruang kosong itu dapat diisi dengan sempurna. Ambillah supplement yang bahannya 100% semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet agar anda dan bayi mendapat nutrisi terbaik dan selamat.

No comments:

Post a Comment