Pages

Showing posts with label Aina Batrisya. Show all posts
Showing posts with label Aina Batrisya. Show all posts

Playground

Hari ahad lepas sempat bawak Syasya pergi jalan-jalan kat taman
Nama taman ni Taman Kenangan kat area bandar Temerloh
Sebenarnya tak plan pun nak pergi
Mula2 bawa Syasya turun main kat bawah
Tapi bila panas..bawak naik kat atas rumah semula
Apa lagi..mengamukla tuan puteri
Dah la bukan selalu dapat turun bawah
Bila turun sekejap kena naik semula..ihihi...

Aku pun apa lagi..
Terus ajak mak siap2 nak pergi taman
Dah banyak kali nk pergi taman ni..
Tapi mesti tak jadi.
Sebab kalau plan je mesti dah lambat
Nak sampai kat taman dari rumah ambil masa dalam 20 minit jugakla.

Last2 harini tercapai juga la hasrat nak bawak mak ngan Syasya pergi sini
Siap bawak bekal roti lagi nak bagi kura2 makan kat tasik tu
Tapi bila sampai.bayang sekor kura-kura pun takdek
Padahal masa pergi ngan Papa Syasya bulan 9 tahun lepas banyak
Bila pergi kali ni ..takdek plak..

Ok...jom..kita tengok keriangan Syasya first time pergi Playground...
hihi

BEREHAT SEKEJAP..AMBIL TENAGA SEBELUM TAWAF BAWAH RUMAH

KALAU NAK AMBIL GAMBAR JE MESTI NAK DUDUK

PEACE....DAPAT KELUAR DARI RUMAH...HAHHA

ADEH...DUDUK LAGI...UNTIE...NI LA RUMAH BARU KITER.. :)
FIRST TIME NAIK BUAI...SAFETY BTL BUAI NI..LEN KALI BOLEH PERGI LAGI
STANDBY.......1..2...3....YEAY!!!
TENGOK MUKA SYASYA...SERONOK BETUL DAPAT NAIK BUAT..SAMPAI SEPET2 MATA DUK SENYUM

MAMA PUN NAK MAIN JUGA.. (WAKIL BABY) HIHI

NAK TUNJUK PEACE TAPI TAK PANDAI..HIHI

KENAPA SYASYA SENYUM MACAM TU

NENEK PULAK YANG SERIUS

SENYUM....

WAH..TINGGINYA..

SEMPAT LAGI TENGOK ORANG MAIN BUAI

TENGOK...SENYUM...

NENEK..JOM KITA NAIK SEKALI..:)

NAK BUAT PEACE LAGI...



SYASYA SUKA NAIK "GEDEGUK..GEDEGUK..GEDEGUK.."

SELAMA NI MAMA NGAN NENEK JE JADI "GEDEGUK" SYASYA

JOM BALIK..DAH PETANG DAH NI

BALIK..BALIK..NYAMUK BANYAKLA..


DAHAGA..MAKAN AISKRIM


AUM....CEDAPNYA....

CUBAAN BUAT BEST PULAK..
Apapun..rasa happy sangat dapat bawa Syasya jalan2
seronok tengok die happy
Rasa tenang je jiwa.
Sayang Syasya sangat..
Penangan ynag aku.. Dapat MC 2 hari sebab banyak jalan hari ahad haritu..hihi

Antara Dua Sempadan..

Amboi tajukkk...
Macam dalam dilema pulak..hhihi
Takdeklah...
Ni pagar baru Syasya,..
Tempah kat sekolah tapi F.O.C...hahaha

Sekarang kami pindah kat rumah baru.. 
Perlu 3 pagar untuk elak Syasya merayap ke dapur.. 
elak Merayap ke balkoni rumah.. bahaya woo sebab duduk tingkat 1
Elak merayap ke luar sebelah dapur..
nanti habis main dekat bahagian belakang rumah

Bila dah ada pagar ni rasa selamat sikit
Kalau tertidur pun tak pe sebab tak perlu risau dah
Kalau sebelum pagar dapur ni siap, aku pakai almari rak kasut jer..
Tapi mana tahan ma..asyik nak kena alih je..
Last2 tercebut jugak kaki rak tu
Tu pun die dah pandai tolak sebab rak tu ringan je

Ni la pagar baru Syasya...
selamat...hihi

Sorry Sayang...dapat tengok Mama masak je dari jauh ok.. Takdek can la nak merayap kat dapur dah lepas ni...Hahaha

Pagar yang memisahkan antara dua kawasan..hahha
  


" AWAK " Syasya

Tada......
Kat sini aku perkenalkan BFF Syasya merangkak " awak " dia..
hahhaa...
Korang mesti ingat siapakah gerangan "awak" Sysya ni kan...

Macam mana boleh lekat nama "awak" tu?
Macam ni.. tiap kali die manangis, aku akan pegang bear tu..
Sambil tu aku sebut la awak dekat Syasya..
Maksud aku konon-konon bear tu yang bersuara panggil die...
Tapi last-last... Syasya yang yang panggil bear tu "awak"

So..lekat la sampai sekarang nama "awak" tu..hahha

Jom..kite berkenalan dengan "awak" Syasya

Ni la "awak" Syasya.. Ada lagi lagi "awak" dia yang tak sempat nak panggil untuk sesi bergambar ni.. ada "awak" dalam bilik aku,bilik mak, dalam bilik mainan die pun ada jugak..hihihi...

Pandai anak mama ni..Siap bergaya lagi...Comel....

Syasya VS " awak "

"Awak" ni la yang jadi umpan bila die meragam.. Tapi nasib baik makan dipujuk jugak..hahaha

Mainan Baru Syasya

Haritu adalah pergi jalan-jalan kat pasar malam Mentakab
Keluar petang tu nak beli barang2 dapur
Alang2 dah keluar, terus ajak mak pergi pasar malam.
Beli makanan la...

Jumpa jugak buah rambai yang aku duduk tunggu tu
Tapi beli sikit je kalau beli banyak, nanti layu  lama-lama
Beli seikat cukup untuk kami berdua..hihi

Masa jalan nak pergi kat parking kereta,
Lalu kat tempat orang jual mainan budak-budak
Syok pulak tengok banyak mainan.
Mulalah duduk fikir nak beli apa kat Syasya
Last2 beli mainan macam piano yang ada sound tu
Rm 15 ..mintak kurang tak bagi pulak abang tukang jual tu
Anak punya pasal..belilah jugak

Tak sempat nk letak dalam plastik
Syasya terus nak pegang
Aku tak bagi..takut jatuh kat atas jalan..
Rugi je nanti sebab rosak..

Jalan2 kat depan lagi
Jumpa lagi orang jual mainan
Nampak plak papan putih untuk budak2 menulis tu
Mak cakap " bagus beli yang ni "
Last2 beli lagi satu mainan..

Untuk Syasya..
hari yang sama dapat 2 mainan sekaligus..
hihi
Takpelah, janji anak mama ni ada mainan nak main.
Untuk minda juga kan,..

Jom layan Syasya main mainan baru dia



Hasil Tangan Syasya Menulis. Sebelum ni habis buku2 die conteng. Dapat hadiah kalender, satu simpan kat rumah, satu simpan dalam kereta.. Senang die nak menulis..hahha

Pen biru kat kai Syasya tu pen mainan die la.Aku cabut dakwat die..bagi haousing je. Kalau ada dakwat..sampai habis kaki tangan dengan muka kena conteng.

Tapi mata pen tu dah tercabut. Mula2 tak jumpa kat mana, rupanya dah terpelanting. Ganas anak mama ni menulis sampai hilang mata pen. Last2 aku bagi pen tanpa mata jer... Bahaa sebab kalau tertanggal lagi mesti dia makan punyelah mata pen tu.

Mainan bunyi2 Syasya. Tapi soundnye kuat yang amat sangat. Tak boleh nak slow macam die punye i-pad tu... Siap ikut lagi bunyi2 dalam tu..hai Syasya oh Syasya..memang dah pandai mengajuk apa yang terjadi kat sekeliling die


Bila Syasya Pakai Scarf





Gambar ni baru ambil 2 hari lepas...
Aku nak bagi scarf tu kat nenek Syasya..
Bila dah nampak..mulalah dia nak pakai..
Pandai pulak tu possing atas motor die..
Minah rempit la katekan...haha

Semalam masa ngah tango ngan papa die..
Syasya naiklah motor die..
Sekali ntah camane tayar depan terangkat sempai tertonggeng ke belakang..
papa die die nampaklah sebab tengah online..
Apalah Syasya ni..kalau bawak motor ganas sangat...
habis tayar depan belakang die nak angkat...



Kerana Terpaksa


Pagi tadi...
syasya bangun lambat dari biasa..
Lebih kurang pukul 7.20..
Masa tu aku dah kalut2 nk pergi kerja..

Ajak die bangun..
Die cari awak dulu...
lepas tu cium awak pulak..
Aku ajak die kuar bilik..taknak lagi..
Duduk lagi kat tilam...
Panggil nama papa die pulak..
Rindu agaknya sebab semalam tak sempat tango...

Aku tarik je tangan die keluar bilik..
Taknak jalan sendiri..
Nak dukung...
Bawak ke luar pergi ruang tamu...
Taknak duduk sendiri...
Nak duduk atas riba pulak..
Mulut asyik sebut "beg..beg" je...
Sebab tengok ada handbag kat tepi aku....

Sebab dah terlampau lambat nak pergi kerja...aku minta mak pegang Syasya dulu..
Terus menangis taknak..
MAsih nak manja2 dulu dengan aku,..
Kesian pulak tengok die
Sedih naluri keibuaan aku ni..

Mak bawak die pergi luar rumah tengok pokok jagung sementara aku undur kereta..
Dari dalam kereta aku lambai die..
Terus menangis kuat.. Nak ikut..
Selalunya kalau die bangun awal..takdekla mengaruk sam[ai macam ni
Mungkin tak puas nak bermanja dulu. rasanya
Yela..dah cuti 4 hari asyik duduk sama jer..pagi ni dah kena tinggal..

Sambil dalam perjalanan nak pergi sekolah..
Fikiran ni terus ingat kat Syasya..
Kesian pada Syasya..
Tapi mama tak boleh buat apa-apa sayang..
Mama kena kerja...

Untuk anak mama Syasya.,..
Mama mintak maaf k..
Bukan sengaja nak tinggal Syasya kat rumah..
Tapi mama kena kerja sayang...
Walaupun hati mama ni sedih tapi mama kena pergi juga...
Mama terpaksa sayang.. Sebab memang dah tugas mama...
Mama harap sangat anak mama faham yer...

Balik nanti tunggu mama yer..
Nanti kita main sama-sama..
mama faham..Syasya sekarang ni makin manja..
Mungkin sebab syasya dah dapat rasa akan kehadiran adik baru nanti..
Tapi percayalah sayang..
Mama tetap sayang Syasya selamanya...

Sayang anak Mama


Syasya dah dapat kaki

Syasya sekarang dah dapat kaki. Lambat sikit daripada orang lain.. Tapi takpe, yang penting sentiasa sihat.

Balik keje semalam aku tengok Syasya bukan main lagi jalan kat dalam rumah.Walaupun jalan macam orang mabuk.Kelakar sangat.

Tapi semalam jalan terhuyung hayang sampai jatuh tersembam. Menangis.....hihi... Takpelah sayang...tu baru namanya proses pembelajaran

Sekarang bukan main lagi,suka pergi dekat pintu ketuk-ketuk. Kalau kita tak layan,menangislah jawabnya... Nak keluar berjalan.

Sorry sayang..mama balik keje petang penat..tak larat. Dalam keadaan sekarang ni balik keje je terus melepek kat rumah. Tak dapat bawak pegi round jalan kaki.. Tunggu papa cuti minggu depan k sayang....

Hobi Baru Syasya

Syasya sekarang ni dah ada hobi baru. Mentang-mentang dah ada gigi walaupun dua batang..hihi....
Suka sangat gigit orang...lawak betul Syasya sekarang ni.

Kalau Syasya marah lagi teruk, dia akan tarik tangan kite pastu gigit..Walaupun tak sakit tapi geli lah...hahha.. So apa lagi..aku  akan balaslah...Aku akan tarik lengan die..wat2 gigit..pandai pulak geli....

Satu lagi hobi syasya ni, die suka tolak kite.. Contoh macam kalau kite baring kat tilam, dia akan tolak kite suruh bangun. Semalam aku baring kat sofa sambil online, Syasya geram tak dapat online jugak sampai dia tolak aku suruh jatuh kat bawah tu....tapi tak kisah pun..So sweet sangat2...hihii....

TIK TOK..TIK TOK...

Tengok jam baru pukul 4.10 petang. Penatnya rasa waktu ni berjalan. Tak sabar nak balik rumah. Rindu kat Syasya. Rasa macam nak balik terus je, tapi mati kena marah dengan boss...hihihi.. Takpela, sabar..sabar.... Rindu nak pegang Syasya ..nak tengok die gelak bila sampai nak ambil kat rumah pengasuh. Dari tingkat atas Syasya dah senyum tengok mama die parking kat bawah. Bile kite naik je kat rumah,mulalah gelepar nak suruh ambil. Kadang-kadang tu saje je babai konon nak tinggal die..MUlala menangis...hihi..Jahat betul Mama Syasya ni.

Takpela, walau penat pun tapi seronok. Syasya sekarang ni dah pandai merangkak dah.. Aduh letihnya mama nak kawal Syasya ni. Pantang terlepas laju jer nak pergi berdiri kat sofa tu. Mulalah nak menyusur sofa. Berlari mama pergi jadi pagar kat belakang Syasya tu. Takut jatuh nanti kesian pulak. Nak marah tak guna sebab budak kecil mana paham kalau kita marah2. Lagipun tak elok marah anak..hihi ( walaupun kadang2 terlepas jugak ). Takpela Syasya, mama rela jadi pagar asalkan Syasya cepat berjalan. Harap2 raya nanti dah pandai jalan sendiri, boleh kite pegi beraya sama-sama..hihihi

Bila dah sebelas bulan ni, Syasya dah pandaik buat macam2 apa yang kita ajar. contohnya macam buat bunyi "perp..perp " guna mulut dah pandai. Ikut kite jelir lidah pun dah pandai. Alhamdulilah, dah makin pandai dah. Jelir lidah tu bukan unytuk ejek tau.. Tu salah satu ransangan untuk bayi tau.. Mama Syasya ni rajin cari maklumat tentang bayi dalam google. Tiap2 bulan tak pernah miss beli majalah Pa&Ma.  hihi....

Tapi susah kalau nak bersiap pergi kerja pagi-pagi. Pantang kita keluar dari kelambu (kelambu besar yang kita blh masuk sekali tu ),mesti menangis nak ikut. Kalau papa ada senang sikit, kalau papa takde yang susahnya. Tak taulah camana nanti lepas papa Syasya pergi Port Dickson minggu depan....jenuh mama nak siap2 pergi kerja kelam kabut.. hihi.... Sejak dah besar dan kenal orang ni, susah nak tinggal, mesti nak ikut..nak bergayut je.. apa lagi, siap2 mandi terus ambil cermin, duduk depan kelambu tu.. solek2.. Suka sangat Syasya ni kit duduk depan die,lagi suka kalau mama bagi die tengok cermin, mulalah suka menjerit-jerit.. babai pada ceemin tu, padahal memang muka die pun, maybe ingat ada kawan kot...

ok, sekarang mama nak kemas-kemas makmal dah ni... jap lagi dah pukul 5.00pm... Apa lagi, terus start enjin nak baliklah. Nak ambil Syasya... Syasya tunggu yer....

Syasya Oh Syasya........

muka baru blog

hahaha...ada ke tajuk yang macam tu? Hmmm...ikutla..ni sebb dah lama tak update blog...so kire macam kena wat semula la... kat bawah ni gambar baby syasya dari masa dia lahir....  Rindu sangat2 kat syasya..muaahh..semoga menjadi anak yang soleh dan anak yang baik untuk papa dan mama...

Nur Aina Batrisya - 1 hari
Syasya - 3 hari

Sayang Anak Mama

Papa Sayang Syasya

Ada Gaya Anak Bapak Tak?



Suka Sangat dapat masuk dalam buai