Pages

Showing posts with label kebahagiaan rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label kebahagiaan rumah tangga. Show all posts

Petua Membelai Suami

 



Petua Membelai Suami

1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.

2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.

5. Sentiasa berhias untuk suami bila berada di rumah. Mengenakan pakaian yang boleh membuatkan si suami bersemangat atau ghairah seperti pakaian yang nipis atau seksi. Walaupun malu, lakukannya kerana setiap lelaki mahukan wanita berpakaian seksi. Tambahan pula, pahala untuk si isteri hanya dengan membuatkan suami menjeling geram.

SUMBER : Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung



8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji'  

-iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

            

 2. P kedua ialah 'peluk' 

- yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 

3. P ketiga ialah 'penghargaan' 
- di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' 
- yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. 

5. P kelima mewakili 'persefahaman' 
- kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing. 

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' 
- iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 

7. P ketujuh adalah 'percutian' 
- di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain. 

8. P yang terakhir ialah 'permohonan'
-  iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. 

beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
  
kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,"
~*~WAHAI PARA SUAMI~*~*

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis karanamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin, karena keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu.

Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN :

” Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? “

Lalu TUHAN menjawab :

” Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini”..

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU

Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya…

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal

Malaikat pun bertanya : “…Apa itu Yaa TUHAN ??

Tuhan menjawab : Bahwa “Betapa BERHARGAnya dia”…

semoga bermanfaat bagi para suami