Pages

MALBATT 5

Tanggal 22.10.12 tiba juga.. Tarikh yang akan memisahkan kami selama setahun. Walaupun perkataan 'se' itu cukup ringkas namun bagi kami ia adalah masa yang cukup lama. SETAHUN!

Sapa yang tak sedih bila nak berpisah orang yang kita sangat2 sayang ni. Hanya orang yang mengalami sahaja yang akan tahu perasaan aku saat itu. 

Haritu aku dengan syasya, mak mertua dan kedua mak ayah aku pergi ke Subang untuk menghantar suami sebelum berlepas ke sana. Suasana masa tu memang sedih gile. takdak sorang pun yang aku tgk yang tak sedih.

Ramai juga yang datang masa tu. Sampai dua khemah tak cukup.. Siap ada yng bawak tikar lagi,picnic kat tengah kawasan tu. hehehe.

21.10 sebelum tu,aku check in kat Concorde Hotel Shah Alam. Bayar mahal pun takpelah,sebab masa tu je yang ada untuk kami habiskan bersama. sebab kalau check in hotel berbeza, esoknya dapat jumpa sekejap je.

Yang paling tak tahan sebak bile pengumuman suruh semua anggota masuk check in dalam airport
 ( just for tudm ). Rasa sedih sangat. Aku peduli apa dengan orang sekeliling. Aku peluk je dia kat situ. Sebab lepas ni lagi setahun baru dapat jumpa. Hanya Allah yang tahu perasaan ni.

Aku dan mak mertua sanggup bersesak masuk dalam dewan tu bila ada announce bagi peluang kat ahli keluarga tengok diorang kawad sebelum berlepas. Syukur alhamdulillah, Tuhan bagi kemudahan pada kami untuk duduk kat depan sekali. Walaupun panas sangat tapi syukur sekurang2nya aku dapat tatap wajah suami walaupun jauh. 

Nasib baik die dah cakap die duduk barisan mana masa kawad tu, so aku senang nak cari. Macam orang lain lagi kesian sebab duk tercari2 suami diorang. Kiranya sistematik jugakla suami aku sebab dah bagitau awal2..hehehe...

Kesian Syasya masa tu. Asyik menangis sebabb panas. Manakan tidak,semua orang kena bersesak dalam tu. sebab berdiri bahagian belakang memang takkan nampaklah. Nampak kepala orang depan jer. 

ok lah, kat bawah ni ada gambar untuk kenangan dan suami untuk tengok. Sebab sekarang ni hanya internet yang dapat hubungkan kami. Nasib baik kat sana dapat rangkaian internet. Dapat juga tanya khabar and video call. Walaupun jauh tapi hubungan tetap rapat.

Doa untuk suamiku....

Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau selamatkanlah suamiku dan semua anggota yang menyertai misi ini dari segala mala petaka dan bahaya. Kau berikanlah mereka kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dan keselamatan yang baik. Jauhkanlah mereka dari segala kecelakan dan perkara buruk. Hanya kepadaMu aku memohon Ya Allah. Enkau berikanlah mereka kekuatan dan syafaatMu ya Allah kerana mereka berada dalam keadaan bahaya di sana. Hanya padaMu aku memohon Ya Allah. Kau rapatkanlah kasih sayang dan cinta kami Ya Allah. Hanya kepadaMu aku berserah...

Amin...........

Abang..semoga abang sentiasa sihat dan diberikan perlindungan oleh Allah di sana. Kami di sini sentiasa doakan abang agar abang selamat pergi dan pulang.  

Habiskan masa yang ada bersa0-masa

Syasya yang tak tahu apa-apa

Papa sayang Syasya

I love U Sayang

Suami tengah berbaris

Perbarisan

Nasib baik dapat berdiri sama depan

You Are My Hero Sayang!!!
baru lepas Check out

Suka Syasya

Suami dengan abah




At bawah khemah


Papa dukung Syasya puas2.





4 comments:

  1. Same lah kte..ditinggalkan mereka ke Lebonan..Terkilan x dpt menghadirkan diri semasa pemergian anggota MALBATT 5, kump kedua..Sem0ga pergi dan balik dengan selamat.

    ReplyDelete
  2. kenapa tak dapat hantar haritu..takpe yang ptg doa kita sentiasa mengiringi mereka kat sana. semoga allah berikan kesihatan yang baik dan keselamatan sampailah tamat misi nnt..amin

    ReplyDelete
  3. samelah kita.....MALLBAT5 kump kedua....hanya tuhan yang tahu betapa rindunyaa.....tinggal 10bulan lagi..sama2lah kita "mentabahkan diri"... in shaa allah semua selamat...amin.

    ReplyDelete
  4. HAAH...Ada lagi 10bulan..lamanya rasa nak tunggu kan..seb bek masih dapt berhubung..tkdeklah macam org sasau kt cini...hihihi...hope semua selamat..amin

    ReplyDelete