Pages

Showing posts with label tips untuk anak. Show all posts
Showing posts with label tips untuk anak. Show all posts

Proses Ekspresi Diri

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia.

2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.

3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.

4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang

5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

OH...patutlah sejak dua menjak ni Syasya selalu buat hal2 macam ni. Lepas ni tak boleh marah2 dah.. Akan ikut panduan ni. Semoga anak mama menjadi anak yang solehah..Amin..

ANAK , CERMINAN ANDA

Ramai di antara kita sering mengeluh dan bertanya kenapa anaknya tidak dengar kata dan selalu buat perangai. Bagaimanakah boleh jadi begini?

Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan masalah seperti ini, pernahkah anda terfikir yang tidak dengar kata dan yang sedang buat perangai itu sebenarnya bukan anak sebaliknya anda?

Tentu anda tertanya-tanya mengapa? Bukankah anak itu cerminan anda? Seperti yang kita semua tahu, anak dilahirkan suci bersih tanpa sebarang kekotoran. Kita orang dewasalah yang mencorakkannya.

Dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Jadi, jika anda marahkan anak, anda terlebih dahulu patut dimarahi kerana anda yang mendidiknya. Cuma yang membezakannya ialah sama ada dia belajar secara formal daripada anda atau secara tidak formal iaitu berdasarkan contoh yang anda tunjukkan. Mungkin ramai di antara kita terlupa dan ada juga yang tidak sedar bahawa anak sentiasa meniru setiap tingkah laku orang yang berada di sekelilingnya.

Bagi mereka, ibu bapa adalah idola. Baik mahupun buruk perangai ibu bapa, mereka tetap ikut sebab mereka tidak tahu membezakan antara perkara yang baik dengan yang tidak selagi belum diajar.

Perkara asas yang perlu ibu bapa tahu dalam mendidik anak ialah tentang kasih sayang. Didiklah amanah Allah ini dengan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya Yang Maha Esa kepada kita hamba-Nya. Walaupun banyak kesalahan dan kesilapan telah kita lakukan, Allah SWT tidak pernah mengabaikan kita dan sentiasa memaafkan malah kasih sayang-Nya pada kita tidak pernah pudar. Begitulah juga dengan kita semua. Jika anak berbuat silap jangan terus memarahinya. Selidik dahulu apa puncanya dan ajak anak perbetulkan kesilapannya. Barulah anak rasa diri disayangi dan dihargai. Hasilnya, anak-anak akan sentiasa rapat dengan ibu bapa dan bukan menjauhkan diri lalu mencari kasih sayang di luar rumah.

Dari semasa ke semasa, terapkan dalam diri anak tentang realiti kehidupan kita di dunia ini. Terangkan pada anak, mengapa Allah SWT cipta kita dan apa tugas kita di muka bumi ini. Ingatkan juga pada anak agar sentiasa berselawat kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, insan yang membimbing kita ke jalan yang benar.

Bagi anda yang ada anak lelaki, rajin-rajinlah bawa dia solat berjemaah di surau ataupun masjid. Seminggu sekali pula, ajaklah seisi keluarga berjemaah di masjid sambil menghadiri majlis-majlis ilmu. Pada masa yang sama, jangan lupa menekankan tentang penting membaca Al Quran. Biasakan anak-anak membaca Al-Quran sekurang-kurangnya lima ayat setiap hari.

Di dalam kenderaan pula, lebih baik jika anda ajak anak-anak mendengar alunan zikir atau tazkirah berbanding mendengar lagu-lagu yang boleh melalaikan dan yang terlalu memuja dunia. Ibu bapa juga boleh menggunakan masa di dalam kereta untuk mengajar anak-anak tentang pelbagai perkara yang ada di sekeliling. Hasilnya, masa yang ada tidak dibazirkan begitu sahaja sebaliknya setiap detik yang dilalui dimanfaatkan sebaiknya.

Semoga kesungguhan kita mendidik anak-anak ke jalan yang benar akan sentiasa diredai Allah dan keluarga kita akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diberi taufik dan hidayah. Amin.

SILAP MENDIDIK


Pilih Kasih Antara Anak-anak
 
Jangan sesekali anda bezakan kasih sayang pada anak-anak walaupun nyata ada seorang daripada mereka yang bijak dan pandai mengambil hati anda. Setiap kali ingin melebihkan seorang anak daripada yang lain, fikirkan apa yang anda akan rasa jika anda di tempatnya, menjadi anak yang dipinggirkan. Cara ini mampu menyedarkan anda tentang pentingnya menyayangi semua anak sama rata.

Menegur Menggunakan Perkataan Negatif
 
Ramai ibu bapa begitu mudah marah anak dengan menggunakan bahasa-bahasa yang kasar. Akibatnya, anak sudah terbiasa dengan perkataan negatif itu dan akan mengulanginya jika dia marah pada seseorang. Untuk mengelakkan hal ini terjadi, gunakanlah bahasa yang baik ketika menegurnya dan tegurlah dia dengan lembut dan bukan menengking atau menjerit.

Malas Berdoa Untuk Kesejahteraan Anak-anak.
 
Ketahuilah bahawa doa ibu bapa terhadap anak-anaknya sangat makbul. Jika inginkan anak yang mengikut perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya, rajin-rajinlah berdoa dan lebih elok jika bangun malam, bertahajud dan solat hajat. Insya-Allah, tuhan akan membantu kita.

MUNGKIR JANJI
 
Jangan sesekali mungkir janji pada anak-anak. Sekira tahu anda susah menepati janji, jangan berjanji. Akibatnya, anak akan mudah hilang kepercayaan pada anda seterusnya tidak akan menghormati anda.

Kurang Memberi Perhatian Pada Anak
 
Ada sesetengah ibu bapa selalu tidak mengendahkan setiap pertanyaan atau cerita anak-anak.
 Alasannya sibuk. Sepatutnya, ibu bapa perlulah sentiasa bertukar-tukar cerita dengan anak-anak dan bertanyakan perkembangan terkini mereka. Barulah anak rasa diri dihargai dan disayangi.

Terlalu Manjakan Anak
 
Kurang perhatian terhadap anak-anak tidak baik, terlebih memanjakannya pula boleh membinasakan. Langkah terbaik ialah sederhana dalam setiap tindakan dan perbuatan.

Tidak Menghargai Anak
 
Ramai ibu bapa sentiasa memang kelemahan anak-anak berbanding kelebihan mereka. Akibatnya, anak rasa kecil hati seterusnya menjauhkan diri daripada keluarga. Anak-anak ini akan memendam rasa dan membuatkan mereka murung.

Tips mendidik Anak Soleh dan Solehah

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2. jangan guna tangan atau anggota badan tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita nanti. Nanti anak kita kan bertambah nakaldan tidak boleh control

3. pukul atau rotan anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan meransang ke bahagian otak.

4.  Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan berasa rendah diri.

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari. 
( kajian menunjukkan anak yang anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang kurang dipeluk )

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin pada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran.

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. ( Berilah pujian, pelukan, ciuman , hadiah atau sekurang-kurangnya senyumansetiap kebaikan yang dilakukannya. )