Pages

GENAP 3 BULAN

Harini genap 22.01.2013
Pejam celik pejam celik...dah 3 bulan masa berlalu..
Tak terasa rasa berjalan..
Sebab mungkin tak fikir sangat pasal masa..
Mungkin juga sebab kerja yang banyak kat sekolah
Balik rumah penat melayan Syasya pula
Dan sibuk mengira tarikh kelahiran baby baru nanti...hihihi

Kalau asyik fikirkan,
Memang akan rasa masa tu lambat bebenor nak berlalu..
Tapi nasib baiklah setakat hari ni, kami masih boleh berhubung
Sebab tu tak terasa sangat kehilangan..
Kiranya kerinduan pada suami dapat dibendung lagilah..
Chewah....hahaha...

Tapi takpe,
Yang penting semua selamat,
Aku sentiasa doakan suami kat sana selamat dan diberikan kesihatan yang baik
Cuma kesian je la, sebab cuaca kat sana yang sejuk gile..
Dah biasa duduk kat Malaysia ni yang panas..tibe2 pergi pulak tempat yang sejuk..
Kalau aku mau pengsan jugaklah...hihihi..

Banyak perubahan yang perlaku dalam masa 3 bulan ni,
Yang paling memenatkan adalah aktiviti pindah rumah..
Perghh...Allah je yang tau penatnye..
Semua nak kena kemas sendiri, 
Nasib baik man mertua dengan anak saudara
Kalau tak..mau pengsan nak kena handle sorang..
Ok..stop cerita pasal pndah rumah..
Nanti citer kat part die ok

3 bulan ni..
Hidup rasa macam tak sempurna pulak
Yela, ada suami tapi jauh pulak,
Tak dapat nak kongsi suka duka,
Sakit demam semua kena tanggung sendiri,
Selalu time mengandung ni la nak manja lebih2 kan,
Nak makan itulah, nak makan inilah,
Tapi sekarang semua kena layan sendiri jer,
Harap2 baby lahir nanti jadi anak yang berdikari
Sebab papa die tak pegang die, tak bercakap dengan die pun lagi,
masa lahir pun nanti papa takdek,
Kesian anak mama nanti.

Ya Allah..Kau berikanlah kekuatan kepada kami untuk meneruskan hidup ini.
berikanlah kesabaran yang tinggi kepada diriku
Kuatkanlah hatiku dan tabahkanlah hatiku

Tak boleh nak fikir sangat
Kalau  fikir mesti menitik air mata ni
Menangis pun sorang-sorang je dalam bilik
Taknak mak nampak
Aku tau..kalau mak aku sedih,die juga akan sedih
Sebab suami aku tu kan anak die
Perasaan die lagi kuat dari aku

Kadang-kedang kesian tengok Syasya,
Kalau die tengok aku menangis,
Die mesti menangis jugak padahal die tak tau pun sebab apa
Tu yang buat aku makin bersedih
Tapi aku tahu,
Aku mesti kuat untuk semua orang.
Biarlah dalam hati ni Allah je tahu perasaan aku..
Biarlah luaran orang nampak aku happy
Janji orang tak tahu aku sedang bersedih.

To Suami tersayang, saya nak abang tau perasaan saya ni bila abang baca blog ni ok...
Setiap saat saya tak pernah lupa pada abang
Tiap saat saya sentiasa doakan keselamatan abang dekat sana
Semoga abang sentiasa dilindungi Allah selalu
Jangan risau keadaan kami kat sini
Kami akan jaga diri sebaik mungkin
Yang penting abang dekat sana,
kalau boleh elakkan berada dalam kawasan yang berisiko
Semoga Allah akan lindungi abang dekat sana

Kami semua sayang abang ok.....

No comments:

Post a Comment