Pages

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

MEOW LUBNAN .....




Cuba korang tengok kucing ni..
Kalau kat Malaysia ni berapa ribu sekor..
Sebab bulu dah la kembang...Gebu pulak tu..
Bersih lagi gemok..haha

Geram aku tengok gambar kucing ni.
Rasa nak suruh je cik abang bawak balik malaysia nanti
Kucing tu bukan yang orang bela pun..
Tu yang hidup sendiri..
Tak taula besar mana kalau ada tuan..
Mau sebesar anak singa yang baru lahir tu kot..
hahaha
Tapi aku memang geram tengok...
Meow.....hahaaa

Syasya VS Kucing

Amboi..mentang-mentang anak Puan Cat.....memang suka kucing jugak Syasya ni..hihi.... Aku duduk dekat kuarters...tapi dapat rumah bawah sekali...Kirenye kalau ada pape..memang akan direct kat depan rumahla..

Kat kawasan tu ada banyak kucing.. Umpan aku bile syasya  menangis, just panggil kucing jela..Kucing ni,bile kite buat baik,bagi makan..jawabnye akan jadi kucing kite lah sebab die akan stay kat rumah kite terus..

Kisahnya sebab aku rajin wat jamuan dekat kucing-kucing tu. bagi nasi,beli makanan kucing bagi makan kat depa tu... Ada sekor anak kucing ngan mak kucing duduk kat citu..Pantang kita bukak pintu sibuk nak masuk rumah. Tapi aku jarang wat masuk sebab takut kotor. Yela,bukan kucing kita..kalau kucing sendiri dah terjamin kebersihannya sebab kita akan mandikan kucing tu.

Ada satu hari tu, aku bawak masukla kucing tu kat dalam rumah. bukan main suka lagi Syasya sebab dapat pegang kucing. Selama ni dapat tengok je. Aku pun bagilah Syasya pegang kucing tapi kena tengoklah sebab takut kena cakar..hihihi...

Apa lagi Syasya sibuk nak sayang kucing tu.. Nak cium kucing tu.. Rimas aku tengok kucing tu..hahha. Ni semua sebab Syasya suka sangat Sayang pada kucing dalam buku die tu. Apa lagi, bile jumpa kucing yang ORI... die nak sayang betul2 pulak.. Apalah syasya ni..macam-macam.. mama die a.k.a Puan Cat pun tak cium kucing tu... Takpe sayang..nanti mama amndikan meow tu,ciumlah puas2 k...hehehe...
 

Ahli VS Bukan Ahli

Ni cerita suka-suka jer. Saje nak bagitau apa yang dah berlaku.
Kejadian tu ( chewah ) berlaku hari ahad yang lepas. Aku, papa Syasya dan Syasya keluar ke Bandar Mentakab. 
Saja nak pergi cari barang raya. Prepare beli sikit2.

Pastu tengok ada satu banting tu, tulis promosi pembukaan kat satu kedai elektrik tu. 
Sebelum ni kedai tu terbakar,dah dapat duit insurans la tu yang renovate lagi cantik. 
Yang teruja sebab tengok ada iron baju RM9.90. Murah giler kan. 
Biasalah perempuan, kalau dengar benda murah mesti "selak"  nk..hihihi...

Dalam kertas pamplet tu tulis iron tu blh bli selepas pukul 11am. 
Aku kul 10.45am dah terjongol dah kt kedai tu. Konon2 nk cepAT la. 
Takut barang tu habis. 
Selepas pukul 11am  pun depa masih atur2 barangan yang nk wat promosi tu. 
Aku dengan sabarnya menunggula sebab nak dapat iron murah tu.

Aku dapat turn no 2 (berkat usaha tunggu awal2). Pastu amoi tu cakap sapa yang ada kad sahaja boleh beli dengan harga promosi. 
Sapa yang takdek kad ahli boleh buat kt kaunter dengan bayaran RM5 sahaja SEUMUR HIDUP.  
Adalah dalam lima ke enam orang yang pergi daftar buat kad tu. 
Aku cakap aku dah ada kad tapi tak bawak. 
Amoi tu cakap kena pergi check kt kaunter nk tgk samada sah lagi atau tak. 
Aku yang blurr..blurr ni pun pergilah kt kaunter tu konon2nye nk cek nama masih sah lagi atau tak. 

Sampai je kat kaunter tu, cina yang jaga kaunter tu taknak cek bila aku bagi ic nk suruh tengok valid ke tak. 
Die tunjuk kt belakang. Maksudnye kena buat kad baru la kan. Padahal kalau nak cek kad tu, maklumat ada dalam komputer die. 
Aku tak pergi pun. 
Aku terus pergi kat amoi tu tadi, cakap kad masih valid lagi. 
Then die suruh aku pergi ambil kad, tunjuk kat die sebab die nk tengok. 
Bengang betul aku masa tu.

Banyak sangat songehnya nak boleh bagi orang beli barangan yang diorang wat promosi tuh. Kalau banyak sangat promosi, janganlah bukak untuk orang ramai. Simpan je rumah untuk pakai sendiri. Mentang2lah murah, nak wat susah plk yang pelanggan..hmmmm....

Aku dah bengang sangat masa tu, ingat aku tipu ker. Masa kat kaunter utama ada jumpa dengan sorang budak india. 
Dia tau aku hli sebab baru bulan lepas beli TV untuk adik ipar kat TF Temerloh. 
Tapi yang amoi ni banyak songeh ... banyak cakap plk. 

Last2 aku pulangkan balik nombor giliran tu pada die. Biar die yang beratur beli pulak. 
Aku terus blah. 
Mulalah die duk panggil2 aku balik. 
Aku jalan je terus pergi kat Papa Syasya. 
Papa Syasya marah pulak kat aku sebab duduk tunggu.. 
Sebab die dah tau dah. 
Papa Syasya yang first pergi kt kaunter nk cek nama valid lagi ke tak. 
Cine tu wat tak tau je. 
Papa Syasya bengang terus blah. 
Aku yang mash still duk tunggu lagi nk beli iron tu

Dah sampai kat rumah baru aku teringat kenapa aku nak kena cek kad masih valid lagi ke tak. 
Dah tentu tadi die cakap kad ahli tu untuk seumur hidup. 
Nampak sangat dah kena tipu aku. 
Bengang betul aku... 
Tapi sabar, bulan puasa ni.

Kalau korang pergi tengok kat kedai tu... contoh harga iron tu RM50 untuk bukan ahli, tetapi kalau ada kad hanya RM40 sahaja. 
Nak wat kad pulak hanya RM5 atau RM10 jer.. 
So korang rasa mesti semua orang akan wat kad ahli kan dan beli dengan harga ahli. 
So, bila kita mintak kurang lagi, mesti harga tu dah ditetapkan kan.
Tapi kalau kita bandngkan dengan kedai yang lain, harga lebih kurang sama je dengan harga ahli yang ditawarkan tu...

So, korang fikir-fikirkanla...
IRON tak dapat..SAKIT HATI yang dapat...

gores dan menang...

Pahang - Sinar Harian
( ni adalah link untuk berita penuh )

Ini adalah sebuah kisah yang benar. Diharapkan warga Kuantan yang berada di sana agar berhati-hati dan tidak menjadi mangsa seperti mak aku...Kesian, dahla orang tua, Tu duit untuk kegunaan masa sakit nnati. Tapi ada jugak insan yang penipu macam tu. Melayu pun terlibat sama. Betul jugak, walaupun melayum duit tetap duit.. Bangsat kau PENIPU...

Kes ni terjadi bulan dalam bulan ni jugak. Mak n ayah aku baru pas makan kat Aida depan Kuatan Parade tu. Tibe-tibe datanglah seorang budak CINE perempuan dalam 20-an tegur ayah aku dan berikan sekeping kertas. Ayah aku buat tak tau jer..tibe2 mak aku plk tanye apa tu. Lepas tu budak cine tu bagi kertas tu suruh mak aku koyakkan. Then, ada keluar benda bulat berwarna kelabu (kalau tak silap ) dan bukan main lagi CINE tu cakap

CINE : "wah..tahniah makcik... Jarang orang dapat warna ni. Selalu orang dapat Warna merah, Biru dan hijau saja. Makcik memang bertuah. Dapat menang hadiah kereta Camry "
MAK : yeke awak ni?makcik tak nampak apa2 pun kat kertas tu
CINE : betul mari. Mari pergi ke pejabat saya. Kat sana saya boleh terangkan lagi
MAK : jauh ke?makcik dah nak balik ni...

Sampai je kat Pejabat diorang tu. Area galing.. Syarikat tersebut dirahsiakan atas  sebab2 tertentu. Hint die Syarikat BUMI _ _ _ _ _. 

Sampai je di sana  , mak dan ayah dimasukkan di dalam sebuah bilik. Mereka konon2nya menerangkan tentang kereta yang dimenangi tu. Tapi masa nak naik pejabat tu, memang kereta Camry tersebut ada di bawah tu . Siap tiada no flat lagi. So spaa yang tak percaya kan. 

Mereka memberitahu bahawa mak aku hanya perlu membayar roadtax dan insurans sahaja sebanyak RM8900 tetapi mak aku cakap takdek duit. Duit dalam bank. Sempat lagi diorang tanya tentang barang kemas yang mak aku pakai tu. Nasib baiklah mak aku cerdik sikit dan cakap ini barang kemas Zhulian punya. Kalau tak dengan kemas pun habis kena sapu.

Last2 diorang cakap kena kelaurkan duit dalam bank tu dan tunjukkan pada diorang. Pada mulanya mak aku tak nak, mak aku cakap mana boleh bagitau duit dlaam bank kat orang. tapi mungkin sebba kena presure dan seoalh2 tidak sedar jadi mak aku pun setuju. 

Sampai je di pejabat pos, kerani pejabat pos tu perasan macam ada yang tak kena.
KERANI : makcik, nak buat apa duit banyak2 ni. macam tergesa2 jer. (masa tu dah pukul 5pm)
MAK: ada orang mintak duit makcik ni. Diorang nak tengok
KERANI : makcik, sapa budak yang datang sekali dengan makcik tu
MAK : budak tu nak tengok duit makcik. makcik ada menang pertangdingan. Dapat ketera.
KERANI : makcik, Jangan makcik. Makcik dan kena tipu ni. Ayah saya dah terkena. Bukan dapat kereta, tapi dapat tilam je. Makcik jangan keluarkan duit ni

Tapi mak aku macam tak dengar je nasihat kerani tu. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.  Sampai je kat pejabat tu , diorang ambil duit tu dan bawak masuk ke bilik lain. Konon2 nak tengok nombor siri betul ke tak. Kalau ikut logic,mestilah duit betul, takkan duit tipu pulak. Tapi kalau dah dasar penipu,banyak je akal nk tipu duit orang. Mastu ada seorang lelaki melayu lebih kurang mak aku dalam tu jugak. tak sangka aku melayu sama melayu boleh tipu. Memang tak aman hidup ambil duit orang.

Last2 diorang cakap mak aku HANYA MENANG SEBUAH TILAM KESIHATAN SAHAJA!!! sama seperti apa yang kerani pejabat pos tu cakap!!!!! bile mak aku taknak, diorang cakap makcik dah dapat tilam. dna tak boleh ambil duit balik. 

Lepas bertekak akhirnya mak aku turun dari syarikat berkenaan. Sampai di bawah., mereka memberi mak aku sebuah unit mesin perngurut kaki yang mungkin hanya berharga ratusan ringgit sahaja.

Mak dan ayah aku terus ke balai polis untuk membuat report. Korang bayangkan mak aku tertipu RM8900. Kalau RM 890 takdeklah terasa sangat. Penat mak aku buat kuih pagi2 tapi duit tu kena tipu pulak. Dasar celaka punya orang!!!

Sekarang dalam bulan ni juga kes ini akan dibawa ke mahkamah tuntutan pengguna. Harap2 dapat balik duit tu. Tak dapat semua dapat sikit pun jadi. Korang semua doa2kanlah agar ada rezeki mak aku sempena bulan ramadhan yang mulia ni.

Jadi kepada mereka yang berada di Kuantan atau di mana sahaja, harap dapat berhati2 agar anda juga tidak menjadi mangsanya. 

Kesian mak dan boh..... :(

AKU ADA..KORANG ADA?

ADUH…..sesak nafas kalau macam ni.. Dahla nak dekat dengan raya, kena saman pulak.. Nak marah kat sapa?? Sapa yang susah?? Aku dan keluarga aku jugak…apsal plak..akula yang susah

Saman ni kena masa nak balik kerja hari jumaat 13.7.12 haritu.. Lebih had laju. Sepatutnya kena bawak 60km je. Masalahnya, punyelah jauh yang kena bawak 60km tu. Dahtu camana nak sampai? Bek naik basikal je lepas ni kan. Betul tak? Tak pernah nak mengaku salah…hahhahaa

Hmmm….entahla, padan duduk kumpul saman je aku ni. Kalau macam tu, baik aku tukar sekolah jela senang. Kalau tak,dalam sehari aku akan kumpul 2 saman sebab jalan ni je yang ada untuk aku pergi balik sekolah. Memang kat situ semua orang drif, nak cepat sampai g keje.
Bila bagitau papa syasya pasal  saman tu, die cakap “ abang sendiri pun tak pernah kena saman lagi ”. Pastu papa syasya cakap lagi 
bulan ni kite kena sedekah la jawabnya ”. Macam peril jer..hihihi… Tapi nasib baik tak kena marah.. :) macam ambil kesempatan je aku ni..hihi

Tapi kalau papa syasya yang kena saman, mesti aku bising. Tapi kalau aku yang kena, wat tak tau je..hihi… Haritu kena saman parking kat TF Mentakab. Tengok orang ramai je parking kat bustand tu,kitorang parking gak la. Bila dah kuar TF je,tengok kereta ada surat laying..hahha.. Melayang jugaklah Rm 50 duit aku. 

Sepatut kena bayar Rm150 tapi sebab ada member kt Bukit Aman,dapat diskaun sikitla… hihii…
Tapi aku tak serik pun kat kawasan tu lagi. Sebab pagi2 mesti lewat,mau tak pecut bawa kereta. Mana tak, rumah dengan sekolah lebih kurang dalam 30 minit kalau bawak slow motion.. Kalau bawak speed macam aku, lebih kurang 20 minit je.

Harap-harap lepas ni tak kena dah la..hehehe… memang aku yang tak pernah menyesal!!!

Ni ha surat cinta untukku... :)

surat cinta buatku... :)

SO...pada kawan2ku yang selalu guna jalan ni..hati2 la yer. Jangan anda plk yang lepas ni....Simpan duit tu lagi bagus..hihihi.