Ramai di antara kita sering mengeluh dan bertanya kenapa anaknya tidak
dengar kata dan selalu buat perangai. Bagaimanakah boleh jadi begini?
Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan masalah seperti ini, pernahkah
anda terfikir yang tidak dengar kata dan yang sedang buat perangai itu
sebenarnya bukan anak sebaliknya anda?
Tentu anda
tertanya-tanya mengapa? Bukankah anak itu cerminan anda? Seperti yang
kita semua tahu, anak dilahirkan suci bersih tanpa sebarang kekotoran.
Kita orang dewasalah yang mencorakkannya.
Dari Abu Hurairah
r.a. diriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda, “Setiap anak dilahirkan
dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang
membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Jadi, jika
anda marahkan anak, anda terlebih dahulu patut dimarahi kerana anda yang
mendidiknya. Cuma yang membezakannya ialah sama ada dia belajar secara
formal daripada anda atau secara tidak formal iaitu berdasarkan contoh
yang anda tunjukkan. Mungkin ramai di antara kita terlupa dan ada juga
yang tidak sedar bahawa anak sentiasa meniru setiap tingkah laku orang
yang berada di sekelilingnya.
Bagi mereka, ibu bapa adalah
idola. Baik mahupun buruk perangai ibu bapa, mereka tetap ikut sebab
mereka tidak tahu membezakan antara perkara yang baik dengan yang tidak
selagi belum diajar.
Perkara asas yang perlu ibu bapa tahu
dalam mendidik anak ialah tentang kasih sayang. Didiklah amanah Allah
ini dengan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya Yang Maha Esa kepada
kita hamba-Nya. Walaupun banyak kesalahan dan kesilapan telah kita
lakukan, Allah SWT tidak pernah mengabaikan kita dan sentiasa memaafkan
malah kasih sayang-Nya pada kita tidak pernah pudar. Begitulah juga
dengan kita semua. Jika anak berbuat silap jangan terus memarahinya.
Selidik dahulu apa puncanya dan ajak anak perbetulkan kesilapannya.
Barulah anak rasa diri disayangi dan dihargai. Hasilnya, anak-anak akan
sentiasa rapat dengan ibu bapa dan bukan menjauhkan diri lalu mencari
kasih sayang di luar rumah.
Dari semasa ke semasa, terapkan
dalam diri anak tentang realiti kehidupan kita di dunia ini. Terangkan
pada anak, mengapa Allah SWT cipta kita dan apa tugas kita di muka bumi
ini. Ingatkan juga pada anak agar sentiasa berselawat kepada junjungan
besar kita, Nabi Muhammad SAW, insan yang membimbing kita ke jalan yang
benar.
Bagi anda yang ada anak lelaki, rajin-rajinlah bawa dia
solat berjemaah di surau ataupun masjid. Seminggu sekali pula, ajaklah
seisi keluarga berjemaah di masjid sambil menghadiri majlis-majlis ilmu.
Pada masa yang sama, jangan lupa menekankan tentang penting membaca Al
Quran. Biasakan anak-anak membaca Al-Quran sekurang-kurangnya lima ayat
setiap hari.
Di dalam kenderaan pula, lebih baik jika anda ajak
anak-anak mendengar alunan zikir atau tazkirah berbanding mendengar
lagu-lagu yang boleh melalaikan dan yang terlalu memuja dunia. Ibu bapa
juga boleh menggunakan masa di dalam kereta untuk mengajar anak-anak
tentang pelbagai perkara yang ada di sekeliling. Hasilnya, masa yang ada
tidak dibazirkan begitu sahaja sebaliknya setiap detik yang dilalui
dimanfaatkan sebaiknya.
Semoga kesungguhan kita mendidik
anak-anak ke jalan yang benar akan sentiasa diredai Allah dan keluarga
kita akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diberi taufik dan hidayah.
Amin. SILAP MENDIDIK Pilih Kasih Antara Anak-anak
Jangan sesekali anda bezakan kasih sayang pada anak-anak walaupun nyata
ada seorang daripada mereka yang bijak dan pandai mengambil hati anda.
Setiap kali ingin melebihkan seorang anak daripada yang lain, fikirkan
apa yang anda akan rasa jika anda di tempatnya, menjadi anak yang
dipinggirkan. Cara ini mampu menyedarkan anda tentang pentingnya
menyayangi semua anak sama rata. Menegur Menggunakan Perkataan Negatif
Ramai ibu bapa begitu mudah marah anak dengan menggunakan bahasa-bahasa
yang kasar. Akibatnya, anak sudah terbiasa dengan perkataan negatif itu
dan akan mengulanginya jika dia marah pada seseorang. Untuk mengelakkan
hal ini terjadi, gunakanlah bahasa yang baik ketika menegurnya dan
tegurlah dia dengan lembut dan bukan menengking atau menjerit.
Malas Berdoa Untuk Kesejahteraan Anak-anak.
Ketahuilah bahawa doa ibu bapa terhadap anak-anaknya sangat makbul.
Jika inginkan anak yang mengikut perintah Allah SWT dan meninggalkan
larangan-Nya, rajin-rajinlah berdoa dan lebih elok jika bangun malam,
bertahajud dan solat hajat. Insya-Allah, tuhan akan membantu kita.
MUNGKIR JANJI
Jangan sesekali mungkir janji pada anak-anak. Sekira tahu anda susah
menepati janji, jangan berjanji. Akibatnya, anak akan mudah hilang
kepercayaan pada anda seterusnya tidak akan menghormati anda. Kurang Memberi Perhatian Pada Anak
Ada sesetengah ibu bapa selalu tidak mengendahkan setiap pertanyaan
atau cerita anak-anak.
Alasannya sibuk. Sepatutnya, ibu bapa perlulah
sentiasa bertukar-tukar cerita dengan anak-anak dan bertanyakan
perkembangan terkini mereka. Barulah anak rasa diri dihargai dan
disayangi. Terlalu Manjakan Anak
Kurang perhatian terhadap
anak-anak tidak baik, terlebih memanjakannya pula boleh membinasakan.
Langkah terbaik ialah sederhana dalam setiap tindakan dan perbuatan.
Tidak Menghargai Anak
Ramai ibu bapa sentiasa memang kelemahan anak-anak berbanding kelebihan
mereka. Akibatnya, anak rasa kecil hati seterusnya menjauhkan diri
daripada keluarga. Anak-anak ini akan memendam rasa dan membuatkan
mereka murung.
No comments:
Post a Comment