Pages

Fasa Kelahiran (Proses Bersalin)...


Peringkat Pertama :

i) FASA AWAL

Kadang-kala dinamakan sebagai tempoh terpendam atau prapelahiran. Uterus mula mengecut atau menegang dengan tepat. Kontraksi akan menjadi lebih sakit, bukan seperti kontraksi Braxton Hicks yang tidak kekal dan tidak sakit. Setiap wanita mempunyai ritma dan rentak pelahirannya sendiri. Sesetengah daripada mereka mungkin tidak sedar akan kontraksi awal dan hanya menyedarinya apabila serviks mereka telah pun mengembang beberapa cm.

ii) FASA AKTIF

Dikatakan fasa aktif apabila serviks telah mengembang sebanyak 4 cm. Kontraksi anda akan menjadi lebih kuat dan kerap. Ia juga akan menjadi lebih panjang. Lama-kelamaan, ia akan menjadi semakin kerap iaitu setiap tiga hingga empat minit dan berlangsung selama kira-kira 60 saat – dan berasa sangat tegang. Kemudian serviks akan mengembang dari 8-10cm. Di ketika ini kontraksi akan berlarutan sehingga satu setengah minit dan berlaku setiap dua hingga tiga minit.

Peringkat Kedua:

Serviks telah pun terbuka sepenuhnya iaitu 10cm. Di ketika inilah anda akan dapat merasa tekanan dari kepala bayi. Anda boleh mula untuk meneran (push) ketika merasi kontraksi dan kepala bayi akan bergerak ke bawah dengan setiap tolakan. Pada saat ini, pernafasan anda serta cara tolakan amat penting untuk memastikan bayi tidak ditarik semula ke atas. Semasa kepala bayi anda mula keluar, doktor anda akan meminta anda berhenti menolak dan mencungap dengan perlahan-lahan. Ini membantu memastikan bayi anda dilahirkan dengan baik dan perlahan-lahan, dan akan mengurangkan risiko koyakan. Episiotomi juga mungkin akan dilakukan pada peringkat ini. Peringkat kedua ini mungkin akan mengambil masa dari 10-15 minit sahaja tetapi sekiranya ini adalah kelahiran pertama anda mungkin akan mengambil masa dalam satu jam. Tahniah, kini bayi anda sudah dilahirkan ke dunia :)

Peringkat Ketiga:

Pada peringkat ketiga, anda, anda akan melahirkan plasenta - sistem sokongan hidup bayi yang membekalkan bayi anda dengan nutrien dan mengeluarkan sisa buangan. Doktor anda akan memeriksa plasenta dan membran tersebut untuk memastikan bahawa tiada yang tertinggal di dalam rahim. Dia akan memeriksa perut anda untuk melihat sama ada uterus anda mengecut dengan kuat untuk mengawal pendarahan di tempat plasenta terlekat. Melahirkan plasenta selalunya mengambil masa dari lima hingga 15 minit sebab doktor anda akan menguruskan peringkat ini secara aktif untuk mengelak berlakunya pendarahan yang terlalu banyak.

No comments:

Post a Comment