Pages

Nothing

Hati perempuan,
Mudah tersentuh,
Mudah terasa,
Tapi semua perempuan macam tu kan.

Mungkin sebab pembawakan budak kot.
Sikit2 mesti nak terasa,
Mesti nak sedih,
Nak kate mengada-ngada takkanlah..
Bukan ada orang nak pujuk pun,
Kena pujuk diri sendiri jer

Subuh tadi, 
Lepas bagi susu kat Syasya,
Aku rasa hiba sangat,
Entahlah,
Mungkin fikiran sahaja kot
Bila duduk sorang2 mesti banyak fikir.

Tanpa semena,
Hat jadi sebak,
terus aku luahkan,'
menangis sepuas2nya,
Hanya itu yang boleh tenangkan hati aku,
Nak mengadu, takdek tempat,
Takkan nak luahan prsaan pada mak tua pulak...hahhaha

Kesian Syasya,
Tengah syok2 main "awak" die, terkedu tengok aku menangis,
Mulalah die lain macam jugak,
Tapi satu tindakan tindakan yang drastik,
Syasya boleh menangis bile tengok aku menangis,
Oh sayang, rupa-rupanya masih ada insan yang faham perasaan aku,
padahal bukan die tau pun apa yang aku  fikirkan,
Mungkin die tengok emosi aku  tak ok, Die pun menangis jugak.

Ya Allah,
Kau tabahkanlah hatiku untuk melalui hari-hari yang mendatang,
Hanya padaMu tempat aku mengadu,
Berikan kekuatan kepada diriku untuk meneruskan kehidupan ini,
Jangan Engkau biarkan aku kesedihan,
Berikanlah aku kebahagiaan yang berpanjangan,
Berikanlah aku hidayahMu Ya Allah,
Berikanlah aku semangat yang kuat Ya Allah,
berikanlah aku syafaatMu Ya Allah,
Aku hanya insan biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan,
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus Ya Allah,
Hanya kepadaMu aku memohon.
Amin........

p/s : Sori kawan-kawan semua..harini emosional sikit. :)

No comments:

Post a Comment