Ini adalah sebuah kisah yang benar. Diharapkan warga Kuantan yang berada di sana agar berhati-hati dan tidak menjadi mangsa seperti mak aku...Kesian, dahla orang tua, Tu duit untuk kegunaan masa sakit nnati. Tapi ada jugak insan yang penipu macam tu. Melayu pun terlibat sama. Betul jugak, walaupun melayum duit tetap duit.. Bangsat kau PENIPU...
Kes ni terjadi bulan dalam bulan ni jugak. Mak n ayah aku baru pas makan kat Aida depan Kuatan Parade tu. Tibe-tibe datanglah seorang budak CINE perempuan dalam 20-an tegur ayah aku dan berikan sekeping kertas. Ayah aku buat tak tau jer..tibe2 mak aku plk tanye apa tu. Lepas tu budak cine tu bagi kertas tu suruh mak aku koyakkan. Then, ada keluar benda bulat berwarna kelabu (kalau tak silap ) dan bukan main lagi CINE tu cakap
CINE : "wah..tahniah makcik... Jarang orang dapat warna ni. Selalu orang dapat Warna merah, Biru dan hijau saja. Makcik memang bertuah. Dapat menang hadiah kereta Camry "
MAK : yeke awak ni?makcik tak nampak apa2 pun kat kertas tu
CINE : betul mari. Mari pergi ke pejabat saya. Kat sana saya boleh terangkan lagi
MAK : jauh ke?makcik dah nak balik ni...
Sampai je kat Pejabat diorang tu. Area galing.. Syarikat tersebut dirahsiakan atas sebab2 tertentu. Hint die Syarikat BUMI _ _ _ _ _.
Sampai je di sana , mak dan ayah dimasukkan di dalam sebuah bilik. Mereka konon2nya menerangkan tentang kereta yang dimenangi tu. Tapi masa nak naik pejabat tu, memang kereta Camry tersebut ada di bawah tu . Siap tiada no flat lagi. So spaa yang tak percaya kan.
Mereka memberitahu bahawa mak aku hanya perlu membayar roadtax dan insurans sahaja sebanyak RM8900 tetapi mak aku cakap takdek duit. Duit dalam bank. Sempat lagi diorang tanya tentang barang kemas yang mak aku pakai tu. Nasib baiklah mak aku cerdik sikit dan cakap ini barang kemas Zhulian punya. Kalau tak dengan kemas pun habis kena sapu.
Last2 diorang cakap kena kelaurkan duit dalam bank tu dan tunjukkan pada diorang. Pada mulanya mak aku tak nak, mak aku cakap mana boleh bagitau duit dlaam bank kat orang. tapi mungkin sebba kena presure dan seoalh2 tidak sedar jadi mak aku pun setuju.
Sampai je di pejabat pos, kerani pejabat pos tu perasan macam ada yang tak kena.
KERANI : makcik, nak buat apa duit banyak2 ni. macam tergesa2 jer. (masa tu dah pukul 5pm)
MAK: ada orang mintak duit makcik ni. Diorang nak tengok
KERANI : makcik, sapa budak yang datang sekali dengan makcik tu
MAK : budak tu nak tengok duit makcik. makcik ada menang pertangdingan. Dapat ketera.
KERANI : makcik, Jangan makcik. Makcik dan kena tipu ni. Ayah saya dah terkena. Bukan dapat kereta, tapi dapat tilam je. Makcik jangan keluarkan duit ni
Tapi mak aku macam tak dengar je nasihat kerani tu. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sampai je kat pejabat tu , diorang ambil duit tu dan bawak masuk ke bilik lain. Konon2 nak tengok nombor siri betul ke tak. Kalau ikut logic,mestilah duit betul, takkan duit tipu pulak. Tapi kalau dah dasar penipu,banyak je akal nk tipu duit orang. Mastu ada seorang lelaki melayu lebih kurang mak aku dalam tu jugak. tak sangka aku melayu sama melayu boleh tipu. Memang tak aman hidup ambil duit orang.
Last2 diorang cakap mak aku HANYA MENANG SEBUAH TILAM KESIHATAN SAHAJA!!! sama seperti apa yang kerani pejabat pos tu cakap!!!!! bile mak aku taknak, diorang cakap makcik dah dapat tilam. dna tak boleh ambil duit balik.
Lepas bertekak akhirnya mak aku turun dari syarikat berkenaan. Sampai di bawah., mereka memberi mak aku sebuah unit mesin perngurut kaki yang mungkin hanya berharga ratusan ringgit sahaja.
Mak dan ayah aku terus ke balai polis untuk membuat report. Korang bayangkan mak aku tertipu RM8900. Kalau RM 890 takdeklah terasa sangat. Penat mak aku buat kuih pagi2 tapi duit tu kena tipu pulak. Dasar celaka punya orang!!!
Sekarang dalam bulan ni juga kes ini akan dibawa ke mahkamah tuntutan pengguna. Harap2 dapat balik duit tu. Tak dapat semua dapat sikit pun jadi. Korang semua doa2kanlah agar ada rezeki mak aku sempena bulan ramadhan yang mulia ni.
Jadi kepada mereka yang berada di Kuantan atau di mana sahaja, harap dapat berhati2 agar anda juga tidak menjadi mangsanya.
Kesian mak dan boh..... :(
Salam.
ReplyDeleteBoleh bgtau x ape nama syarikat tu? Janganlah rahsiakan, sbb ni utk mengelakkan org lain plak ditipu.. Syarikat ape eh..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehaaaa...meh sy nk share jg..ni baru jek hari ni mak bapak aku kena RM15,000 OK...mcm sial dasar mkn babi..mmg sial r!!! name syarikat tu EAST COAST ADVERTISING,PEJABAT NY DI JALAN AIR PUTIH..& berhati2 lah..kuli2 nyer biasa keje kt port parking tmn.kerang sebelah masjid putih bndo kuantan or depan mahkota square..ape yg mak bapak ak dpt cuma lah microwave, dapur letrik ok...kate nya mak bapak ak akan terima hadiah keretanya x lama lg...yg sial lg..die nyer modes operandi sm jek..tp ak hm kenapa polis x boleh amnil tindakan!! bila g buat report..polis hanya mampu senyum & hanya mampu cakap, "ermm...sy dah siap kn draft report nyer lg, & dlm kes ni polis xleh buat ape2 sbb mmg dia boleh lawan undang2 & ikot undang2 die yg btol" bodoh x bodoh jawapan penguat kuasa..ni ke nama ny nk jg keamanan negara!!???
ReplyDeletehari ini adik saya baru kerna semalam 08/01/2013..rm5000 lebur..sama sahaja perempuan muda cina bawak ke opis mereka setelah pujuk rayu pertama berjaya ..kenapa lah kerajaan tak tubuhkan satu badan untuk orang ramai boleh membuat aduan dan tindakan yang pantas.
ReplyDelete