Pages

Pergi Takkan Kembali

Entah kenapa, aku banyak kali juga termimpikan arwah kawan ku. Aku kenal die masa Mula-mula keje kat sekolah ni. Entahlah, dengan die ni aku selamba je cakap "kau" "aku" padahal umur die maybe dalam 30 kot. Dengan technition sorang lagi panggil "saya" "awak". mungkin yang sorang ni skema sikit kot...hihi....

Malam tadi aku termimpikan arwah lagi. Padahal aku takdek fikirkan die langsung. Cuma kadang-kadang bile terlintas dihati je aku fikirkan pasal die. Pasal die selalu berhubung dengan aku. Bukan ada scandal, tapi die take care sangat kat kereta aku tu. Malam tadi aku mimpi nak pergi tengok kereta die kt bengkel. Aku tak ingat die upgrade apa, tapi kedai tu pelik sangat. Tingkat 1 deretan kedai macam biasa jer..bila naik tingkat atas aku pelik sebab lantai die bukan simen tapi macam kawasan tanah. Siap ada rumput dan kereta boleh lalu lagi. Mungkin mimpi, tu yang keluar benda pelik-pelik tu.

Arwah kawan aku tu nama die Zaidi bin Rahaimi. Arwah ni kalau jupe aku mesti ada je nak digaduhkan. Kalau tak bercakp pun, bile selisih mesti jeling2 konon macam marah tapi kami sambil2 senyumla.. Kalau sms mintak tolong buat kerja, mesti aku atau die akan jawab dengan benda yang boleh sakitkan hati. Tapi aku tak pernah ambil hati pun. Aku harap arwah pun macam tu juga. 

Kadang-kadang tu bila dah balik kerja, petang ke, tengah malam ke, mesti die ada je sms tapi pasal kereta la. Sebab kereta aku sama dengan kereta die. Nanti adalah die promote suruh pasang skirtingla, tukar tayar la, tukar rim tayarlah.. Tapi selalunya aku suruh suami aku yang balas. Biar diorang lelaki yang bincang pasal kereta.. Aku tak tahu apa2 pun.... Last dia sms pasal kereta sebelum meninggal untuk tukar sport rim ketera. Dia ada sepupu dekat Keratong, so die ajak aku pergi sana kalau berminat. aku selalu jawab dengan die " nantilah..ko tunggu kwsp aku keluar..tak lama dah ".

Aku ingat lagi satu peristiwa pasal nak tinted kereta. Aku tanye die kat kedai mana yang murah and berkualiti. Aku ni nak yang murah je kan, biasalah perempuan... Kalau make up je nak yang mahal. Die jawab " ko pergi kat kedai STAR kat area kfc drive true baru tu. kat situ murah ". Tapi aku tak usha pun kat kedai tu..hihi... Aku pergi kedai lain kat mentakab.  Aku ingat lagi kata-kata arwah. .. " ko kalau nak tukar tinted, pergi kat kedai aku cakap tu. Kalau tak, bawa laki ko skali. selalunya cina ni kalau tengok orang perempuan yang datang mesti die tipu." Tapi betul jugak sebab kalau perempuan yang bawa kereta mula lah itu la, ini lah sebab aku dah pernah kena masa nk tukar timing belt....dah takdek arah cine tu,die suruh aku tukar span ape ntah dalam enjin tu..konon dah kotor. Kena tukar yang baru. Aku yang blurr2 ni pun cakap ok jela..Melayang duit aku,dahla duit tu spent untuk timing belt.. Hampeh tol uncle tu.

Seminggu sebelum arwah meninggal, dia ada sms pasal printer kat bilik warden rosak. Aku balas sms tu memang nak marah die tapi aku tak tau die tahu ke tak yang aku marah die tu.. Sebab cara die balas macam tak terasa pun aku marah kat die. Ni sms yang kitorang anta 24.4.12, 3 hari sebelum arwah meninggal. 

Zaidi : Ko tak topup ink printer dalam bilik warden                  ker.    Nyusoh kn aku nk wt kje td
Aku : Korang ni tak reti bahasa??? kan dah ckp, kl ada apa 2 masalah isi borang aduan kerosakan. Ni tak, tak ckp pape tibe2 je nak bising. Aku dah ckp kat pengetua pasal hal ni. Mungkin die akan cakap dalam mesyuarat nnt. sebab aku dah ingatkn prosedur kalau ada apa2 masalah tapi takdek sapa ambil peduli.
ZAidi : Bagus camtu..kite ada SOP tp set ni tak retinye. Aku ingt ada org maklum sebelum ko pergi kuantan haritu.
Aku : die tkdk co ( aku balas yang ni jer, tapi tak tau apa yang aku taip masa tu sbb sms ni dia anta masa pagi aku ngah siap2 nak g kerja.)

Ni la sms terakhir antara aku dengan die. Lepas pada tu takdek dah sebab aku pergi kursus di PKG Mentakab. Aku rasa terkilah jugakla sebab marah die dengan bahasa yang aku rasa agak kasar. Semoga arwah tak terasa apa2 dengan ayat aku tu. Bila aku baca semua sms dari first aku keje sampai terakhir, mesti aku akan menangis. Sedih sebab kehilangan kawan bergurau. Nasib baik suami aku tak marah sebab aku tak padam semua sms tu. Nasib baik jugak aku pakai hp sony yang semua sms nya ada dalam satu folder. Kalau hp nokia aku, satu sms satu folder, kompom kena padam sebab nnt inbox penuh. Sampai saat2 macam ni, aku teringatkan arwah, terpikirkan die. Semoga Allah ampuni dosanya dan tempatkar arwah dikalangan orang yang beriman... Dan aku akan sentiasa ingtkan arwah dan sedekahlah Al-Fatihah selagi aku hidup. Aku pun tak tahu kenapa hati ni selalu teringatkan arwah. Mungkin sebab tempat kerja yang sama, selalu berurusan dengan arwah,..Jadi kehilangannya begitu terasa.


Aku juga pernah kehilangan seorang kawan yang sama belajar masa di SMTSAS. nama dia Hazwan Hadi. Yang aku paling ingat adalah kerana arwah meninggal dunia pada tarikh hari lahirku. ARwah meninggal pada 4.2.2011. Dah setahun dah. Tapi aku tak terasa kehilangan yang amat sangat mungkin kerana aku tak pernah berhubung dengan dia pun. Berhubung pun masa zaman sekolah-sekolah dulu. Mungkin sebab ni aku selalu teringatkan arwah Zaidi. Sebab die pergi secara mengejut dan tak disangka-sangka. Sebab selalu berhubung dengan die. Sebab sellau bergaduh dengan die... Sebab lepas ni aku dah takdek nak gaduh dengan sapa2 dah kat sekolah ni.. YA Allah, kau berilah keampunan kepada sahabatku ini. Die tak pernah sakiti hati ini walau sedikit pun. Tidak pernah aku terasa dengan setiap kata2 dan perbuatannya. Kau ampuninya Ya Allah... Amin


Masa arwah meninggal dunia, sempat juga la kami staf sekolah pergi melawat kat HOSHAS. Suasana masa tu memang sebak jugak la..Sedih sebab rakan kite dah takdek. Syukur jugak sebab Allah beri peluang untuk tengok arwah buat kali terakhir. Nampak tenang je.. Muka pun ok je. Alhamdulillah... Meninggal pula hari jumaat. Lepas tu jenazah dikebumikan kat Terengganu kat kampung isteri arwah. 

Sehingga arkitel ini ditulis, hati ini menjadi sebak. Masih teringat setiap kata2nya dan apa2 juga nasihatnya. Susah untuk mencari sahabat untuk suka dan duka. Aku bersyukur kepada Allah kerana diperkenalkan dengan walaupun hanya seketika.  Kawan-kawanku sekalian,aku berterima kasih seandainya kamu semua sudi sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Kerana hanya itu yang aku mampu sedekahkan kepada sahabatku. Untuk makluman semua arwah meninggal pada 27.4.2012 bersamaan hari jumaat. Terima kasih semua.


No comments:

Post a Comment