Pages

INFO MENU UNTUK ANAK


Menyediakan sendiri makanan untuk anak adalah tindakan yang bijak dan perlu diamalkan oleh semua ibu mahupun bapa. Namun, beberapa perkara perlu dititikberatkan agar makanan yang diberi itu bermanfaat dan bukan memudaratkan.

1. Penyediaan Makanan
Seboleh-bolehnya, sediakan makanan segar untuk anak-anak. Sekiranya anda menyejukbekukan makanan anak, sejukkan dengan cepat sebaik anda menyediakannya. Penyejukbekuan merupakan cara paling baik untuk mengekalkan vitamin dalam makanan yang disediakan.

2. Tekstur Makanan
Bagi bayi yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal, mereka perlulah diberi makanan yang dikisar halus dan tidak terlalu pekat. Anda bolehlah memberi anak makanan yang sedikit kasar apabila usianya mencecah tujuh hingga sembilan bulan. Pada usia ini, anda digalakkan hanya melecek makanan untuk bayi dan tidak perlu dikisar halus. Apabila bayi anda sudah pandai memegang barang, berilah dia makanan jejari yang lembut. Anak pasti sukakannya kerana kini dia sudah boleh memegang sendiri makanannya.

3. Nutrien Penting
Pastikan makanan yang anda beri pada anak kaya dengan pelbagai zat dan mineral seperti zat besi, kalsium, vitamin C, vitamin A dan asid lemak Omega 3.

4. Makanan Bayi Bukan Makanan Orang Dewasa
Makanan bayi perlulah semula jadi tanpa sebarang perisa tambahan seperti garam, gula ataupun MSG. Ingat, yang sedap di tekak ibu bapa belum tentu baik untuk kesihatan anak. Malah, rasa sedap inilah yang selalunya memudaratkan kesihatan.

Info : Vitamin C dan sesetengah vitamin B akan hilang perlahan-lahan apabila makanan dipotong, dimasak atau didedahkan

Beli Siap, Makanan Segera atau Masak Sendiri?



Semua ibu bapa inginkan anak yang sihat. Tapi, ramai di kalangan mereka masih tidak faham makna sihat yang sebenar. Tidak dinafikan bahawa ada ibu bapa beranggapan, jika anak mereka bertubuh besar maknanya dia sihat dan cukup makan. Jadi, tidak perlu risau tentang pemakanannya. Sebaliknya, anak yang bertubuh kecil, dianggap tidak cukup makan walaupun sebenarnya nutrien dan zat yang mereka peroleh setiap hari mencukupi.
Agar anak kurus mereka  jadi ‘gemuk’, ramai ibu bapa tidak kisah apa yang anak mereka makan. Yang pentingnya anak ingin makan. Bagi mereka, lebih baik anak makan makanan segera daripada langsung tidak mahu makan. Tanggapan seperti inilah perlu ditangani segera agar peratusan anak yang dibesarkan dengan makanan segera ataupun makanan siap berkurangan dan digantikan dengan makanan daripada air tangan ibunya sendiri.
Sepatutnya, untuk memastikan ahli  keluarga anda sentiasa sihat, perlulah diamalkan tabiat pemakanan yang berpandukan kepada Piramid Makanan Malaysia.

Bagi memenuhi keperluan tenaga dan tahap pemakanan anda dan keluarga, pilihlah makanan yang terdiri daripada nasi, mi, roti, bijirin dan ubi. Hal ini kerana makanan jenis ini membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Selain itu, jangan lupa tentang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda menghidangkan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari kepada ahli keluarga.
Harus diingat, demi untuk kesihatan seisi keluarga, pengambilan lemak, minyak, gula dan garam perlulah dikurangkan. Tidak dinafikan bahawa lemak penting untuk kesihatan kerana membekalkan tenaga, vitamin larut lemak A, K, D, dan E. Namun, pengambilan lemak yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan.
Bagi menyediakan sendiri makanan untuk keluarga, ada beberapa perkara perlu anda praktik. Antaranya ialah pemilihan bahan mentah. Pastikan bahan-bahan tersebut segar, tidak busuk, tidak berubah warna dan tidak berkulat. Semasa membersihkan bahan-bahan mentah, pasti dilakukan dengan sebaik-baiknya. Bersihkan segala kekotoran yang ada. Ketika memasak, terutamanya ikan, makanan laut, daging, ayam dan telur dimasak sehingga betul-betul masak. Semasa menyajikannya pula, pastikan makanan tidak dibiarkan terdedah dan jangan menyimpan makanan yang sudah dimasak lebih daripada empat jam pada suhu bilik.

Panduan menyediakan hidangan sihat:
  • Pastikan anda mengambil kira tentang Piramid Pemakanan setiap kali anda menyediakan hidangan untuk keluarga.
  • Pelbagaikan cara penyediaan makanan seperti menggoreng, merebus, mengukus dan memanggang.
  • Gunakan bahan mentah yang segar.
  • Jaga kebersihan ketika di dapur.
  • Kurangkan penggunaan gula dan garam ketika memasak.
  • Penggunaan lemak juga perlu dikurangkan.
  • Cuci bahan-bahan mentah yang ingin dimasak bersih-bersih.
Makanan siap dan segera

Makanan segera memang sangat digemari kanak-kanak lebih-lebih lagi makanan yang menawarkan permainan sebagai hadiah. Membeli makanan di restoran atau gerai-gerai pula adalah pilihan bagi ramai ibu bapa yang bekerja dan tidak ada banyak masa untuk masak sendiri. Memang cara ini lebih mudah, ringkas dan cepat. Tapi, kita sering terlepas pandang tentang bahan-bahan yang terkandung dalam makanan yang dibeli itu. Adakah makanan tersebut sesuai untuk setiap ahli keluarga atau tidak? Bukan sahaja kandungan, tahap kebersihan dan proses penyediaan makanan tersebut adakah benar-benar mencapai tahap yang sepatutnya?

Memang makanan segera seperti burger, kentang goreng dan ayam goreng mengandungi sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Akan tetapi, kebanyakan makanan tersebut tinggi kalorinya, tinggi kandungan gula dan garam serta berlemak. Makanan tersebut kurang serat dan vitamin yang juga diperlukan tubuh. Ketidakseimbangan inilah yang akan mendatangkan masalah pada kesihatan.
Kandungan sebenar makanan segera anda:
  • Burger daging seberat 230gm dianggarkan mengandungi 57gm lemak tulen. Selain lemak, burger daging mengandungi protein, zat besi, vitamin B12 dan sedikit serat. 
  • Ayam goreng kaya dengan lemak dan banyak garam. Walaupun begitu, di dalam ayam goreng juga ada protein, niasin dan vitamin B6.
  • Kentang goreng juga mengandungi banyak garam dan lemak selain daripada protein dan vitamin C.
  • Minuman berkarbonat terlalu banyak gula, pewarna kimia dan kafeina.
Jika terpaksa membeli di restoran atau gerai, ada beberapa perkara perlu diikuti:
  • Pilih makanan yang segar dan baru dimasak.
  • Hadkan pengambilan makanan yang dirasakan mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa tambahan.
  • Jangan beli makanan yang sudah hangus.
  • Pastikan makanan yang dibeli tidak mengandungi benda-benda asing seperti rambut, batu, pasir dan serangga.
  • Perhatikan juga persekitaran restoran atau gerai.
  • Perkakas yang digunakan untuk menyajikan makanan pun perlu diperhatikan.
  • Elakkan makanan yang sudah digoreng berulang kali.
  • Pilih hidangan yang seimbang mengikut piramid pemakanan.
  • Untuk minuman, elakkan minuman berkarbonat.
Kalau terpaksa membeli di restoran makanan segera pula,
  • Pilih ayam panggang dan elakkan memilih ayam goreng.
  • Pilih saiz sajian yang kecil.
  • Pilih hidangan yang kurang lemak.
  • Jangan pesan minuman berkarbonat, sebaliknya pilih jus buah-buahan atau air kosong .
  • Jika ingin mengambil salad, pastikan sosnya rendah kalori.

Ahli VS Bukan Ahli

Ni cerita suka-suka jer. Saje nak bagitau apa yang dah berlaku.
Kejadian tu ( chewah ) berlaku hari ahad yang lepas. Aku, papa Syasya dan Syasya keluar ke Bandar Mentakab. 
Saja nak pergi cari barang raya. Prepare beli sikit2.

Pastu tengok ada satu banting tu, tulis promosi pembukaan kat satu kedai elektrik tu. 
Sebelum ni kedai tu terbakar,dah dapat duit insurans la tu yang renovate lagi cantik. 
Yang teruja sebab tengok ada iron baju RM9.90. Murah giler kan. 
Biasalah perempuan, kalau dengar benda murah mesti "selak"  nk..hihihi...

Dalam kertas pamplet tu tulis iron tu blh bli selepas pukul 11am. 
Aku kul 10.45am dah terjongol dah kt kedai tu. Konon2 nk cepAT la. 
Takut barang tu habis. 
Selepas pukul 11am  pun depa masih atur2 barangan yang nk wat promosi tu. 
Aku dengan sabarnya menunggula sebab nak dapat iron murah tu.

Aku dapat turn no 2 (berkat usaha tunggu awal2). Pastu amoi tu cakap sapa yang ada kad sahaja boleh beli dengan harga promosi. 
Sapa yang takdek kad ahli boleh buat kt kaunter dengan bayaran RM5 sahaja SEUMUR HIDUP.  
Adalah dalam lima ke enam orang yang pergi daftar buat kad tu. 
Aku cakap aku dah ada kad tapi tak bawak. 
Amoi tu cakap kena pergi check kt kaunter nk tgk samada sah lagi atau tak. 
Aku yang blurr..blurr ni pun pergilah kt kaunter tu konon2nye nk cek nama masih sah lagi atau tak. 

Sampai je kat kaunter tu, cina yang jaga kaunter tu taknak cek bila aku bagi ic nk suruh tengok valid ke tak. 
Die tunjuk kt belakang. Maksudnye kena buat kad baru la kan. Padahal kalau nak cek kad tu, maklumat ada dalam komputer die. 
Aku tak pergi pun. 
Aku terus pergi kat amoi tu tadi, cakap kad masih valid lagi. 
Then die suruh aku pergi ambil kad, tunjuk kat die sebab die nk tengok. 
Bengang betul aku masa tu.

Banyak sangat songehnya nak boleh bagi orang beli barangan yang diorang wat promosi tuh. Kalau banyak sangat promosi, janganlah bukak untuk orang ramai. Simpan je rumah untuk pakai sendiri. Mentang2lah murah, nak wat susah plk yang pelanggan..hmmmm....

Aku dah bengang sangat masa tu, ingat aku tipu ker. Masa kat kaunter utama ada jumpa dengan sorang budak india. 
Dia tau aku hli sebab baru bulan lepas beli TV untuk adik ipar kat TF Temerloh. 
Tapi yang amoi ni banyak songeh ... banyak cakap plk. 

Last2 aku pulangkan balik nombor giliran tu pada die. Biar die yang beratur beli pulak. 
Aku terus blah. 
Mulalah die duk panggil2 aku balik. 
Aku jalan je terus pergi kat Papa Syasya. 
Papa Syasya marah pulak kat aku sebab duduk tunggu.. 
Sebab die dah tau dah. 
Papa Syasya yang first pergi kt kaunter nk cek nama valid lagi ke tak. 
Cine tu wat tak tau je. 
Papa Syasya bengang terus blah. 
Aku yang mash still duk tunggu lagi nk beli iron tu

Dah sampai kat rumah baru aku teringat kenapa aku nak kena cek kad masih valid lagi ke tak. 
Dah tentu tadi die cakap kad ahli tu untuk seumur hidup. 
Nampak sangat dah kena tipu aku. 
Bengang betul aku... 
Tapi sabar, bulan puasa ni.

Kalau korang pergi tengok kat kedai tu... contoh harga iron tu RM50 untuk bukan ahli, tetapi kalau ada kad hanya RM40 sahaja. 
Nak wat kad pulak hanya RM5 atau RM10 jer.. 
So korang rasa mesti semua orang akan wat kad ahli kan dan beli dengan harga ahli. 
So, bila kita mintak kurang lagi, mesti harga tu dah ditetapkan kan.
Tapi kalau kita bandngkan dengan kedai yang lain, harga lebih kurang sama je dengan harga ahli yang ditawarkan tu...

So, korang fikir-fikirkanla...
IRON tak dapat..SAKIT HATI yang dapat...

gores dan menang...

Pahang - Sinar Harian
( ni adalah link untuk berita penuh )

Ini adalah sebuah kisah yang benar. Diharapkan warga Kuantan yang berada di sana agar berhati-hati dan tidak menjadi mangsa seperti mak aku...Kesian, dahla orang tua, Tu duit untuk kegunaan masa sakit nnati. Tapi ada jugak insan yang penipu macam tu. Melayu pun terlibat sama. Betul jugak, walaupun melayum duit tetap duit.. Bangsat kau PENIPU...

Kes ni terjadi bulan dalam bulan ni jugak. Mak n ayah aku baru pas makan kat Aida depan Kuatan Parade tu. Tibe-tibe datanglah seorang budak CINE perempuan dalam 20-an tegur ayah aku dan berikan sekeping kertas. Ayah aku buat tak tau jer..tibe2 mak aku plk tanye apa tu. Lepas tu budak cine tu bagi kertas tu suruh mak aku koyakkan. Then, ada keluar benda bulat berwarna kelabu (kalau tak silap ) dan bukan main lagi CINE tu cakap

CINE : "wah..tahniah makcik... Jarang orang dapat warna ni. Selalu orang dapat Warna merah, Biru dan hijau saja. Makcik memang bertuah. Dapat menang hadiah kereta Camry "
MAK : yeke awak ni?makcik tak nampak apa2 pun kat kertas tu
CINE : betul mari. Mari pergi ke pejabat saya. Kat sana saya boleh terangkan lagi
MAK : jauh ke?makcik dah nak balik ni...

Sampai je kat Pejabat diorang tu. Area galing.. Syarikat tersebut dirahsiakan atas  sebab2 tertentu. Hint die Syarikat BUMI _ _ _ _ _. 

Sampai je di sana  , mak dan ayah dimasukkan di dalam sebuah bilik. Mereka konon2nya menerangkan tentang kereta yang dimenangi tu. Tapi masa nak naik pejabat tu, memang kereta Camry tersebut ada di bawah tu . Siap tiada no flat lagi. So spaa yang tak percaya kan. 

Mereka memberitahu bahawa mak aku hanya perlu membayar roadtax dan insurans sahaja sebanyak RM8900 tetapi mak aku cakap takdek duit. Duit dalam bank. Sempat lagi diorang tanya tentang barang kemas yang mak aku pakai tu. Nasib baiklah mak aku cerdik sikit dan cakap ini barang kemas Zhulian punya. Kalau tak dengan kemas pun habis kena sapu.

Last2 diorang cakap kena kelaurkan duit dalam bank tu dan tunjukkan pada diorang. Pada mulanya mak aku tak nak, mak aku cakap mana boleh bagitau duit dlaam bank kat orang. tapi mungkin sebba kena presure dan seoalh2 tidak sedar jadi mak aku pun setuju. 

Sampai je di pejabat pos, kerani pejabat pos tu perasan macam ada yang tak kena.
KERANI : makcik, nak buat apa duit banyak2 ni. macam tergesa2 jer. (masa tu dah pukul 5pm)
MAK: ada orang mintak duit makcik ni. Diorang nak tengok
KERANI : makcik, sapa budak yang datang sekali dengan makcik tu
MAK : budak tu nak tengok duit makcik. makcik ada menang pertangdingan. Dapat ketera.
KERANI : makcik, Jangan makcik. Makcik dan kena tipu ni. Ayah saya dah terkena. Bukan dapat kereta, tapi dapat tilam je. Makcik jangan keluarkan duit ni

Tapi mak aku macam tak dengar je nasihat kerani tu. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.  Sampai je kat pejabat tu , diorang ambil duit tu dan bawak masuk ke bilik lain. Konon2 nak tengok nombor siri betul ke tak. Kalau ikut logic,mestilah duit betul, takkan duit tipu pulak. Tapi kalau dah dasar penipu,banyak je akal nk tipu duit orang. Mastu ada seorang lelaki melayu lebih kurang mak aku dalam tu jugak. tak sangka aku melayu sama melayu boleh tipu. Memang tak aman hidup ambil duit orang.

Last2 diorang cakap mak aku HANYA MENANG SEBUAH TILAM KESIHATAN SAHAJA!!! sama seperti apa yang kerani pejabat pos tu cakap!!!!! bile mak aku taknak, diorang cakap makcik dah dapat tilam. dna tak boleh ambil duit balik. 

Lepas bertekak akhirnya mak aku turun dari syarikat berkenaan. Sampai di bawah., mereka memberi mak aku sebuah unit mesin perngurut kaki yang mungkin hanya berharga ratusan ringgit sahaja.

Mak dan ayah aku terus ke balai polis untuk membuat report. Korang bayangkan mak aku tertipu RM8900. Kalau RM 890 takdeklah terasa sangat. Penat mak aku buat kuih pagi2 tapi duit tu kena tipu pulak. Dasar celaka punya orang!!!

Sekarang dalam bulan ni juga kes ini akan dibawa ke mahkamah tuntutan pengguna. Harap2 dapat balik duit tu. Tak dapat semua dapat sikit pun jadi. Korang semua doa2kanlah agar ada rezeki mak aku sempena bulan ramadhan yang mulia ni.

Jadi kepada mereka yang berada di Kuantan atau di mana sahaja, harap dapat berhati2 agar anda juga tidak menjadi mangsanya. 

Kesian mak dan boh..... :(

JOM KITA TENGOK GAJAH

Walaupun dah dekat 2 tahun duduk kat Mentakab ni, belum sempat lagi aku nak pergi Kuala Gandah. Kat sana orang cakap ada gajah. Aku bayangkan macam biasa-biasa jela. Tengok kt tv pun boley.

Last2 dalam bulan lepas, kami taga beranak sempatlah menjengah kat sana sekejap. Kawan cakap kalau nak mandi dengan gajah dan tengok aktiiti gajah main, datang pukul 12. Kami sampai dalam pukul 1 lebih gitu. Pekerja kat sana cakap,aktiviti gajah dalam puku 2 petang. So, kami pergi kt kandang gajah tu dulu la. Betul ke kalau gajah panggil kandang?

Masa pergi, pekerja kat sana tengah mandikan gajah. besar jugaklah. Kepada sesapa yang berminat, bolehla beli pisang untuk bagi makan gajah.. teruja woo.. Harga pisang tu taklah mahal sangat.. 2 ikat dalam RM5 je. So aku belilah sebab nak try. 

Rupanya-rupanya, pertunjukan gajah bukan yang dalam sarang tu..Ada yang lain. Yang baru dikeluarkan dari hutak Mak ai...besar gile gajah tu... Bagi free pun aku tak nak naik. Takut. Yang dalam sarang tu kecik-kecik gajah... 

Dapat tengok gajah tu wat pertunjukan. Adalah dalam 4 atau  ekor kot. Yang part paling best,tengok gajah tu jatuhkan badan die untuk tidur.... Bukan senang nak tengok..hihi...Real tu...

Tapi tak sempat tengok orang mandi dengan gajah. Selalu yang excited tu "mat saleh la". Depa yang banyak amik kupon untuk mandi bersama gajah tu Aku tak pun. Geli....Nanti mandi air taik gajah pulak. EEIIIIII.....hahahha
Kami sempatlah snap sikit je gambar kat sana. Masa tu panas tengahari.. Syasya lagi yang maam nak tidur. Syasya i kalau nak tidur baik bagi, kalau tak mengamuk la jawabnya...

Jom kite layan gambar-gambar masa kami pergi sana.....

Ini kecik je...

Gajah makan pisang

Monyok je Syasya. : panas

Macam nak pisang je mulut tu

Ramai orang bagi makan kat ajah

Syasya ada...korang ada??




Pertunjukan gajah




PS : Masuk sini free of charge jer... :) Bolehlah bawak anak-anak datang sini yer.
















AKU ADA..KORANG ADA?

ADUH…..sesak nafas kalau macam ni.. Dahla nak dekat dengan raya, kena saman pulak.. Nak marah kat sapa?? Sapa yang susah?? Aku dan keluarga aku jugak…apsal plak..akula yang susah

Saman ni kena masa nak balik kerja hari jumaat 13.7.12 haritu.. Lebih had laju. Sepatutnya kena bawak 60km je. Masalahnya, punyelah jauh yang kena bawak 60km tu. Dahtu camana nak sampai? Bek naik basikal je lepas ni kan. Betul tak? Tak pernah nak mengaku salah…hahhahaa

Hmmm….entahla, padan duduk kumpul saman je aku ni. Kalau macam tu, baik aku tukar sekolah jela senang. Kalau tak,dalam sehari aku akan kumpul 2 saman sebab jalan ni je yang ada untuk aku pergi balik sekolah. Memang kat situ semua orang drif, nak cepat sampai g keje.
Bila bagitau papa syasya pasal  saman tu, die cakap “ abang sendiri pun tak pernah kena saman lagi ”. Pastu papa syasya cakap lagi 
bulan ni kite kena sedekah la jawabnya ”. Macam peril jer..hihihi… Tapi nasib baik tak kena marah.. :) macam ambil kesempatan je aku ni..hihi

Tapi kalau papa syasya yang kena saman, mesti aku bising. Tapi kalau aku yang kena, wat tak tau je..hihi… Haritu kena saman parking kat TF Mentakab. Tengok orang ramai je parking kat bustand tu,kitorang parking gak la. Bila dah kuar TF je,tengok kereta ada surat laying..hahha.. Melayang jugaklah Rm 50 duit aku. 

Sepatut kena bayar Rm150 tapi sebab ada member kt Bukit Aman,dapat diskaun sikitla… hihii…
Tapi aku tak serik pun kat kawasan tu lagi. Sebab pagi2 mesti lewat,mau tak pecut bawa kereta. Mana tak, rumah dengan sekolah lebih kurang dalam 30 minit kalau bawak slow motion.. Kalau bawak speed macam aku, lebih kurang 20 minit je.

Harap-harap lepas ni tak kena dah la..hehehe… memang aku yang tak pernah menyesal!!!

Ni ha surat cinta untukku... :)

surat cinta buatku... :)

SO...pada kawan2ku yang selalu guna jalan ni..hati2 la yer. Jangan anda plk yang lepas ni....Simpan duit tu lagi bagus..hihihi.

Puasa

Harini dah 3 hari umat Islam berpuasa. Puasa tahun ni lain,tak macam puasa sebelum-sebelum ni. First puasa, bersahur di Temerloh dan berbuka di Rompin. Walaupun kena running jalan jauh, tapi takpela..dapat jugak balik kampung...hihi.

Puasa tahun ni baru 2 hari dapat bersahur n berbuka dengan suami... Harini berdua jer dengan peneman.. Nasib baik la ada Syasya, sudi juga dia bangun subuh-subuh nak teman mama die. Kesian mama die kena puasa sorang-sorang...hihii.... Tak seronok kalau takdek geng, bila makan tu macam takdek perasaan je..hehehe.....

Papa Syasya takdek, pergi latihan kat Port Dickson.. Tu yang mama syasya kena puasa sorang-sorang.. Takpelah, nak buat macam mana kan... Nak taknak kena terima jugak la..Janji puasa jangan tak puasa..

Kalau masa kecil-kecik dulu,  seronok puasa kat kampung, Time nak berbuka punseronok jugak. Sebelum orang azan, dah sibuk pergi pasang pelita dengan adik kat luar rumah. Zaman dulu main gantung dekat kayu yang kita pacak-pacak sendiri tu je.. tak beli pelita yang dah jual kat kedai, masa tu rasa mahal...hhi...So pakai yang semulajadi jela.

Kalau tak bulan puasa, jangan harap nak keluar dari pintu rumah walau sejengkal pun. Takut hantu...Memang dasar penakut kan.. Samaila sekarang...hihi.. Tapi bile bulan puasa, tak takut pun. Kan orang tua-tua cakap antu kena ikat kat pokok.. Tu yang jadi berani nak keluar dari rumah tu..hahhha Kalau tak, bila nak bagi kucing makan nasi pun, rela isi nasi depan pintu dapur je. Esok mesti kena hurung ngan semut gatal..hahaha...

Tapi betullah,bila dah besar ni fill puasa tu lain sikit kan. Sebab wajib kena puasa. Kalau zaman kecik2 dulu sebab nak upah pun ada jugak..hahha... Tapi zaman dah berubah. Lepas ni tiba giliran anak-anak pula nak merasai zaman-zaman puasa tu. Tapi Syasya kecik lagi..belum boleh puasa..hahaa...

Pergi Takkan Kembali

Entah kenapa, aku banyak kali juga termimpikan arwah kawan ku. Aku kenal die masa Mula-mula keje kat sekolah ni. Entahlah, dengan die ni aku selamba je cakap "kau" "aku" padahal umur die maybe dalam 30 kot. Dengan technition sorang lagi panggil "saya" "awak". mungkin yang sorang ni skema sikit kot...hihi....

Malam tadi aku termimpikan arwah lagi. Padahal aku takdek fikirkan die langsung. Cuma kadang-kadang bile terlintas dihati je aku fikirkan pasal die. Pasal die selalu berhubung dengan aku. Bukan ada scandal, tapi die take care sangat kat kereta aku tu. Malam tadi aku mimpi nak pergi tengok kereta die kt bengkel. Aku tak ingat die upgrade apa, tapi kedai tu pelik sangat. Tingkat 1 deretan kedai macam biasa jer..bila naik tingkat atas aku pelik sebab lantai die bukan simen tapi macam kawasan tanah. Siap ada rumput dan kereta boleh lalu lagi. Mungkin mimpi, tu yang keluar benda pelik-pelik tu.

Arwah kawan aku tu nama die Zaidi bin Rahaimi. Arwah ni kalau jupe aku mesti ada je nak digaduhkan. Kalau tak bercakp pun, bile selisih mesti jeling2 konon macam marah tapi kami sambil2 senyumla.. Kalau sms mintak tolong buat kerja, mesti aku atau die akan jawab dengan benda yang boleh sakitkan hati. Tapi aku tak pernah ambil hati pun. Aku harap arwah pun macam tu juga. 

Kadang-kadang tu bila dah balik kerja, petang ke, tengah malam ke, mesti die ada je sms tapi pasal kereta la. Sebab kereta aku sama dengan kereta die. Nanti adalah die promote suruh pasang skirtingla, tukar tayar la, tukar rim tayarlah.. Tapi selalunya aku suruh suami aku yang balas. Biar diorang lelaki yang bincang pasal kereta.. Aku tak tahu apa2 pun.... Last dia sms pasal kereta sebelum meninggal untuk tukar sport rim ketera. Dia ada sepupu dekat Keratong, so die ajak aku pergi sana kalau berminat. aku selalu jawab dengan die " nantilah..ko tunggu kwsp aku keluar..tak lama dah ".

Aku ingat lagi satu peristiwa pasal nak tinted kereta. Aku tanye die kat kedai mana yang murah and berkualiti. Aku ni nak yang murah je kan, biasalah perempuan... Kalau make up je nak yang mahal. Die jawab " ko pergi kat kedai STAR kat area kfc drive true baru tu. kat situ murah ". Tapi aku tak usha pun kat kedai tu..hihi... Aku pergi kedai lain kat mentakab.  Aku ingat lagi kata-kata arwah. .. " ko kalau nak tukar tinted, pergi kat kedai aku cakap tu. Kalau tak, bawa laki ko skali. selalunya cina ni kalau tengok orang perempuan yang datang mesti die tipu." Tapi betul jugak sebab kalau perempuan yang bawa kereta mula lah itu la, ini lah sebab aku dah pernah kena masa nk tukar timing belt....dah takdek arah cine tu,die suruh aku tukar span ape ntah dalam enjin tu..konon dah kotor. Kena tukar yang baru. Aku yang blurr2 ni pun cakap ok jela..Melayang duit aku,dahla duit tu spent untuk timing belt.. Hampeh tol uncle tu.

Seminggu sebelum arwah meninggal, dia ada sms pasal printer kat bilik warden rosak. Aku balas sms tu memang nak marah die tapi aku tak tau die tahu ke tak yang aku marah die tu.. Sebab cara die balas macam tak terasa pun aku marah kat die. Ni sms yang kitorang anta 24.4.12, 3 hari sebelum arwah meninggal. 

Zaidi : Ko tak topup ink printer dalam bilik warden                  ker.    Nyusoh kn aku nk wt kje td
Aku : Korang ni tak reti bahasa??? kan dah ckp, kl ada apa 2 masalah isi borang aduan kerosakan. Ni tak, tak ckp pape tibe2 je nak bising. Aku dah ckp kat pengetua pasal hal ni. Mungkin die akan cakap dalam mesyuarat nnt. sebab aku dah ingatkn prosedur kalau ada apa2 masalah tapi takdek sapa ambil peduli.
ZAidi : Bagus camtu..kite ada SOP tp set ni tak retinye. Aku ingt ada org maklum sebelum ko pergi kuantan haritu.
Aku : die tkdk co ( aku balas yang ni jer, tapi tak tau apa yang aku taip masa tu sbb sms ni dia anta masa pagi aku ngah siap2 nak g kerja.)

Ni la sms terakhir antara aku dengan die. Lepas pada tu takdek dah sebab aku pergi kursus di PKG Mentakab. Aku rasa terkilah jugakla sebab marah die dengan bahasa yang aku rasa agak kasar. Semoga arwah tak terasa apa2 dengan ayat aku tu. Bila aku baca semua sms dari first aku keje sampai terakhir, mesti aku akan menangis. Sedih sebab kehilangan kawan bergurau. Nasib baik suami aku tak marah sebab aku tak padam semua sms tu. Nasib baik jugak aku pakai hp sony yang semua sms nya ada dalam satu folder. Kalau hp nokia aku, satu sms satu folder, kompom kena padam sebab nnt inbox penuh. Sampai saat2 macam ni, aku teringatkan arwah, terpikirkan die. Semoga Allah ampuni dosanya dan tempatkar arwah dikalangan orang yang beriman... Dan aku akan sentiasa ingtkan arwah dan sedekahlah Al-Fatihah selagi aku hidup. Aku pun tak tahu kenapa hati ni selalu teringatkan arwah. Mungkin sebab tempat kerja yang sama, selalu berurusan dengan arwah,..Jadi kehilangannya begitu terasa.


Aku juga pernah kehilangan seorang kawan yang sama belajar masa di SMTSAS. nama dia Hazwan Hadi. Yang aku paling ingat adalah kerana arwah meninggal dunia pada tarikh hari lahirku. ARwah meninggal pada 4.2.2011. Dah setahun dah. Tapi aku tak terasa kehilangan yang amat sangat mungkin kerana aku tak pernah berhubung dengan dia pun. Berhubung pun masa zaman sekolah-sekolah dulu. Mungkin sebab ni aku selalu teringatkan arwah Zaidi. Sebab die pergi secara mengejut dan tak disangka-sangka. Sebab selalu berhubung dengan die. Sebab sellau bergaduh dengan die... Sebab lepas ni aku dah takdek nak gaduh dengan sapa2 dah kat sekolah ni.. YA Allah, kau berilah keampunan kepada sahabatku ini. Die tak pernah sakiti hati ini walau sedikit pun. Tidak pernah aku terasa dengan setiap kata2 dan perbuatannya. Kau ampuninya Ya Allah... Amin


Masa arwah meninggal dunia, sempat juga la kami staf sekolah pergi melawat kat HOSHAS. Suasana masa tu memang sebak jugak la..Sedih sebab rakan kite dah takdek. Syukur jugak sebab Allah beri peluang untuk tengok arwah buat kali terakhir. Nampak tenang je.. Muka pun ok je. Alhamdulillah... Meninggal pula hari jumaat. Lepas tu jenazah dikebumikan kat Terengganu kat kampung isteri arwah. 

Sehingga arkitel ini ditulis, hati ini menjadi sebak. Masih teringat setiap kata2nya dan apa2 juga nasihatnya. Susah untuk mencari sahabat untuk suka dan duka. Aku bersyukur kepada Allah kerana diperkenalkan dengan walaupun hanya seketika.  Kawan-kawanku sekalian,aku berterima kasih seandainya kamu semua sudi sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Kerana hanya itu yang aku mampu sedekahkan kepada sahabatku. Untuk makluman semua arwah meninggal pada 27.4.2012 bersamaan hari jumaat. Terima kasih semua.