Pages

KENDURI KAHWIN


Sebenarnya ikut plan asal,balik semenanjung 24.8 tapi disebabkan flight penuh, balik lewat sikit. Flight haritu dapat 28.8.2012. pada mula2 memang ingat tak sempat nk tengok adik ipar kahwin tapi mungkin rezeki dari Allah, tu yang flight deley. So, dapatla join semua meraikan hari bahagia tersebut

Nak dijadikan cerita, bawa balik baju kurung  spend utk raya 3 pasang je. Tak bajet pun sekali ngan kenduri kahwin tu. So, rotate baju yang sama je. Harap2 takdek orang perasan..hihii

Adik ipar nikah hari khamis,sanding hari ahad. Nasibbaik kahwin dengan orang dekat je,tak lah penat sangat nk berulang. Nasib baik abang ipar ada 2 buah kereta, takdekla pening sangat. Kalau tak jenuh nak berangkut kami yang ramai ni..hihi

Kahwin kat sana pun lain sikitlah dari kat sini. Rasa macam kat semenanjung macam meriah sikit kot..hehehe…. kalau kat sini kan kita mesti sediakan gift dalam paper beg utk kawan2,saudara mara n yang spesel untuk belah rombongan belah lelaki. 

Kat sana takdek. Just bagi bunga telur jela time renjis air mawar tu. Biasalah, lain tempat lain budaya. So, ni pengalaman la kirenya. Nnt kite pergi tempat lain plk utk tengok budaya lain. 

Tapi betul kata orang… hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Baik di negeri sendiri..hehhehe….

Tapi kat sana tak sempat pun nak berinai. Sebab kalau belah pompuan mesti meriah kot. Kite belah lelaki macam kurang sikitla. Pengantin berinai dengan mak andam

Jom, kita layan dulu ga,bar kami berpossing kat sana..hehehe

majlis nikah



with adik ipar












kaum hawa

kaum adam

samai tertidur syasya...



Raya versi Sarawak


Tahun ni first raya kat sebelah mentua sejak 2 tahun kahwin. Sepatutnya tahun lepas  tapi disebabkan Syasya lahir time tu, raya kat Rompin je. Tahun ni la raya kat Sarawak.

Seronok juga raya kat sana. Mana taknye, sahur kat semenanjung, berbuka kat Sarawak. Kiranye mengelat sikitla dapat buka awal..hehhe

Kami bertiga balik Sarawak 17.8 haritu. 2 hari sebelum raya. Balik tahun ni pakai waran tentera penat sikitlah. Macam terkejar-kejar. Biasalah free punya pasalkan.

Masa on the way pergi kl haritu, kereta pula problem. Ingatkan dah ok bila baiki sikit hari sebelumnya. Sampai jem kat tengah2 jalan yang sibuk kt KL tu. Mana taknya, dari Mentakab ke KL, temperature kerete tu 120 darjah celcius dah. Bila kereta jalan ok, tapi bile kena banyak kat traffic light, suhu naik mendadak,  last2 benti tengah jalan…memang nerverse gak la time tu, takut ada kereta dari belakang langgar. Last2 bila enjin dah sejuk, bawak pergi transit parking kat sana. Tak sempat nak baiki..nasiblah..hihi

Raya kat Sarawak memang best. Maklumlah kat sana ramai saudara mara belah Papa Syasya. Anak saudara pun ramai. Meriah sangat-sangat.

Petang raya kami semua balik kampung dekat kampung Tambirat,area Kota Samarahan. Memang kat sana suasana kampung. Jarak dari rumah Papa Syasya tak jauh pun..1 jam jer perjalanan dari Siburan.

Tapi kat sana letih jugak lah.. ramai orang datang beraya kat rumah.  Lepas tu pergi beraya kat rumah saudara mara lagi. Maklumlah,. Nak bawak Syasya kenal dengan saudara mara. Ni first Syasya balik sana. Ramai yang nak tengok..hehehe…

Raya kedua kami semua pergi beraya dekat Balai Ringin Serian pulak. Dalam 2 jam jugakla dari rumah Papa Syasya kat Siburan. Bawa Syasya pergi jumpa atok die kat sana. Sempat juga kami bermalam kat sana semalaman. 

Tapi tu la, kat sana tiada bekalan air dan elektrik. Memang kekok sikitlah. Nak bila malam.. pukul 10 malam je dh tutup generator, berkipas jela sampai ke Subuh. Kesian Syasya panas… Tapi takpe, tu pengalaman. Bukan senang  korang nak rasa kan..hihih…

Raya tahun ni cuti sekejap je. Sebab tu masa terhad sikit. Terkejar-kejar masa. Nak pergi shopping tak sempat. Sempat pergi Satok sekejap je. Sempatlah beli ikan terubuk masin sikit, kek Sarawak sikit, ole2 sikit… yang paling penting perencah laksa Sarawak.. bawak bekal untuk buat kat rumah nanti..hihihi…

Raya kat sana lain sangat dengan kat semenanjung. Kalau kat sini kite semua sibuk tak tido nak gentel biskut raya. Kat sana tak pun, diorang buat kek lapis Sarawak. Tapi yang original la, tak sama dengan yang beli.


Kalau kita pergi setiap rumah, mesti ada kek lapis. Biskut raya takdek pun. Kalau ada pun satu dua jenis jer. Yang lain semua kek. Satu lagi, diorang banyak sediakan manisan. Ala, yang macam2 budak-budak makan pun diorang wat kuih raya. Satu lagi, korang pernah tengok tak biskut pedas yang jual kat kedai runcit tu,  yang tu pun jadi biskut raya…..heheheh…

Kat sana budaya diorang lain, takdek sediakan air oren ker,sirap ke yang dibancuh macam kite ni. Semua disediakan air botol bergas. Ekspress je kalau orang dating beraya tak payah bergaduh nak mengelat wat air. Tapi kalau orang yang tak biasa minum banyak air manis macam aku ni, sampai nak tercabut anak tekak. Last2 setiap rumah yang aku pergi aku akan mintak air mati je ( kat semenanjung panggil air masak ). Dah tak boleh telan air gas…

Satu lagi yang special aku tengok bab ketupat die. Kat sini panggil ketupat palas, bungkus dalam daun palas bentuk segitiga kan. Kat sana lain. Macam ketupat pulut tapi die panggai kelupis. Bentuk die pun lain. Panjang2 lepas tu diikat dalam 6 biji camtu la. Cuma time nak makan susah la nk kena bukak tali. Tapi tak terfikir plak nak ambil gambar tu..hihihi.

Yang lain macam biasalah, ada ketupat daun kelapa, lemang, rending. Sama macam dekat semenanjung juga. Rendang sana pun lebih kurang macam rendang tok yang warna hitam tu la. 

Ok la, jom semua kita layan gambar aku, papa Syasya dan Syasya sepanjang beraya kat Sarawak.. :)

iyah..Papa Syasya menunjukkan kehebatannya menganyam ketupat

with Ibu mertuaku

Happy Family




Add caption

INFO MENU UNTUK ANAK


Menyediakan sendiri makanan untuk anak adalah tindakan yang bijak dan perlu diamalkan oleh semua ibu mahupun bapa. Namun, beberapa perkara perlu dititikberatkan agar makanan yang diberi itu bermanfaat dan bukan memudaratkan.

1. Penyediaan Makanan
Seboleh-bolehnya, sediakan makanan segar untuk anak-anak. Sekiranya anda menyejukbekukan makanan anak, sejukkan dengan cepat sebaik anda menyediakannya. Penyejukbekuan merupakan cara paling baik untuk mengekalkan vitamin dalam makanan yang disediakan.

2. Tekstur Makanan
Bagi bayi yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal, mereka perlulah diberi makanan yang dikisar halus dan tidak terlalu pekat. Anda bolehlah memberi anak makanan yang sedikit kasar apabila usianya mencecah tujuh hingga sembilan bulan. Pada usia ini, anda digalakkan hanya melecek makanan untuk bayi dan tidak perlu dikisar halus. Apabila bayi anda sudah pandai memegang barang, berilah dia makanan jejari yang lembut. Anak pasti sukakannya kerana kini dia sudah boleh memegang sendiri makanannya.

3. Nutrien Penting
Pastikan makanan yang anda beri pada anak kaya dengan pelbagai zat dan mineral seperti zat besi, kalsium, vitamin C, vitamin A dan asid lemak Omega 3.

4. Makanan Bayi Bukan Makanan Orang Dewasa
Makanan bayi perlulah semula jadi tanpa sebarang perisa tambahan seperti garam, gula ataupun MSG. Ingat, yang sedap di tekak ibu bapa belum tentu baik untuk kesihatan anak. Malah, rasa sedap inilah yang selalunya memudaratkan kesihatan.

Info : Vitamin C dan sesetengah vitamin B akan hilang perlahan-lahan apabila makanan dipotong, dimasak atau didedahkan

Beli Siap, Makanan Segera atau Masak Sendiri?



Semua ibu bapa inginkan anak yang sihat. Tapi, ramai di kalangan mereka masih tidak faham makna sihat yang sebenar. Tidak dinafikan bahawa ada ibu bapa beranggapan, jika anak mereka bertubuh besar maknanya dia sihat dan cukup makan. Jadi, tidak perlu risau tentang pemakanannya. Sebaliknya, anak yang bertubuh kecil, dianggap tidak cukup makan walaupun sebenarnya nutrien dan zat yang mereka peroleh setiap hari mencukupi.
Agar anak kurus mereka  jadi ‘gemuk’, ramai ibu bapa tidak kisah apa yang anak mereka makan. Yang pentingnya anak ingin makan. Bagi mereka, lebih baik anak makan makanan segera daripada langsung tidak mahu makan. Tanggapan seperti inilah perlu ditangani segera agar peratusan anak yang dibesarkan dengan makanan segera ataupun makanan siap berkurangan dan digantikan dengan makanan daripada air tangan ibunya sendiri.
Sepatutnya, untuk memastikan ahli  keluarga anda sentiasa sihat, perlulah diamalkan tabiat pemakanan yang berpandukan kepada Piramid Makanan Malaysia.

Bagi memenuhi keperluan tenaga dan tahap pemakanan anda dan keluarga, pilihlah makanan yang terdiri daripada nasi, mi, roti, bijirin dan ubi. Hal ini kerana makanan jenis ini membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Selain itu, jangan lupa tentang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda menghidangkan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari kepada ahli keluarga.
Harus diingat, demi untuk kesihatan seisi keluarga, pengambilan lemak, minyak, gula dan garam perlulah dikurangkan. Tidak dinafikan bahawa lemak penting untuk kesihatan kerana membekalkan tenaga, vitamin larut lemak A, K, D, dan E. Namun, pengambilan lemak yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan.
Bagi menyediakan sendiri makanan untuk keluarga, ada beberapa perkara perlu anda praktik. Antaranya ialah pemilihan bahan mentah. Pastikan bahan-bahan tersebut segar, tidak busuk, tidak berubah warna dan tidak berkulat. Semasa membersihkan bahan-bahan mentah, pasti dilakukan dengan sebaik-baiknya. Bersihkan segala kekotoran yang ada. Ketika memasak, terutamanya ikan, makanan laut, daging, ayam dan telur dimasak sehingga betul-betul masak. Semasa menyajikannya pula, pastikan makanan tidak dibiarkan terdedah dan jangan menyimpan makanan yang sudah dimasak lebih daripada empat jam pada suhu bilik.

Panduan menyediakan hidangan sihat:
  • Pastikan anda mengambil kira tentang Piramid Pemakanan setiap kali anda menyediakan hidangan untuk keluarga.
  • Pelbagaikan cara penyediaan makanan seperti menggoreng, merebus, mengukus dan memanggang.
  • Gunakan bahan mentah yang segar.
  • Jaga kebersihan ketika di dapur.
  • Kurangkan penggunaan gula dan garam ketika memasak.
  • Penggunaan lemak juga perlu dikurangkan.
  • Cuci bahan-bahan mentah yang ingin dimasak bersih-bersih.
Makanan siap dan segera

Makanan segera memang sangat digemari kanak-kanak lebih-lebih lagi makanan yang menawarkan permainan sebagai hadiah. Membeli makanan di restoran atau gerai-gerai pula adalah pilihan bagi ramai ibu bapa yang bekerja dan tidak ada banyak masa untuk masak sendiri. Memang cara ini lebih mudah, ringkas dan cepat. Tapi, kita sering terlepas pandang tentang bahan-bahan yang terkandung dalam makanan yang dibeli itu. Adakah makanan tersebut sesuai untuk setiap ahli keluarga atau tidak? Bukan sahaja kandungan, tahap kebersihan dan proses penyediaan makanan tersebut adakah benar-benar mencapai tahap yang sepatutnya?

Memang makanan segera seperti burger, kentang goreng dan ayam goreng mengandungi sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Akan tetapi, kebanyakan makanan tersebut tinggi kalorinya, tinggi kandungan gula dan garam serta berlemak. Makanan tersebut kurang serat dan vitamin yang juga diperlukan tubuh. Ketidakseimbangan inilah yang akan mendatangkan masalah pada kesihatan.
Kandungan sebenar makanan segera anda:
  • Burger daging seberat 230gm dianggarkan mengandungi 57gm lemak tulen. Selain lemak, burger daging mengandungi protein, zat besi, vitamin B12 dan sedikit serat. 
  • Ayam goreng kaya dengan lemak dan banyak garam. Walaupun begitu, di dalam ayam goreng juga ada protein, niasin dan vitamin B6.
  • Kentang goreng juga mengandungi banyak garam dan lemak selain daripada protein dan vitamin C.
  • Minuman berkarbonat terlalu banyak gula, pewarna kimia dan kafeina.
Jika terpaksa membeli di restoran atau gerai, ada beberapa perkara perlu diikuti:
  • Pilih makanan yang segar dan baru dimasak.
  • Hadkan pengambilan makanan yang dirasakan mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa tambahan.
  • Jangan beli makanan yang sudah hangus.
  • Pastikan makanan yang dibeli tidak mengandungi benda-benda asing seperti rambut, batu, pasir dan serangga.
  • Perhatikan juga persekitaran restoran atau gerai.
  • Perkakas yang digunakan untuk menyajikan makanan pun perlu diperhatikan.
  • Elakkan makanan yang sudah digoreng berulang kali.
  • Pilih hidangan yang seimbang mengikut piramid pemakanan.
  • Untuk minuman, elakkan minuman berkarbonat.
Kalau terpaksa membeli di restoran makanan segera pula,
  • Pilih ayam panggang dan elakkan memilih ayam goreng.
  • Pilih saiz sajian yang kecil.
  • Pilih hidangan yang kurang lemak.
  • Jangan pesan minuman berkarbonat, sebaliknya pilih jus buah-buahan atau air kosong .
  • Jika ingin mengambil salad, pastikan sosnya rendah kalori.

Ahli VS Bukan Ahli

Ni cerita suka-suka jer. Saje nak bagitau apa yang dah berlaku.
Kejadian tu ( chewah ) berlaku hari ahad yang lepas. Aku, papa Syasya dan Syasya keluar ke Bandar Mentakab. 
Saja nak pergi cari barang raya. Prepare beli sikit2.

Pastu tengok ada satu banting tu, tulis promosi pembukaan kat satu kedai elektrik tu. 
Sebelum ni kedai tu terbakar,dah dapat duit insurans la tu yang renovate lagi cantik. 
Yang teruja sebab tengok ada iron baju RM9.90. Murah giler kan. 
Biasalah perempuan, kalau dengar benda murah mesti "selak"  nk..hihihi...

Dalam kertas pamplet tu tulis iron tu blh bli selepas pukul 11am. 
Aku kul 10.45am dah terjongol dah kt kedai tu. Konon2 nk cepAT la. 
Takut barang tu habis. 
Selepas pukul 11am  pun depa masih atur2 barangan yang nk wat promosi tu. 
Aku dengan sabarnya menunggula sebab nak dapat iron murah tu.

Aku dapat turn no 2 (berkat usaha tunggu awal2). Pastu amoi tu cakap sapa yang ada kad sahaja boleh beli dengan harga promosi. 
Sapa yang takdek kad ahli boleh buat kt kaunter dengan bayaran RM5 sahaja SEUMUR HIDUP.  
Adalah dalam lima ke enam orang yang pergi daftar buat kad tu. 
Aku cakap aku dah ada kad tapi tak bawak. 
Amoi tu cakap kena pergi check kt kaunter nk tgk samada sah lagi atau tak. 
Aku yang blurr..blurr ni pun pergilah kt kaunter tu konon2nye nk cek nama masih sah lagi atau tak. 

Sampai je kat kaunter tu, cina yang jaga kaunter tu taknak cek bila aku bagi ic nk suruh tengok valid ke tak. 
Die tunjuk kt belakang. Maksudnye kena buat kad baru la kan. Padahal kalau nak cek kad tu, maklumat ada dalam komputer die. 
Aku tak pergi pun. 
Aku terus pergi kat amoi tu tadi, cakap kad masih valid lagi. 
Then die suruh aku pergi ambil kad, tunjuk kat die sebab die nk tengok. 
Bengang betul aku masa tu.

Banyak sangat songehnya nak boleh bagi orang beli barangan yang diorang wat promosi tuh. Kalau banyak sangat promosi, janganlah bukak untuk orang ramai. Simpan je rumah untuk pakai sendiri. Mentang2lah murah, nak wat susah plk yang pelanggan..hmmmm....

Aku dah bengang sangat masa tu, ingat aku tipu ker. Masa kat kaunter utama ada jumpa dengan sorang budak india. 
Dia tau aku hli sebab baru bulan lepas beli TV untuk adik ipar kat TF Temerloh. 
Tapi yang amoi ni banyak songeh ... banyak cakap plk. 

Last2 aku pulangkan balik nombor giliran tu pada die. Biar die yang beratur beli pulak. 
Aku terus blah. 
Mulalah die duk panggil2 aku balik. 
Aku jalan je terus pergi kat Papa Syasya. 
Papa Syasya marah pulak kat aku sebab duduk tunggu.. 
Sebab die dah tau dah. 
Papa Syasya yang first pergi kt kaunter nk cek nama valid lagi ke tak. 
Cine tu wat tak tau je. 
Papa Syasya bengang terus blah. 
Aku yang mash still duk tunggu lagi nk beli iron tu

Dah sampai kat rumah baru aku teringat kenapa aku nak kena cek kad masih valid lagi ke tak. 
Dah tentu tadi die cakap kad ahli tu untuk seumur hidup. 
Nampak sangat dah kena tipu aku. 
Bengang betul aku... 
Tapi sabar, bulan puasa ni.

Kalau korang pergi tengok kat kedai tu... contoh harga iron tu RM50 untuk bukan ahli, tetapi kalau ada kad hanya RM40 sahaja. 
Nak wat kad pulak hanya RM5 atau RM10 jer.. 
So korang rasa mesti semua orang akan wat kad ahli kan dan beli dengan harga ahli. 
So, bila kita mintak kurang lagi, mesti harga tu dah ditetapkan kan.
Tapi kalau kita bandngkan dengan kedai yang lain, harga lebih kurang sama je dengan harga ahli yang ditawarkan tu...

So, korang fikir-fikirkanla...
IRON tak dapat..SAKIT HATI yang dapat...