Tengok jam baru pukul 4.10 petang. Penatnya rasa waktu ni berjalan. Tak sabar nak balik rumah. Rindu kat Syasya. Rasa macam nak balik terus je, tapi mati kena marah dengan boss...hihihi.. Takpela, sabar..sabar.... Rindu nak pegang Syasya ..nak tengok die gelak bila sampai nak ambil kat rumah pengasuh. Dari tingkat atas Syasya dah senyum tengok mama die parking kat bawah. Bile kite naik je kat rumah,mulalah gelepar nak suruh ambil. Kadang-kadang tu saje je babai konon nak tinggal die..MUlala menangis...hihi..Jahat betul Mama Syasya ni.
Takpela, walau penat pun tapi seronok. Syasya sekarang ni dah pandai merangkak dah.. Aduh letihnya mama nak kawal Syasya ni. Pantang terlepas laju jer nak pergi berdiri kat sofa tu. Mulalah nak menyusur sofa. Berlari mama pergi jadi pagar kat belakang Syasya tu. Takut jatuh nanti kesian pulak. Nak marah tak guna sebab budak kecil mana paham kalau kita marah2. Lagipun tak elok marah anak..hihi ( walaupun kadang2 terlepas jugak ). Takpela Syasya, mama rela jadi pagar asalkan Syasya cepat berjalan. Harap2 raya nanti dah pandai jalan sendiri, boleh kite pegi beraya sama-sama..hihihi
Bila dah sebelas bulan ni, Syasya dah pandaik buat macam2 apa yang kita ajar. contohnya macam buat bunyi "perp..perp " guna mulut dah pandai. Ikut kite jelir lidah pun dah pandai. Alhamdulilah, dah makin pandai dah. Jelir lidah tu bukan unytuk ejek tau.. Tu salah satu ransangan untuk bayi tau.. Mama Syasya ni rajin cari maklumat tentang bayi dalam google. Tiap2 bulan tak pernah miss beli majalah Pa&Ma. hihi....
Tapi susah kalau nak bersiap pergi kerja pagi-pagi. Pantang kita keluar dari kelambu (kelambu besar yang kita blh masuk sekali tu ),mesti menangis nak ikut. Kalau papa ada senang sikit, kalau papa takde yang susahnya. Tak taulah camana nanti lepas papa Syasya pergi Port Dickson minggu depan....jenuh mama nak siap2 pergi kerja kelam kabut.. hihi.... Sejak dah besar dan kenal orang ni, susah nak tinggal, mesti nak ikut..nak bergayut je.. apa lagi, siap2 mandi terus ambil cermin, duduk depan kelambu tu.. solek2.. Suka sangat Syasya ni kit duduk depan die,lagi suka kalau mama bagi die tengok cermin, mulalah suka menjerit-jerit.. babai pada ceemin tu, padahal memang muka die pun, maybe ingat ada kawan kot...
ok, sekarang mama nak kemas-kemas makmal dah ni... jap lagi dah pukul 5.00pm... Apa lagi, terus start enjin nak baliklah. Nak ambil Syasya... Syasya tunggu yer....
No comments:
Post a Comment