Makanan
Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun
Semakin bayi anda membesar, semakin
dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga
semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.
Perlu diingat, tidak semua makanan
sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan
sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada
masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan
tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu
dielakkan. Teruskan membaca…
Makanan
Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan
- Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.
Makanan
Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan
- Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal. - Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi. - Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi. - Buah-buahan Citrus:
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih. - Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut! - Kacang, Mentega Kacang :
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang. - Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk
susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga. - Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi. - Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
- Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10. - Gandum dan Produk Gandum : Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.
Makanan
Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan best kinect games
- Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya. - Lain-lain Makanan Yang Mungkin
Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.
No comments:
Post a Comment