Pages

Kami Sayang Papa sangat-sangat...



Harini dah 26.09.12. Sekejap je masa berlalu. Tak sanggup rasanya nak hadApi  tarikh 22.10.12.  ada lebih kurang 26 hari lagi.

Bila ingat tarikh tu rasa sebak sangat.. Ya Allah kau tabahkanlah hatiku,hati anak-anakku. Kau berilah keselamatan kepada suamiku. Kau selamatkanlah dirinya dari apa jua perkara buruk  

 Ya Allah…
Kalau boleh,aku ingin hentikan masa dari terus berjalan. Tapi itu adalah perkara yang mustahil. Takkan ada kuasa dalam dunia ni yang mampu buat macam tu. Walau apapun, aku redha Ya Allah. Kami berserah kepadaMu. Aku relakan suamiku pergi ke sana. Demi tugas. Untuk membantu menjaga keamanan dunia.

Entahlah…hanya orang yang pernah mengalami yang akan faham perasaan aku. Biarlah orang nak kata apa. Nak beranggapan mengejar kekayaaan atau apa sahaja. Aku hanya fikir positif. Kalau semua yang yang dipilih untuk ke sana tetapi menolak, siapa lagi yang meneruskan misi tersebut?

Aku hanya berfikir suamiku adalah antara orang yang bertuah terpilih sebab bukan calang-calang orang yang  tersenarai untuk ke sana. Yang penting, aku harus kuat supaya anak-anakku juga kuat. Aku tak boleh bersedih. Tak boleh tunjukkan perasaan ku. Anak-anakku masih kecil, baru mengenal ayah dan belum mengenal ayah namun aku mesti tabah.

Abang….kami kat sini doakan semoga abang selamat pergi dan selamat pulang. Walaupun masa dan jarak yang terlalu jauh yang pisahkan kita,namun kasih sayang kami di sini takkan berubah. Cuma abang mesti janji untuk jaga diri daN  Elakkan dari berada dalam kawasan bahaya di sana.

Kita Cuma perlu redha dengan segala dugaan ini. Ajal dan maut ditangan allah. Itu kita tidak boleh elakkan. Rasa sayu sangat-sangat hati ni. Sebelum ni kalau berpisah pun tak lama, masih ada telefon untuk bertanya khabar. Tapi sekarang hanya internet yang dapat membantu kita untuk berhubung.

Abang, anja janji kat sini untuk jaga anak-anak kita. Walaupun masa setahun tu terasa macam 100 tahun, tapi kita kena hadapi juga. Abang jangan risau k, anja akan jaga maruah  kita sekeluarga. Maruah abang,maruah saya,maruah anak-anak dan maruah keluarga kita.

Abang….kami kat sini akan terus berdoa supaya kalian semua akan sentiaSa selamat dan dilindungi Allah. Moga kasih sayang dan cinta kita akan terus kuat.  
Abang, saya akan terus menulis dalam blog ni. Sekurang-kurang jika kita tak dapat berhubung, abang masih boleh tau aktiviti kami di sini. Boleh tau kalau kami sihat ke, sakit ke, sedih kea tau apa-apa sahaja. Hanya blog ini yang dapat manjadi medium kami memberitahu betapa rindunya kami di sini nanti.

 Boleh update gambar anak-anak kita nanti.  Takdeklah abang amaging macam-macam nanti muka anak-anak kita..hihi..

Oklah abang, anja akan sentiasa update blog ini. Boleh hilangkan perasaan sedih dan rindu yang ada.. semoga abang selamat kat sana..

Kami semua kat sini sayang sangat-sangat pada abang….

I LOVE MY FAMILY

2 comments:

  1. salam puan cat :), sesungguhnya awakla the right person yg mampu terima ujian ini...bangga jugak dgn awak n husband..sungguh murni pengorbanan kalian :). hope Allahh sentiasa murahkan rezki uols and wish uols satu femli snetiasa happy cay :)..

    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  2. salam...tq.. memang kena banyak bersabar nak2 lagi bila dah jadi isteri anggota tentera ni.selalu kena tinggal dan macam2 lagi..hanya kesabaran dan kesetiaan yang sentiasa menemani saya... tq yer...

    ReplyDelete