Pages

MALBATT 5

Tanggal 22.10.12 tiba juga.. Tarikh yang akan memisahkan kami selama setahun. Walaupun perkataan 'se' itu cukup ringkas namun bagi kami ia adalah masa yang cukup lama. SETAHUN!

Sapa yang tak sedih bila nak berpisah orang yang kita sangat2 sayang ni. Hanya orang yang mengalami sahaja yang akan tahu perasaan aku saat itu. 

Haritu aku dengan syasya, mak mertua dan kedua mak ayah aku pergi ke Subang untuk menghantar suami sebelum berlepas ke sana. Suasana masa tu memang sedih gile. takdak sorang pun yang aku tgk yang tak sedih.

Ramai juga yang datang masa tu. Sampai dua khemah tak cukup.. Siap ada yng bawak tikar lagi,picnic kat tengah kawasan tu. hehehe.

21.10 sebelum tu,aku check in kat Concorde Hotel Shah Alam. Bayar mahal pun takpelah,sebab masa tu je yang ada untuk kami habiskan bersama. sebab kalau check in hotel berbeza, esoknya dapat jumpa sekejap je.

Yang paling tak tahan sebak bile pengumuman suruh semua anggota masuk check in dalam airport
 ( just for tudm ). Rasa sedih sangat. Aku peduli apa dengan orang sekeliling. Aku peluk je dia kat situ. Sebab lepas ni lagi setahun baru dapat jumpa. Hanya Allah yang tahu perasaan ni.

Aku dan mak mertua sanggup bersesak masuk dalam dewan tu bila ada announce bagi peluang kat ahli keluarga tengok diorang kawad sebelum berlepas. Syukur alhamdulillah, Tuhan bagi kemudahan pada kami untuk duduk kat depan sekali. Walaupun panas sangat tapi syukur sekurang2nya aku dapat tatap wajah suami walaupun jauh. 

Nasib baik die dah cakap die duduk barisan mana masa kawad tu, so aku senang nak cari. Macam orang lain lagi kesian sebab duk tercari2 suami diorang. Kiranya sistematik jugakla suami aku sebab dah bagitau awal2..hehehe...

Kesian Syasya masa tu. Asyik menangis sebabb panas. Manakan tidak,semua orang kena bersesak dalam tu. sebab berdiri bahagian belakang memang takkan nampaklah. Nampak kepala orang depan jer. 

ok lah, kat bawah ni ada gambar untuk kenangan dan suami untuk tengok. Sebab sekarang ni hanya internet yang dapat hubungkan kami. Nasib baik kat sana dapat rangkaian internet. Dapat juga tanya khabar and video call. Walaupun jauh tapi hubungan tetap rapat.

Doa untuk suamiku....

Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau selamatkanlah suamiku dan semua anggota yang menyertai misi ini dari segala mala petaka dan bahaya. Kau berikanlah mereka kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dan keselamatan yang baik. Jauhkanlah mereka dari segala kecelakan dan perkara buruk. Hanya kepadaMu aku memohon Ya Allah. Enkau berikanlah mereka kekuatan dan syafaatMu ya Allah kerana mereka berada dalam keadaan bahaya di sana. Hanya padaMu aku memohon Ya Allah. Kau rapatkanlah kasih sayang dan cinta kami Ya Allah. Hanya kepadaMu aku berserah...

Amin...........

Abang..semoga abang sentiasa sihat dan diberikan perlindungan oleh Allah di sana. Kami di sini sentiasa doakan abang agar abang selamat pergi dan pulang.  

Habiskan masa yang ada bersa0-masa

Syasya yang tak tahu apa-apa

Papa sayang Syasya

I love U Sayang

Suami tengah berbaris

Perbarisan

Nasib baik dapat berdiri sama depan

You Are My Hero Sayang!!!
baru lepas Check out

Suka Syasya

Suami dengan abah




At bawah khemah


Papa dukung Syasya puas2.





Syasya dah dapat kaki

Syasya sekarang dah dapat kaki. Lambat sikit daripada orang lain.. Tapi takpe, yang penting sentiasa sihat.

Balik keje semalam aku tengok Syasya bukan main lagi jalan kat dalam rumah.Walaupun jalan macam orang mabuk.Kelakar sangat.

Tapi semalam jalan terhuyung hayang sampai jatuh tersembam. Menangis.....hihi... Takpelah sayang...tu baru namanya proses pembelajaran

Sekarang bukan main lagi,suka pergi dekat pintu ketuk-ketuk. Kalau kita tak layan,menangislah jawabnya... Nak keluar berjalan.

Sorry sayang..mama balik keje petang penat..tak larat. Dalam keadaan sekarang ni balik keje je terus melepek kat rumah. Tak dapat bawak pegi round jalan kaki.. Tunggu papa cuti minggu depan k sayang....

Kami Sayang Papa sangat-sangat...



Harini dah 26.09.12. Sekejap je masa berlalu. Tak sanggup rasanya nak hadApi  tarikh 22.10.12.  ada lebih kurang 26 hari lagi.

Bila ingat tarikh tu rasa sebak sangat.. Ya Allah kau tabahkanlah hatiku,hati anak-anakku. Kau berilah keselamatan kepada suamiku. Kau selamatkanlah dirinya dari apa jua perkara buruk  

 Ya Allah…
Kalau boleh,aku ingin hentikan masa dari terus berjalan. Tapi itu adalah perkara yang mustahil. Takkan ada kuasa dalam dunia ni yang mampu buat macam tu. Walau apapun, aku redha Ya Allah. Kami berserah kepadaMu. Aku relakan suamiku pergi ke sana. Demi tugas. Untuk membantu menjaga keamanan dunia.

Entahlah…hanya orang yang pernah mengalami yang akan faham perasaan aku. Biarlah orang nak kata apa. Nak beranggapan mengejar kekayaaan atau apa sahaja. Aku hanya fikir positif. Kalau semua yang yang dipilih untuk ke sana tetapi menolak, siapa lagi yang meneruskan misi tersebut?

Aku hanya berfikir suamiku adalah antara orang yang bertuah terpilih sebab bukan calang-calang orang yang  tersenarai untuk ke sana. Yang penting, aku harus kuat supaya anak-anakku juga kuat. Aku tak boleh bersedih. Tak boleh tunjukkan perasaan ku. Anak-anakku masih kecil, baru mengenal ayah dan belum mengenal ayah namun aku mesti tabah.

Abang….kami kat sini doakan semoga abang selamat pergi dan selamat pulang. Walaupun masa dan jarak yang terlalu jauh yang pisahkan kita,namun kasih sayang kami di sini takkan berubah. Cuma abang mesti janji untuk jaga diri daN  Elakkan dari berada dalam kawasan bahaya di sana.

Kita Cuma perlu redha dengan segala dugaan ini. Ajal dan maut ditangan allah. Itu kita tidak boleh elakkan. Rasa sayu sangat-sangat hati ni. Sebelum ni kalau berpisah pun tak lama, masih ada telefon untuk bertanya khabar. Tapi sekarang hanya internet yang dapat membantu kita untuk berhubung.

Abang, anja janji kat sini untuk jaga anak-anak kita. Walaupun masa setahun tu terasa macam 100 tahun, tapi kita kena hadapi juga. Abang jangan risau k, anja akan jaga maruah  kita sekeluarga. Maruah abang,maruah saya,maruah anak-anak dan maruah keluarga kita.

Abang….kami kat sini akan terus berdoa supaya kalian semua akan sentiaSa selamat dan dilindungi Allah. Moga kasih sayang dan cinta kita akan terus kuat.  
Abang, saya akan terus menulis dalam blog ni. Sekurang-kurang jika kita tak dapat berhubung, abang masih boleh tau aktiviti kami di sini. Boleh tau kalau kami sihat ke, sakit ke, sedih kea tau apa-apa sahaja. Hanya blog ini yang dapat manjadi medium kami memberitahu betapa rindunya kami di sini nanti.

 Boleh update gambar anak-anak kita nanti.  Takdeklah abang amaging macam-macam nanti muka anak-anak kita..hihi..

Oklah abang, anja akan sentiasa update blog ini. Boleh hilangkan perasaan sedih dan rindu yang ada.. semoga abang selamat kat sana..

Kami semua kat sini sayang sangat-sangat pada abang….

I LOVE MY FAMILY

20 Amalam Murah Rezeki

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

semoga kita semua beroleh keredhaan dari Allah dan dimurahkan rezeki.. Amin...

Syasya VS Kucing

Amboi..mentang-mentang anak Puan Cat.....memang suka kucing jugak Syasya ni..hihi.... Aku duduk dekat kuarters...tapi dapat rumah bawah sekali...Kirenye kalau ada pape..memang akan direct kat depan rumahla..

Kat kawasan tu ada banyak kucing.. Umpan aku bile syasya  menangis, just panggil kucing jela..Kucing ni,bile kite buat baik,bagi makan..jawabnye akan jadi kucing kite lah sebab die akan stay kat rumah kite terus..

Kisahnya sebab aku rajin wat jamuan dekat kucing-kucing tu. bagi nasi,beli makanan kucing bagi makan kat depa tu... Ada sekor anak kucing ngan mak kucing duduk kat citu..Pantang kita bukak pintu sibuk nak masuk rumah. Tapi aku jarang wat masuk sebab takut kotor. Yela,bukan kucing kita..kalau kucing sendiri dah terjamin kebersihannya sebab kita akan mandikan kucing tu.

Ada satu hari tu, aku bawak masukla kucing tu kat dalam rumah. bukan main suka lagi Syasya sebab dapat pegang kucing. Selama ni dapat tengok je. Aku pun bagilah Syasya pegang kucing tapi kena tengoklah sebab takut kena cakar..hihihi...

Apa lagi Syasya sibuk nak sayang kucing tu.. Nak cium kucing tu.. Rimas aku tengok kucing tu..hahha. Ni semua sebab Syasya suka sangat Sayang pada kucing dalam buku die tu. Apa lagi, bile jumpa kucing yang ORI... die nak sayang betul2 pulak.. Apalah syasya ni..macam-macam.. mama die a.k.a Puan Cat pun tak cium kucing tu... Takpe sayang..nanti mama amndikan meow tu,ciumlah puas2 k...hehehe...