Pages

Nothing

Hati perempuan,
Mudah tersentuh,
Mudah terasa,
Tapi semua perempuan macam tu kan.

Mungkin sebab pembawakan budak kot.
Sikit2 mesti nak terasa,
Mesti nak sedih,
Nak kate mengada-ngada takkanlah..
Bukan ada orang nak pujuk pun,
Kena pujuk diri sendiri jer

Subuh tadi, 
Lepas bagi susu kat Syasya,
Aku rasa hiba sangat,
Entahlah,
Mungkin fikiran sahaja kot
Bila duduk sorang2 mesti banyak fikir.

Tanpa semena,
Hat jadi sebak,
terus aku luahkan,'
menangis sepuas2nya,
Hanya itu yang boleh tenangkan hati aku,
Nak mengadu, takdek tempat,
Takkan nak luahan prsaan pada mak tua pulak...hahhaha

Kesian Syasya,
Tengah syok2 main "awak" die, terkedu tengok aku menangis,
Mulalah die lain macam jugak,
Tapi satu tindakan tindakan yang drastik,
Syasya boleh menangis bile tengok aku menangis,
Oh sayang, rupa-rupanya masih ada insan yang faham perasaan aku,
padahal bukan die tau pun apa yang aku  fikirkan,
Mungkin die tengok emosi aku  tak ok, Die pun menangis jugak.

Ya Allah,
Kau tabahkanlah hatiku untuk melalui hari-hari yang mendatang,
Hanya padaMu tempat aku mengadu,
Berikan kekuatan kepada diriku untuk meneruskan kehidupan ini,
Jangan Engkau biarkan aku kesedihan,
Berikanlah aku kebahagiaan yang berpanjangan,
Berikanlah aku hidayahMu Ya Allah,
Berikanlah aku semangat yang kuat Ya Allah,
berikanlah aku syafaatMu Ya Allah,
Aku hanya insan biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan,
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus Ya Allah,
Hanya kepadaMu aku memohon.
Amin........

p/s : Sori kawan-kawan semua..harini emosional sikit. :)

Bila Syasya Pakai Scarf





Gambar ni baru ambil 2 hari lepas...
Aku nak bagi scarf tu kat nenek Syasya..
Bila dah nampak..mulalah dia nak pakai..
Pandai pulak tu possing atas motor die..
Minah rempit la katekan...haha

Semalam masa ngah tango ngan papa die..
Syasya naiklah motor die..
Sekali ntah camane tayar depan terangkat sempai tertonggeng ke belakang..
papa die die nampaklah sebab tengah online..
Apalah Syasya ni..kalau bawak motor ganas sangat...
habis tayar depan belakang die nak angkat...



Tips mendidik Anak Soleh dan Solehah

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2. jangan guna tangan atau anggota badan tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita nanti. Nanti anak kita kan bertambah nakaldan tidak boleh control

3. pukul atau rotan anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan meransang ke bahagian otak.

4.  Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan berasa rendah diri.

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari. 
( kajian menunjukkan anak yang anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang kurang dipeluk )

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin pada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran.

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. ( Berilah pujian, pelukan, ciuman , hadiah atau sekurang-kurangnya senyumansetiap kebaikan yang dilakukannya. )

Bulan 6???

Kalau betulla bulan 6....seronoknya..
Tapi apa yang bulan 6 ni??hihi
Papa Syasya la cakap kalau jadi die balik bulan 6 nanti
Dapat cuti sebulan..
Alhamdulillah..tak lama dah nak tunggu..
Just lagi 5 bulan kan..

Tapi masa tu second baby dah lahir..
Takpela, janji papa ada balik kan..
Dapat jugak tengok baby baru nanti
Kalau nk tunggu bulan 10 lambat lagi la

Korang semua doakan yang terbaik untuk aku k
Semoga aku dan baby nanti selamat.
Walaupun bersalin nanti Papa takde
Nak buat camana...
Walaupun dalam hati ni hanya Tuhan je yang tau perasaan aku...
Tabahkanlah hati aku Ya Allah.............          

Do'a Penawar Hati Yang Duka


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِ
يْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khusus-kan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”