Pages

Happy new Year

Wah...gerun baca tajuk...hihihi...
Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua...
Lambat benor nak wish kan.
Bukan apa, bila masuk jer tahun baru ni, jadi sibuk sangat.
Nak-nak time dah bukak sekolah ni...
Sekolah dah jadi kolej pula tu..cikgu semua dtg pukul 8 balik pukul 5..
So..dari pagi sampai petanglah cikgu duk cari.
kalau dulu lepas kul 3 dh boleh wat keje lain, ni tak...sampai nak rehat pun takdek masa dah..

Apa azam Awak??
Soalan ni yang kita selalu dengar kan bila datang je tahun baru..
Bagi aku...macam takdek azam jer..heheh
Takdeklah..cuma berniat dalam hati untuk menjadi yang terbaik dari tahun sebelumnya..
Untuk jadi isteri yang baik, isteri yang solehah pada suami..
Untuk jadi ibu yang baik pada anak-anak..
Untuk didik anak-anak pada jalan yang betul..
Senang cerita semua nak yang baik belaka..
Yang buruk semua tolak ke tepi dah..

Apa pula azam anda semua??
Mesti sama macam aku kan..
Nak jadi yang terbaik dari sebelum ni.
Aku doakan agar azam kalian semua tercapai..
Amin...
 

Kerana Terpaksa


Pagi tadi...
syasya bangun lambat dari biasa..
Lebih kurang pukul 7.20..
Masa tu aku dah kalut2 nk pergi kerja..

Ajak die bangun..
Die cari awak dulu...
lepas tu cium awak pulak..
Aku ajak die kuar bilik..taknak lagi..
Duduk lagi kat tilam...
Panggil nama papa die pulak..
Rindu agaknya sebab semalam tak sempat tango...

Aku tarik je tangan die keluar bilik..
Taknak jalan sendiri..
Nak dukung...
Bawak ke luar pergi ruang tamu...
Taknak duduk sendiri...
Nak duduk atas riba pulak..
Mulut asyik sebut "beg..beg" je...
Sebab tengok ada handbag kat tepi aku....

Sebab dah terlampau lambat nak pergi kerja...aku minta mak pegang Syasya dulu..
Terus menangis taknak..
MAsih nak manja2 dulu dengan aku,..
Kesian pulak tengok die
Sedih naluri keibuaan aku ni..

Mak bawak die pergi luar rumah tengok pokok jagung sementara aku undur kereta..
Dari dalam kereta aku lambai die..
Terus menangis kuat.. Nak ikut..
Selalunya kalau die bangun awal..takdekla mengaruk sam[ai macam ni
Mungkin tak puas nak bermanja dulu. rasanya
Yela..dah cuti 4 hari asyik duduk sama jer..pagi ni dah kena tinggal..

Sambil dalam perjalanan nak pergi sekolah..
Fikiran ni terus ingat kat Syasya..
Kesian pada Syasya..
Tapi mama tak boleh buat apa-apa sayang..
Mama kena kerja...

Untuk anak mama Syasya.,..
Mama mintak maaf k..
Bukan sengaja nak tinggal Syasya kat rumah..
Tapi mama kena kerja sayang...
Walaupun hati mama ni sedih tapi mama kena pergi juga...
Mama terpaksa sayang.. Sebab memang dah tugas mama...
Mama harap sangat anak mama faham yer...

Balik nanti tunggu mama yer..
Nanti kita main sama-sama..
mama faham..Syasya sekarang ni makin manja..
Mungkin sebab syasya dah dapat rasa akan kehadiran adik baru nanti..
Tapi percayalah sayang..
Mama tetap sayang Syasya selamanya...

Sayang anak Mama


Amalan Baik Untuk Anak-anak Kita




4 Petua yang perlu kita sebagai ibu bapa amalkan pada anak-anak.


1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.


2. Membaca Surah Al-fatihah 1 kali dan Surah Alam Nasyrah 1 kali.


3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.


4. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Jalan-jalan

Nak share gambar masa pergi melawat Muzium Negara,...hehhee...
Jom layan....
P/S : Papa Jangan Jeles K...MMUahh...haha
Naik Basikal Nak Pergi jumpa Papa

Syasya dan Nenek

mama nak tumpang sekali la

Cicak Raksasa...hahhaa

Syasya Excited..mama pulak Yang Nervous

Nenek N Acik

Kami ada Burung...hehe

MEOW LUBNAN .....




Cuba korang tengok kucing ni..
Kalau kat Malaysia ni berapa ribu sekor..
Sebab bulu dah la kembang...Gebu pulak tu..
Bersih lagi gemok..haha

Geram aku tengok gambar kucing ni.
Rasa nak suruh je cik abang bawak balik malaysia nanti
Kucing tu bukan yang orang bela pun..
Tu yang hidup sendiri..
Tak taula besar mana kalau ada tuan..
Mau sebesar anak singa yang baru lahir tu kot..
hahaha
Tapi aku memang geram tengok...
Meow.....hahaaa