Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki
dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan
akhirat. Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu
Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya
lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi
s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja
membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini
rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa
yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti
kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga
bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,
al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan
ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan
meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga
isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak
tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua
hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan
tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai
beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda
s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah
akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid
al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar
nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas
.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan
doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan
dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah
dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku
cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi
nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya
azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi
kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika
dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan
boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya
dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah ,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan
keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa
amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa
kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung
dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah
suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih
dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan
yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang
dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh
membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak
tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak
anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang
baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi
baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia
pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad,
at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada
takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara
yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang
sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini
menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi
hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
semoga kita semua beroleh keredhaan dari Allah dan dimurahkan rezeki.. Amin...
Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia
Syasya VS Kucing
Amboi..mentang-mentang anak Puan Cat.....memang suka kucing jugak Syasya ni..hihi.... Aku duduk dekat kuarters...tapi dapat rumah bawah sekali...Kirenye kalau ada pape..memang akan direct kat depan rumahla..
Kat kawasan tu ada banyak kucing.. Umpan aku bile syasya menangis, just panggil kucing jela..Kucing ni,bile kite buat baik,bagi makan..jawabnye akan jadi kucing kite lah sebab die akan stay kat rumah kite terus..
Kisahnya sebab aku rajin wat jamuan dekat kucing-kucing tu. bagi nasi,beli makanan kucing bagi makan kat depa tu... Ada sekor anak kucing ngan mak kucing duduk kat citu..Pantang kita bukak pintu sibuk nak masuk rumah. Tapi aku jarang wat masuk sebab takut kotor. Yela,bukan kucing kita..kalau kucing sendiri dah terjamin kebersihannya sebab kita akan mandikan kucing tu.
Ada satu hari tu, aku bawak masukla kucing tu kat dalam rumah. bukan main suka lagi Syasya sebab dapat pegang kucing. Selama ni dapat tengok je. Aku pun bagilah Syasya pegang kucing tapi kena tengoklah sebab takut kena cakar..hihihi...
Apa lagi Syasya sibuk nak sayang kucing tu.. Nak cium kucing tu.. Rimas aku tengok kucing tu..hahha. Ni semua sebab Syasya suka sangat Sayang pada kucing dalam buku die tu. Apa lagi, bile jumpa kucing yang ORI... die nak sayang betul2 pulak.. Apalah syasya ni..macam-macam.. mama die a.k.a Puan Cat pun tak cium kucing tu... Takpe sayang..nanti mama amndikan meow tu,ciumlah puas2 k...hehehe...

Hobi Baru Syasya
Syasya sekarang ni dah ada hobi baru. Mentang-mentang dah ada gigi walaupun dua batang..hihi....
Suka sangat gigit orang...lawak betul Syasya sekarang ni.
Kalau Syasya marah lagi teruk, dia akan tarik tangan kite pastu gigit..Walaupun tak sakit tapi geli lah...hahha.. So apa lagi..aku akan balaslah...Aku akan tarik lengan die..wat2 gigit..pandai pulak geli....
Satu lagi hobi syasya ni, die suka tolak kite.. Contoh macam kalau kite baring kat tilam, dia akan tolak kite suruh bangun. Semalam aku baring kat sofa sambil online, Syasya geram tak dapat online jugak sampai dia tolak aku suruh jatuh kat bawah tu....tapi tak kisah pun..So sweet sangat2...hihii....

Perkembangan Anak
Berjalan
Belajar berjalan adalah langkah
yang besar ke arah berdikari, ianya salah satu perkembangan yang paling penting
dalam hidup anak anda. Apabila dia beralih dari berdiri berpegang pada perabot
ke berjalan terhuyung-hayang menuju tangan anda yang terbuka luas hinggalah ke
berlari dan melompat dengan penuh keyakinan, dia sudah meninggalkan zaman
bayinya.
Bila ia berkembang
Pada tahun pertamanya,
koordinasi dan kekuatan otot-otot badan bayi anda akan beransur-ansur menjadi
lebih baik. Dia akan belajar duduk, meniarap dan merangkak sebelum
boleh menarik dirinya naik dan berdiri pada sekitar usia lapan bulan.
Dari situ, dia hanya memerlukan keyakinan dan keseimbangan – kebanyakan bayi membuat langkah pertama mereka di antara usia sembilan dan 12 bulan, dan pandai berjalan apabila mereka berusia 14 atau 15 bulan.
Jangan risau jika anak anda mengambil masa yang lebih lama, kerana ramai kanak-kanak yang normal juga tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan.

Bagaimana ia berkembang
Dalam beberapa bulan yang
pertama, apabila anda mengangkat bayi anda dengan memegang bawah ketiaknya, dia
akan menendang mana-mana permukaan yang disentuh kakinya, hampir kelihatan
seperti berjalan. Tetapi ini cuma tindakan refleks – kakinya tidak cukup kuat
untuk menampung berat badannya – dan tindakan refleks ini akan hilang selepas
dua bulan.
Apabila bayi anda berusia lima bulan, jika anda memegangnya dengan kakinya tersentuh paha anda, dia akan terenjut-enjut turun naik. Mengenjut-enjut akan menjadi aktiviti kegemarannya untuk beberapa bulan yang akan datang. Otot kaki bayi anda akan terus berkembang sewaktu dia belajar meniarap, duduk dan merangkak.
Pada sekitar usia lapan bulan, bayi anda akan menarik dirinya naik untuk berdiri sambil berpegang pada perabot. Jika anda sandarkannya bersebelahan sofa, dia akan berpaut pada sofa sekuat-kuat hatinya. Selepas beberapa minggu apabila dia sudah biasa dengan kemahiran ini, dia akan mula bergerak ke sana-sini secara tegak dengan berpegang pada perabot – dan mungkin juga boleh melepaskan tangan dan berdiri tanpa sokongan. Sebaik sahaja dia sudah boleh berdiri, dia akan cuba mengambil langkah untuk berjalan ketika dipegang dan dia mungkin akan cuba mengutip mainannya dari posisi berdiri.
Pada usia sembilan atau 10 bulan, bayi anda akan mula belajar membengkokkan lututnya dan belajar bagaimana caranya untuk duduk selepas berdiri (sebenarnya lebih sukar daripada yang anda sangka!).
Pada usia 11 bulan, bayi anda mungkin sudah mahir berdiri sendiri, membongkok dan mencangkung. Dia mungkin akan berjalan sambil memegang tangan anda, namun dia tidak akan berjalan tanpa dipimpin buat beberapa minggu lagi. Kebanyakan kanak-kanak membuat langkah awal mereka berjengket-jengket dengan kaki mereka terhala ke luar.

Pada usia 13 bulan, tiga perempat daripada semua kanak-kanak sudah boleh
berjalan sendiri – walaupun terhuyung-hayang. Jika anak anda masih berjalan
berpaut pada perabot, ini hanya bererti dia akan mengambil sedikit masa lagi
sebelum boleh berjalan sendiri. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga
mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi.
Apa perkembangan seterusnya
Selepas langkah pertama ke arah
berdikari, kanak-kanak akan mula mengasah kemampuannya untuk bergerak:
• Pada usia 14 bulan, anak anda patut berupaya berdiri sendiri, boleh membongkok ke bawah dan berdiri tegak semula, dan mungkin sudah mula belajar berjalan mengundur.
• Biasanya kanak-kanak pada usia 15 bulan sudah pandai berjalan dan suka menolak dan menarik mainan ketika berjalan.
• Pada usia sekitar 16 bulan, anak anda akan mula berminat menaiki dan menuruni tangga – namun dia tidak dapat menguasai kemahiran ini untuk beberapa bulan lagi.
• Kebanyakan kanak-kanak 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika mendengar muzik.
• Pada usia 25 atau 26 bulan, langkah anak anda akan menjadi lebih sekata dan dia lebih selesa dengan pergerakan tumit ke jari kaki seperti orang dewasa. Pada usia ini juga dia akan lebih mahir melompat.
• Apabila hari jadi anak anda yang ketiga tiba, kebanyakan pergerakan asasnya sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak lagi perlu memfokuskan tenaganya pada berjalan, berdiri, berlari atau melompat, tetapi sesetengah aksi seperti berjengket atau berdiri atas sebelah kaki, mungkin masih memerlukan konsentrasi dan usaha.

Peranan anda
Semasa bayi anda belajar
berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali
duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkat dan
mendudukkannya sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan
lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya
sendiri.
Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan dengan berdiri atau berlutut di depannya sambil menghulurkan tangan anda, dengan memegang kedua-dua tangannya dan membantunya bergerak ke arah anda, atau dengan membeli sebuah mainan yang dia boleh pegang dan tolak supaya berjalan (dapatkan mainan yang stabil dan bertapak sokongan luas).
Oleh kerana walker bayi terlalu mudah digerakkan, ia akan menghalang otot paha anak anda berkembang dengan betul, jadi sesetengah pakar tidak menggalakkan penggunaannya.
Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya.
Seperti biasa, pastikan bayi anda ada persekitaran yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak dan jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan, sekiranya dia terjatuh atau memerlukan pertolongan anda.

Bila harus bimbang
Seperti yang telah dikatakan di atas, sesetengah kanak-kanak
yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara
yang penting ialah kemajuan kemahirannya; jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak,
kemungkinan dia juga akan lambat berjalan. Walau bagaimanapun, selagi dia masih
belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang.
Perkembangan setiap bayi adalah berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor anda. Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.

Makanan Jejari
Makanan Jejari
Panduan mengenai makanan jejari untuk bayi.. umur yang
sesuai, makanan yang sesuai dan cara yang betul....
Bila Bayi Bersedia?
Setiap bayi adalah berlainan.
Tiada umur yang spesifik bila anda boleh mula memberi bayi makanan jejari.
Perhatikan tanda-tanda kesediaan bayi seperti telah dapat duduk dengan tegap –
tidak bergoyang-goyang, dan berminat serta pandai memegang makanannya sendiri.
Secara amnya, bayi akan sedia untuk makanan jejari antara umurnya 6 hingga 9
bulan, namun kebanyakan bayi akan bermula ketika umurnya 8 bulan.
Pada umur ini, bayi biasanya
telah menguasai kemahiran memegang dengan menggunakan jari ibu dan jari
telunjuk. Makanan jejari sebenarnya menggalakkan kemahiran ini dan juga
memperbaiki koordinasi antara tangan dan mulut. Makanan jejari yang ibu
sediakan memang merupakan insentif yang menarik buat bayi belajar kemahiran
baru.
Bayi Belum Tumbuh Gigi
Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana pula jika
bayi anda belum tumbuh gigi. Berbeza dengan kepercayaan kebanyakan ibu-bapa,
bayi anda tidak semestinya telah tumbuh gigi untuk dia mula makan makanan
jejari. Bayi yang tiada gigi akan menggunakan gusinya yang keras untuk
mengunyah makanan jejari tersebut. Jika anda menyusu badan, anda pasti tahu
bagaimana kerasnya gusi bayi!
Penyediaan
Makanan yang boleh diberi sebagai
makanan jejari amat mudah disediakan, tidak semestinya anda membeli biskut
jejari yang telah siap dijual. Menyediakannya sendiri di rumah adalah lebih
baik. Ia bukan sahaja lebih murah dan bersih, tetapi juga lebih berkhasiat.
Anda juga dapat mempelbagaikan tekstur, warna dan rasanya yang amat bagus untuk
penggunaan deria bayi.
Sayur-sayuran atau buah-buahan yang hendak anda berikan kepada bayi sebagai makanan jejari hendaklah dipotong memanjang 2-3 inci dengan ketebalan lebih kurang setengah inci. Makanan ini boleh anda kukus atau rebus. Pastikan makanan tersebut lembut dan mudah dikunyah. Buah-buahan seperti pisang, betik dan avocado boleh diberi mentah.

Antara makanan yang sesuai dijadikan makanan jejari adalah:
- Sayur-sayuran seperti brokoli, ubi keledek, ubi kentang dan labu.
- Buah-buahan seperti pisang, tembikai, epal, betik dan mangga.
- Sumber protin seperti tauhu dan daging ayam.
- Karbohidrat seperti roti dan biskut.
Perkenalkan makanan jejari satu demi satu, tambah
jenis yang lain secara perlahan-lahan. Makanan-makanan ini haruslah pelbagai
warna dan juga tekstur. Jika bayi tidak menyukai sesetengah jenis makanan,
teruskan mencuba untuk memperkenalkannya dilain ketika.
Cicah dan Salut
Makanan ini boleh dimakan bersama dengan sos atau
cicahnya, sudah tentu buatan sendiri yang lebih sihat. Sapuan seperti mentega
kacang juga boleh digunakan. Anda boleh lihat resipi untuk membuat sos dan juga
cicah makanan jejari dalam resipi yang disertakan.
Salutkan makanan yang licin seperti pisang dan avokado dengan serbuk bijirin. Ini akan memudahkan bayi untuk mengambilnya.
Jika bayi anda sedang tumbuh gigi, beri bayi makanan yang sejuk untuk melegakan gusinya yang gatal dan tidak selesa. Antara makanan yang boleh diberi ialah tembikai atau pisang yang dibekukan.

Jangan Tinggal Daku
Anda harus selalu memerhatikan bayi ketika dia
makan makanan jejari. Pastikan bayi duduk dengan tegap, bukan baring dan bukan
meniarap ketika makan kerana ini boleh menyebabkan bayi tercekik. Jangan
tinggalkan bayi ketika dia makan makanan jejari berseorangan.
Ujikaji oleh Saintis Comel
Bayi anda mungkin akan membau dan merasa, malah
dia mungkin akan melenyek-lenyek makanan tersebut, membalingnya atau apa-apa
‘eksperimen’ yang dirasakannya sesuai. Bersabarlah dengan karenah bayi anda,
demi perkembangannya. Bayi belajar dengan bermain. Untuk mengurangkan sepah, beri
bayi makanan jejari satu demi satu, atau letak hanya dua hingga tiga keping
sahaja di dalam mangkuknya.
Jangan Terlebih
Makanan jejari amat sesuai sebagai snek antara
makanan berat. Jangan memberikan bayi terlalu banyak makanan jejari lebih
daripada keperluannya sehingga bayi tidak berminat untuk makan makanannya
semasa waktu makannya.
Bungkuskan makanan jejari bayi jika anda mahu memulakan perjalanan. Ini dapat menolong dia menyibukkan dirinya jadi lebih muda bagi anda menguruskannya. Tapi jangan memberinya makan ketika kenderaan bergerak. Bahaya tau! Ada kes tercekik

Labels:
informasi terkini
Location:
Mentakab, Pahang, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)