Pages

GENAP 2 BULAN




Harini 22.12.2012....
walaupun dah terlebih beberapa hari..tak sempat nak update..hehe
Genap dua bulan abang pergi sana
rasa macam dah lama sangat..
Jenuh nak tunggu lagi 10 bulan
Kan bagus kalau boleh buang 0 kat belakang tu, akan tinggal sebulan je lagi...hihii
Tapi saya tau..itu takkan mungkin berlaku.
Nak atau tak, kita semua kena tunggu jangkamasa lagi 10 bulan tu kan...hihi

Abang...
Abang jangan risau tentang kami kat sini ok
Mak abang pun sihat dekat sini.
Abang jangan risau, saya akan jaga mak abang macam saya jaga mak saya sendiri ok
Ramai kawan-kawan yang cakap " untung kau dapat mak mertua baik "
Yela, sebab mak sanggup teman saya kat sini sampai setahun lamanya kan.
Saya takkan lupa jasa mak pada keluarga kita.
Sementara mak ada ni, boleh tengokkan saya, tengokkan Syasya
Boleh jugak jaga saya masa dah sarat nanti... 

Abang,
Baby kita sekarang dah 18 minggu abang..
Sekejap je rasa masa berlalu kan...
Lagi 22 minggu dah nak tengok dunia
Saya harap sangat permhonan abang untuk balik bercuti bulan 6 nanti diluluskan
Dapat jugak abang tengok baby kita masa kecil nanti
Walaupun abang tak dapat tengok die lahir
Tapi sekurang2nya abang dapat tengok proses pembesaran die walaupun sekejap.
Teringat masa Syasya lahir dulu..
Semua abang yang uruskan...
Tukar lampin, pakai baju,buat susu, bagi susu...walaupun mak yang mandikan
Saya sendiri pun tkt nak mandikan, Syasya kecil sangat..hhi
Saya mesti rindu detik2 tu nanti abang..

Abang..
Syasya dah makin cerdik tau.
Macam2 dah dia boleh bercakap..
Adik, baby, mama, papa, nenek, tumpah, api, kaki, abang, kakak,kokok, meaw, simpan...
banyak lagilah die boleh sebut..
Syasya pun pandai buat sesuatu benda tu bila kita bagi arahan,
Mulut die cepat je bercakap.
Sekarang macam2 dah die mengomel, 
Memang kite takkan faham.. 
Ayat last die mesti die sebut "no..no..no..."
Hahaha.. kelakar sangat abang
mamang sunyi kalau Syasya takdek kat rumah.

Abang..
Satu lagi perangai Syasya ni pantang nampak kasut die..
mesti die akan menangis nak pakai..
Pastu tunjuk pintu nk jalan kat luar,
Sebab tu sekarang ni kasut die semua letak dalam kotak dalam kereta
Time keluar baru pakai kasut.
Kalau tak, tak larat nk kejar die main kat jalan..
hihii....
Abang mesti rindu dekat Syasya kan.
Takpelah..mungkin ada hikmah abang tak dapat tengok detik perkembangan Syasya..
Tapi abang akan dapat tengok proses pembesaran baby kita yang akan lahir tak lama lagi..

Abang..
Abang jangan risau tentang kami kat sini yer.
Kami semua sentiasa sihat...
Abang mesti janji untuk jaga diri kat tempat orang
Mesti sentiasa berwaspada sebab malang tak berbau
Kami semua setia tunggu abang kat sini tau...
Terima kasih jugak sebab sudi share gambar2 abang masa kat sana..
Boleh jugak hilangkan rindu kami kat sini'

Abang
ok lah sayang,
nanti ada berite terbaru saya akan update semula ok
Kalau abang rindu, bacalah cerita2 kami kat sini tau...

Kami smua rindu dan sayang abang sangat-sangat..
MMuahh..love u so much sayang.

nak g meronda dah


pemandangan kat Lubnan

Kota lama masa perang salib kalau tak silap

sempat lagi possing ek


Yummi...Yummi....




Happy Birthday Abang

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Johari Safri...
 Allah selamatkan kamu...

happy birthday sayang....
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah
Kami sentiasa doakan abang kat sini
Sedih rasa bila tak dapat sambut birthday abang kali ni
Takpe.. tahun depan ada lagi
Yang penting abang mesti janji jaga diri kat sana
 Hadiah abang tunggu bulan 5 tahun depan k
Sekarang belum cukup bulan lagi nak bagi..
Saya nak abang tau yang kami kat sini sayangkan dan rindukan abang sangat2..


GENAP SEBULAN

Harini 22.11.2012....
Baru genap sebulan abang pergi sana
Rasa macam dah lama sangat
Lambat rasanya nak tunggu masa ni berlalu

Alhamdulillah...
Setakat harini ni tiada apa-apa perkara buruk yang berlalu
Kami kat sini semua baik-baik sahaja
Abang jangan risau ok

Kami doakan agar abang selamat kat sana
Semoga selamat pergi dan selamat pulang
Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu
Semoga kita tabah menghadapi hari-hari yang mendatang
Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah s.w.t

Abang...
Syasya dah makin pandai sekarang ni
Dah banyak perkataan baru yang die belajar
Contoh macam "Allah" dia mudah ikut
Yang terbaru "Amin"
dengan "awak"  die pun dia amin jugak..
Kalau "sayang" dia sayang kat hidung "awak"
Kalau "amin" dia amin kat tangan "awak" die
Sweet sangat abang

Balik kerja je hilang rasa penat duduk melayan Syasya
Takdekla rasa tensen sangat2
Nasib baik ada Syasya....dapat hilangkan sikit rindu pada abang..

Abang...
Janji akan jaga diri elok2 k
Jangan lupa hantar khabar berita untuk kami kat sini

Kami semua sayang dan rindu sangat-sangat pada abang kat sana...
Love U Sayang

perkembangan janin dalam rahim "ibu"


Rasa terharu sangat bila tengok perkembangan bayi dalam kandungan. Ya Allah..begitu besar kekuasaanMu Ya Allah
Upload dalam blog ni sebagai kenangan untuk keluarga terutama
untuk anak-anak mama...
Supaya menjadi anak yang soleh dan solehah
Juga untuk kenangan buat suami..semua akan merapatkan lagi kasih sayang dan cinta kita.... :)

Izwan Pilus meninggal dunia?

Innalillah....aku baru tau harini..tu pun bile baca artikel pasal Aril af kat paper...
la...memang tak tau perkembangan hiburan la kiranya aku ni...

Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Sepsis

 
Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Sepsis


KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2012: Penyanyi popular Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.
Bapa Allahyarham, Pilus Mohd Jani ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.
Selain ayah Allahyarham, ibu dan adiknya Aril turut berada di hospital bagi memberikan penghormatan terakhir kepada anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu.
Sementara itu, teman rapat Allahyarham, Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, penyanyi berkenaan telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.
Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.
Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu, dilahirkan daripada program Bintang RTM pada 2004 dan juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan menerima pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-14.
Lebih mesra dengan panggilan Izwan, Wan atau Kutek dikalangan rakan dan teman artis, Allahyarham dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.
Berbintang Sagitarius penyanyi berkenaan mendapat pendidikan di bidang Pengurusan Pelancongan berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Utara Malaysia.
Setelah tamat Bintang RTM, Izwan yang meminati muzik berkonsepkan pop, r&b dan rock pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.
Sekalung takziah daripada warga kerja murai.com.my. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sama-samalah kita menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.