Pages

Izwan Pilus meninggal dunia?

Innalillah....aku baru tau harini..tu pun bile baca artikel pasal Aril af kat paper...
la...memang tak tau perkembangan hiburan la kiranya aku ni...

Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Sepsis

 
Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Sepsis


KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2012: Penyanyi popular Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.
Bapa Allahyarham, Pilus Mohd Jani ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.
Selain ayah Allahyarham, ibu dan adiknya Aril turut berada di hospital bagi memberikan penghormatan terakhir kepada anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu.
Sementara itu, teman rapat Allahyarham, Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, penyanyi berkenaan telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.
Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.
Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu, dilahirkan daripada program Bintang RTM pada 2004 dan juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan menerima pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-14.
Lebih mesra dengan panggilan Izwan, Wan atau Kutek dikalangan rakan dan teman artis, Allahyarham dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.
Berbintang Sagitarius penyanyi berkenaan mendapat pendidikan di bidang Pengurusan Pelancongan berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Utara Malaysia.
Setelah tamat Bintang RTM, Izwan yang meminati muzik berkonsepkan pop, r&b dan rock pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.
Sekalung takziah daripada warga kerja murai.com.my. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sama-samalah kita menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Syasya Anak Papa

Abang......
Walaupun abang jauh, tapi Syasya tetap ingat pada abang.
Selalu sebut nama abang walau pun tengah main.

Abang,
Ada satu malam  tu Syasya terjaga,
Tapi mata dia tak bukak pun,
Sibuk gentel kain lampin die tu,
Dengar die sebut "papa"
Tu tandanya die rindu sangat kat papa die

Abang,
Anja ada satu permainan baru dengan Syasya,
Kalau tengah lepak2 dengan die, anja akan bagi soalan pada Syasya

Mama : Syasya anak sapa..anak papa ke anak mama?
Syasya : Papa
Mama : Syasya anak sapa..anak papa ke anak mama?
Syasya : Papa
 ( Anja tukar soalan plk )
Mama : Syasya anak sapa..anak mama ke anak mama?
Syasya : Papa

Tengok...jawapan die tetap papa..
cuma kalau bernasib baik je dapat dengar die sebut  anak " mama "
isk..isk..isk........

Takpela..yang penting dia tak lupa kat papa die walaupun setahun tak dapat jumpa.
Hanya gambar abang je yang die tengok, die sayang setiap hari..
Anak papa la katekan...hehhe........
10 HARI BERLALU

Abang....
Rasa macam dah lama sangat abang pergi sana
Tapi bila dikira2 semula, rupa-rupanya baru 10 hari abang takde.
kenapalah masa tu berjalan lambat sangat.
Puas nak menunggu sampai setahun tu.
Rasa macam berpuluh-puluh tahun

Abang,
Kami kat sini semua rindukan abang
Mak, Syasya, Anje semua rindukan abang
Mak cakap haritu " mak rasa macam dah sebulan sejak abang takdek ni "
Mak lagi rasa lama sebab duduk rumah je.
Kalau pergi mana-mana baru tak terasa sangat

Abang,
Abang janji k jaga diri elok-elok kat sana
Kami semua kat sentiasa tiap saat doakan abang dekat sana
Tak sedikit pun ingtan kami lupa pada abang.

Abang,
Syasya dah makin besar. Dah makin pandai
Pantang nampak hp ada gambar abang mesti die nak  "muah" jer.
Kadang-kadang tu sambil main die selalu sebut " papa...papa.."
Kesian die. Mungkin die dah tercari -cari abang.
Nasib baik die tak pandai tanya lagi. 
Kalau tak, jenuh nak pujuk.

Abang,
Nasib baik kita masih berhubung selalu
Kalau tak. mau jadi gile dekat sini sebab tak boleh tanye khabar berita abang.
Harap-harap dalam masa setahun ni line internet ok lah kat sana
Sebab hanya tu je cara kita untuk kita berhubung kan.
Tq abang...walaupun sibuk tapi masih sempat chat dengan kami kat sini.
TQ sangat2 abang.

Abang,
Anja janji kat sini akan jaga diri, jaga Syasyadan jaga mak abang elok-elok
Abang jangan risau k..
Kami semua selamat dan sihat kat sini.
Anja juga janji anja jaga maruah abang dan maruah kami semua kat sini.
Abang jangan risau tentang kami kat sini
Yang penting abang sentiasa selamat  dekat sana

Semoga abang sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah selalu. Semoga Allah memberikan keselamatan yang baik kepada abang dan semua anggota yang pergi sana

Salam sayang dan rindu dari kami kat sini...... :)

MALBATT 5

Tanggal 22.10.12 tiba juga.. Tarikh yang akan memisahkan kami selama setahun. Walaupun perkataan 'se' itu cukup ringkas namun bagi kami ia adalah masa yang cukup lama. SETAHUN!

Sapa yang tak sedih bila nak berpisah orang yang kita sangat2 sayang ni. Hanya orang yang mengalami sahaja yang akan tahu perasaan aku saat itu. 

Haritu aku dengan syasya, mak mertua dan kedua mak ayah aku pergi ke Subang untuk menghantar suami sebelum berlepas ke sana. Suasana masa tu memang sedih gile. takdak sorang pun yang aku tgk yang tak sedih.

Ramai juga yang datang masa tu. Sampai dua khemah tak cukup.. Siap ada yng bawak tikar lagi,picnic kat tengah kawasan tu. hehehe.

21.10 sebelum tu,aku check in kat Concorde Hotel Shah Alam. Bayar mahal pun takpelah,sebab masa tu je yang ada untuk kami habiskan bersama. sebab kalau check in hotel berbeza, esoknya dapat jumpa sekejap je.

Yang paling tak tahan sebak bile pengumuman suruh semua anggota masuk check in dalam airport
 ( just for tudm ). Rasa sedih sangat. Aku peduli apa dengan orang sekeliling. Aku peluk je dia kat situ. Sebab lepas ni lagi setahun baru dapat jumpa. Hanya Allah yang tahu perasaan ni.

Aku dan mak mertua sanggup bersesak masuk dalam dewan tu bila ada announce bagi peluang kat ahli keluarga tengok diorang kawad sebelum berlepas. Syukur alhamdulillah, Tuhan bagi kemudahan pada kami untuk duduk kat depan sekali. Walaupun panas sangat tapi syukur sekurang2nya aku dapat tatap wajah suami walaupun jauh. 

Nasib baik die dah cakap die duduk barisan mana masa kawad tu, so aku senang nak cari. Macam orang lain lagi kesian sebab duk tercari2 suami diorang. Kiranya sistematik jugakla suami aku sebab dah bagitau awal2..hehehe...

Kesian Syasya masa tu. Asyik menangis sebabb panas. Manakan tidak,semua orang kena bersesak dalam tu. sebab berdiri bahagian belakang memang takkan nampaklah. Nampak kepala orang depan jer. 

ok lah, kat bawah ni ada gambar untuk kenangan dan suami untuk tengok. Sebab sekarang ni hanya internet yang dapat hubungkan kami. Nasib baik kat sana dapat rangkaian internet. Dapat juga tanya khabar and video call. Walaupun jauh tapi hubungan tetap rapat.

Doa untuk suamiku....

Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau selamatkanlah suamiku dan semua anggota yang menyertai misi ini dari segala mala petaka dan bahaya. Kau berikanlah mereka kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dan keselamatan yang baik. Jauhkanlah mereka dari segala kecelakan dan perkara buruk. Hanya kepadaMu aku memohon Ya Allah. Enkau berikanlah mereka kekuatan dan syafaatMu ya Allah kerana mereka berada dalam keadaan bahaya di sana. Hanya padaMu aku memohon Ya Allah. Kau rapatkanlah kasih sayang dan cinta kami Ya Allah. Hanya kepadaMu aku berserah...

Amin...........

Abang..semoga abang sentiasa sihat dan diberikan perlindungan oleh Allah di sana. Kami di sini sentiasa doakan abang agar abang selamat pergi dan pulang.  

Habiskan masa yang ada bersa0-masa

Syasya yang tak tahu apa-apa

Papa sayang Syasya

I love U Sayang

Suami tengah berbaris

Perbarisan

Nasib baik dapat berdiri sama depan

You Are My Hero Sayang!!!
baru lepas Check out

Suka Syasya

Suami dengan abah




At bawah khemah


Papa dukung Syasya puas2.





Syasya dah dapat kaki

Syasya sekarang dah dapat kaki. Lambat sikit daripada orang lain.. Tapi takpe, yang penting sentiasa sihat.

Balik keje semalam aku tengok Syasya bukan main lagi jalan kat dalam rumah.Walaupun jalan macam orang mabuk.Kelakar sangat.

Tapi semalam jalan terhuyung hayang sampai jatuh tersembam. Menangis.....hihi... Takpelah sayang...tu baru namanya proses pembelajaran

Sekarang bukan main lagi,suka pergi dekat pintu ketuk-ketuk. Kalau kita tak layan,menangislah jawabnya... Nak keluar berjalan.

Sorry sayang..mama balik keje petang penat..tak larat. Dalam keadaan sekarang ni balik keje je terus melepek kat rumah. Tak dapat bawak pegi round jalan kaki.. Tunggu papa cuti minggu depan k sayang....