Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia
Amalan Baik Untuk Anak-anak Kita
4 Petua yang perlu kita sebagai ibu bapa amalkan pada anak-anak.
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca Surah Al-fatihah 1 kali dan Surah Alam Nasyrah 1 kali.
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Jalan-jalan
MEOW LUBNAN .....
Cuba korang tengok kucing ni..
Kalau kat Malaysia ni berapa ribu sekor..
Sebab bulu dah la kembang...Gebu pulak tu..
Bersih lagi gemok..haha
Geram aku tengok gambar kucing ni.
Rasa nak suruh je cik abang bawak balik malaysia nanti
Kucing tu bukan yang orang bela pun..
Tu yang hidup sendiri..
Tak taula besar mana kalau ada tuan..
Mau sebesar anak singa yang baru lahir tu kot..
hahaha
Tapi aku memang geram tengok...
Meow.....hahaaa
GENAP 2 BULAN
Harini 22.12.2012....
Genap dua bulan abang pergi sana
rasa macam dah lama sangat..
Jenuh nak tunggu lagi 10 bulan
Kan bagus kalau boleh buang 0 kat belakang tu, akan tinggal sebulan je lagi...hihii
Tapi saya tau..itu takkan mungkin berlaku.
Nak atau tak, kita semua kena tunggu jangkamasa lagi 10 bulan tu kan...hihi
Abang...
Abang jangan risau tentang kami kat sini ok
Mak abang pun sihat dekat sini.
Abang jangan risau, saya akan jaga mak abang macam saya jaga mak saya sendiri ok
Ramai kawan-kawan yang cakap " untung kau dapat mak mertua baik "
Yela, sebab mak sanggup teman saya kat sini sampai setahun lamanya kan.
Saya takkan lupa jasa mak pada keluarga kita.
Sementara mak ada ni, boleh tengokkan saya, tengokkan Syasya
Boleh jugak jaga saya masa dah sarat nanti...
Abang,
Baby kita sekarang dah 18 minggu abang..
Sekejap je rasa masa berlalu kan...
Lagi 22 minggu dah nak tengok dunia
Saya harap sangat permhonan abang untuk balik bercuti bulan 6 nanti diluluskan
Dapat jugak abang tengok baby kita masa kecil nanti
Walaupun abang tak dapat tengok die lahir
Tapi sekurang2nya abang dapat tengok proses pembesaran die walaupun sekejap.
Teringat masa Syasya lahir dulu..
Semua abang yang uruskan...
Tukar lampin, pakai baju,buat susu, bagi susu...walaupun mak yang mandikan
Saya sendiri pun tkt nak mandikan, Syasya kecil sangat..hhi
Saya mesti rindu detik2 tu nanti abang..
Abang..
Syasya dah makin cerdik tau.
Macam2 dah dia boleh bercakap..
Adik, baby, mama, papa, nenek, tumpah, api, kaki, abang, kakak,kokok, meaw, simpan...
banyak lagilah die boleh sebut..
Syasya pun pandai buat sesuatu benda tu bila kita bagi arahan,
Mulut die cepat je bercakap.
Sekarang macam2 dah die mengomel,
Memang kite takkan faham..
Ayat last die mesti die sebut "no..no..no..."
Hahaha.. kelakar sangat abang
mamang sunyi kalau Syasya takdek kat rumah.
Abang..
Satu lagi perangai Syasya ni pantang nampak kasut die..
mesti die akan menangis nak pakai..
Pastu tunjuk pintu nk jalan kat luar,
Sebab tu sekarang ni kasut die semua letak dalam kotak dalam kereta
Time keluar baru pakai kasut.
Kalau tak, tak larat nk kejar die main kat jalan..
hihii....
Abang mesti rindu dekat Syasya kan.
Takpelah..mungkin ada hikmah abang tak dapat tengok detik perkembangan Syasya..
Tapi abang akan dapat tengok proses pembesaran baby kita yang akan lahir tak lama lagi..
Abang..
Abang jangan risau tentang kami kat sini yer.
Kami semua sentiasa sihat...
Abang mesti janji untuk jaga diri kat tempat orang
Mesti sentiasa berwaspada sebab malang tak berbau
Kami semua setia tunggu abang kat sini tau...
Terima kasih jugak sebab sudi share gambar2 abang masa kat sana..
Boleh jugak hilangkan rindu kami kat sini'
Abang
ok lah sayang,
nanti ada berite terbaru saya akan update semula ok
Kalau abang rindu, bacalah cerita2 kami kat sini tau...
Kami smua rindu dan sayang abang sangat-sangat..
MMuahh..love u so much sayang.
nak g meronda dah |
pemandangan kat Lubnan |
Kota lama masa perang salib kalau tak silap |
sempat lagi possing ek |
Yummi...Yummi.... |
Happy Birthday Abang
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Johari Safri...
Allah selamatkan kamu...
happy birthday sayang....
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah
Kami sentiasa doakan abang kat sini
Sedih rasa bila tak dapat sambut birthday abang kali ni
Takpe.. tahun depan ada lagi
Yang penting abang mesti janji jaga diri kat sana
Hadiah abang tunggu bulan 5 tahun depan k
Sekarang belum cukup bulan lagi nak bagi..
Saya nak abang tau yang kami kat sini sayangkan dan rindukan abang sangat2..
GENAP SEBULAN
Harini 22.11.2012....
Baru genap sebulan abang pergi sana
Rasa macam dah lama sangat
Lambat rasanya nak tunggu masa ni berlalu
Alhamdulillah...
Setakat harini ni tiada apa-apa perkara buruk yang berlalu
Kami kat sini semua baik-baik sahaja
Abang jangan risau ok
Kami doakan agar abang selamat kat sana
Semoga selamat pergi dan selamat pulang
Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu
Semoga kita tabah menghadapi hari-hari yang mendatang
Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah s.w.t
Abang...
Syasya dah makin pandai sekarang ni
Dah banyak perkataan baru yang die belajar
Contoh macam "Allah" dia mudah ikut
Yang terbaru "Amin"
dengan "awak" die pun dia amin jugak..
Kalau "sayang" dia sayang kat hidung "awak"
Kalau "amin" dia amin kat tangan "awak" die
Sweet sangat abang
Balik kerja je hilang rasa penat duduk melayan Syasya
Takdekla rasa tensen sangat2
Nasib baik ada Syasya....dapat hilangkan sikit rindu pada abang..
Abang...
Janji akan jaga diri elok2 k
Jangan lupa hantar khabar berita untuk kami kat sini
Kami semua sayang dan rindu sangat-sangat pada abang kat sana...
Love U Sayang
Labels:
Bulan demi bulan
Location:
Mentakab, Pahang, Malaysia
perkembangan janin dalam rahim "ibu"
Rasa terharu sangat bila tengok perkembangan bayi dalam kandungan. Ya Allah..begitu besar kekuasaanMu Ya Allah
Upload dalam blog ni sebagai kenangan untuk keluarga terutama untuk anak-anak mama...
Upload dalam blog ni sebagai kenangan untuk keluarga terutama untuk anak-anak mama...
Supaya menjadi anak yang soleh dan solehah
Juga untuk kenangan buat suami..semua akan merapatkan lagi kasih sayang dan cinta kita.... :)
Labels:
anak
Izwan Pilus meninggal dunia?
Innalillah....aku baru tau harini..tu pun bile baca artikel pasal Aril af kat paper...
la...memang tak tau perkembangan hiburan la kiranya aku ni...
KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2012: Penyanyi popular
Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 telah meninggal dunia pada jam
6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing
tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.
Bapa Allahyarham, Pilus Mohd Jani ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.
Selain ayah Allahyarham, ibu dan adiknya Aril turut berada di hospital bagi memberikan penghormatan terakhir kepada anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu.
Sementara itu, teman rapat Allahyarham, Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, penyanyi berkenaan telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.
Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.
Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu, dilahirkan daripada program Bintang RTM pada 2004 dan juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan menerima pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-14.
Lebih mesra dengan panggilan Izwan, Wan atau Kutek dikalangan rakan dan teman artis, Allahyarham dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.
Berbintang Sagitarius penyanyi berkenaan mendapat pendidikan di bidang Pengurusan Pelancongan berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Utara Malaysia.
Setelah tamat Bintang RTM, Izwan yang meminati muzik berkonsepkan pop, r&b dan rock pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.
Sekalung takziah daripada warga kerja murai.com.my. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sama-samalah kita menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.
la...memang tak tau perkembangan hiburan la kiranya aku ni...
Bapa Allahyarham, Pilus Mohd Jani ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.
Selain ayah Allahyarham, ibu dan adiknya Aril turut berada di hospital bagi memberikan penghormatan terakhir kepada anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu.
Sementara itu, teman rapat Allahyarham, Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, penyanyi berkenaan telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.
Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.
Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu, dilahirkan daripada program Bintang RTM pada 2004 dan juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan menerima pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-14.
Lebih mesra dengan panggilan Izwan, Wan atau Kutek dikalangan rakan dan teman artis, Allahyarham dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.
Berbintang Sagitarius penyanyi berkenaan mendapat pendidikan di bidang Pengurusan Pelancongan berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Utara Malaysia.
Setelah tamat Bintang RTM, Izwan yang meminati muzik berkonsepkan pop, r&b dan rock pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.
Sekalung takziah daripada warga kerja murai.com.my. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sama-samalah kita menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.
Syasya Anak Papa
Abang......
Walaupun abang jauh, tapi Syasya tetap ingat pada abang.
Selalu sebut nama abang walau pun tengah main.
Abang,
Ada satu malam tu Syasya terjaga,
Tapi mata dia tak bukak pun,
Sibuk gentel kain lampin die tu,
Dengar die sebut "papa"
Tu tandanya die rindu sangat kat papa die
Abang,
Anja ada satu permainan baru dengan Syasya,
Kalau tengah lepak2 dengan die, anja akan bagi soalan pada Syasya
Mama : Syasya anak sapa..anak papa ke anak mama?
Syasya : Papa
Mama : Syasya anak sapa..anak papa ke anak mama?
Syasya : Papa
( Anja tukar soalan plk )
Mama : Syasya anak sapa..anak mama ke anak mama?
Syasya : Papa
Tengok...jawapan die tetap papa..
cuma kalau bernasib baik je dapat dengar die sebut anak " mama "
isk..isk..isk........
Takpela..yang penting dia tak lupa kat papa die walaupun setahun tak dapat jumpa.
Hanya gambar abang je yang die tengok, die sayang setiap hari..
Anak papa la katekan...hehhe........
10 HARI BERLALU
Abang....
Rasa macam dah lama sangat abang pergi sana
Tapi bila dikira2 semula, rupa-rupanya baru 10 hari abang takde.
kenapalah masa tu berjalan lambat sangat.
Puas nak menunggu sampai setahun tu.
Rasa macam berpuluh-puluh tahun
Abang,
Kami kat sini semua rindukan abang
Mak, Syasya, Anje semua rindukan abang
Mak cakap haritu " mak rasa macam dah sebulan sejak abang takdek ni "
Mak lagi rasa lama sebab duduk rumah je.
Kalau pergi mana-mana baru tak terasa sangat
Abang,
Abang janji k jaga diri elok-elok kat sana
Kami semua kat sentiasa tiap saat doakan abang dekat sana
Tak sedikit pun ingtan kami lupa pada abang.
Abang,
Syasya dah makin besar. Dah makin pandai
Pantang nampak hp ada gambar abang mesti die nak "muah" jer.
Kadang-kadang tu sambil main die selalu sebut " papa...papa.."
Kesian die. Mungkin die dah tercari -cari abang.
Nasib baik die tak pandai tanya lagi.
Kalau tak, jenuh nak pujuk.
Abang,
Nasib baik kita masih berhubung selalu
Kalau tak. mau jadi gile dekat sini sebab tak boleh tanye khabar berita abang.
Harap-harap dalam masa setahun ni line internet ok lah kat sana
Sebab hanya tu je cara kita untuk kita berhubung kan.
Tq abang...walaupun sibuk tapi masih sempat chat dengan kami kat sini.
TQ sangat2 abang.
Abang,
Anja janji kat sini akan jaga diri, jaga Syasyadan jaga mak abang elok-elok
Abang jangan risau k..
Kami semua selamat dan sihat kat sini.
Anja juga janji anja jaga maruah abang dan maruah kami semua kat sini.
Abang jangan risau tentang kami kat sini
Yang penting abang sentiasa selamat dekat sana
Semoga abang sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah selalu. Semoga Allah memberikan keselamatan yang baik kepada abang dan semua anggota yang pergi sana
Salam sayang dan rindu dari kami kat sini...... :)
MALBATT 5
Tanggal 22.10.12 tiba juga.. Tarikh yang akan memisahkan kami selama setahun. Walaupun perkataan 'se' itu cukup ringkas namun bagi kami ia adalah masa yang cukup lama. SETAHUN!
Sapa yang tak sedih bila nak berpisah orang yang kita sangat2 sayang ni. Hanya orang yang mengalami sahaja yang akan tahu perasaan aku saat itu.
Haritu aku dengan syasya, mak mertua dan kedua mak ayah aku pergi ke Subang untuk menghantar suami sebelum berlepas ke sana. Suasana masa tu memang sedih gile. takdak sorang pun yang aku tgk yang tak sedih.
Ramai juga yang datang masa tu. Sampai dua khemah tak cukup.. Siap ada yng bawak tikar lagi,picnic kat tengah kawasan tu. hehehe.
21.10 sebelum tu,aku check in kat Concorde Hotel Shah Alam. Bayar mahal pun takpelah,sebab masa tu je yang ada untuk kami habiskan bersama. sebab kalau check in hotel berbeza, esoknya dapat jumpa sekejap je.
Yang paling tak tahan sebak bile pengumuman suruh semua anggota masuk check in dalam airport
( just for tudm ). Rasa sedih sangat. Aku peduli apa dengan orang sekeliling. Aku peluk je dia kat situ. Sebab lepas ni lagi setahun baru dapat jumpa. Hanya Allah yang tahu perasaan ni.
Aku dan mak mertua sanggup bersesak masuk dalam dewan tu bila ada announce bagi peluang kat ahli keluarga tengok diorang kawad sebelum berlepas. Syukur alhamdulillah, Tuhan bagi kemudahan pada kami untuk duduk kat depan sekali. Walaupun panas sangat tapi syukur sekurang2nya aku dapat tatap wajah suami walaupun jauh.
Nasib baik die dah cakap die duduk barisan mana masa kawad tu, so aku senang nak cari. Macam orang lain lagi kesian sebab duk tercari2 suami diorang. Kiranya sistematik jugakla suami aku sebab dah bagitau awal2..hehehe...
Kesian Syasya masa tu. Asyik menangis sebabb panas. Manakan tidak,semua orang kena bersesak dalam tu. sebab berdiri bahagian belakang memang takkan nampaklah. Nampak kepala orang depan jer.
ok lah, kat bawah ni ada gambar untuk kenangan dan suami untuk tengok. Sebab sekarang ni hanya internet yang dapat hubungkan kami. Nasib baik kat sana dapat rangkaian internet. Dapat juga tanya khabar and video call. Walaupun jauh tapi hubungan tetap rapat.
Doa untuk suamiku....
Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau selamatkanlah suamiku dan semua anggota yang menyertai misi ini dari segala mala petaka dan bahaya. Kau berikanlah mereka kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dan keselamatan yang baik. Jauhkanlah mereka dari segala kecelakan dan perkara buruk. Hanya kepadaMu aku memohon Ya Allah. Enkau berikanlah mereka kekuatan dan syafaatMu ya Allah kerana mereka berada dalam keadaan bahaya di sana. Hanya padaMu aku memohon Ya Allah. Kau rapatkanlah kasih sayang dan cinta kami Ya Allah. Hanya kepadaMu aku berserah...
Amin...........
Abang..semoga abang sentiasa sihat dan diberikan perlindungan oleh Allah di sana. Kami di sini sentiasa doakan abang agar abang selamat pergi dan pulang.
Habiskan masa yang ada bersa0-masa |
Syasya yang tak tahu apa-apa |
Papa sayang Syasya |
I love U Sayang |
Suami tengah berbaris |
Perbarisan |
Nasib baik dapat berdiri sama depan |
You Are My Hero Sayang!!! |
Labels:
family
Syasya dah dapat kaki
Syasya sekarang dah dapat kaki. Lambat sikit daripada orang lain.. Tapi takpe, yang penting sentiasa sihat.
Balik keje semalam aku tengok Syasya bukan main lagi jalan kat dalam rumah.Walaupun jalan macam orang mabuk.Kelakar sangat.
Tapi semalam jalan terhuyung hayang sampai jatuh tersembam. Menangis.....hihi... Takpelah sayang...tu baru namanya proses pembelajaran
Sekarang bukan main lagi,suka pergi dekat pintu ketuk-ketuk. Kalau kita tak layan,menangislah jawabnya... Nak keluar berjalan.
Sorry sayang..mama balik keje petang penat..tak larat. Dalam keadaan sekarang ni balik keje je terus melepek kat rumah. Tak dapat bawak pegi round jalan kaki.. Tunggu papa cuti minggu depan k sayang....
Balik keje semalam aku tengok Syasya bukan main lagi jalan kat dalam rumah.Walaupun jalan macam orang mabuk.Kelakar sangat.
Tapi semalam jalan terhuyung hayang sampai jatuh tersembam. Menangis.....hihi... Takpelah sayang...tu baru namanya proses pembelajaran
Sekarang bukan main lagi,suka pergi dekat pintu ketuk-ketuk. Kalau kita tak layan,menangislah jawabnya... Nak keluar berjalan.
Sorry sayang..mama balik keje petang penat..tak larat. Dalam keadaan sekarang ni balik keje je terus melepek kat rumah. Tak dapat bawak pegi round jalan kaki.. Tunggu papa cuti minggu depan k sayang....
Labels:
Aina Batrisya
Location:
Mentakab, Pahang, Malaysia
Kami Sayang Papa sangat-sangat...
Harini dah
26.09.12. Sekejap je masa berlalu. Tak sanggup rasanya nak hadApi tarikh 22.10.12. ada lebih kurang 26 hari lagi.
Bila ingat tarikh
tu rasa sebak sangat.. Ya Allah kau tabahkanlah hatiku,hati anak-anakku. Kau
berilah keselamatan kepada suamiku. Kau selamatkanlah dirinya dari apa jua
perkara buruk
Ya Allah…
Kalau boleh,aku
ingin hentikan masa dari terus berjalan. Tapi itu adalah perkara yang mustahil.
Takkan ada kuasa dalam dunia ni yang mampu buat macam tu. Walau apapun, aku
redha Ya Allah. Kami berserah kepadaMu. Aku relakan suamiku pergi ke sana. Demi
tugas. Untuk membantu menjaga keamanan dunia.
Entahlah…hanya
orang yang pernah mengalami yang akan faham perasaan aku. Biarlah orang nak
kata apa. Nak beranggapan mengejar kekayaaan atau apa sahaja. Aku hanya fikir
positif. Kalau semua yang yang dipilih untuk ke sana tetapi menolak, siapa lagi
yang meneruskan misi tersebut?
Aku hanya berfikir
suamiku adalah antara orang yang bertuah terpilih sebab bukan calang-calang
orang yang tersenarai untuk ke sana.
Yang penting, aku harus kuat supaya anak-anakku juga kuat. Aku tak boleh
bersedih. Tak boleh tunjukkan perasaan ku. Anak-anakku masih kecil, baru
mengenal ayah dan belum mengenal ayah namun aku mesti tabah.
Abang….kami kat
sini doakan semoga abang selamat pergi dan selamat pulang. Walaupun masa dan
jarak yang terlalu jauh yang pisahkan kita,namun kasih sayang kami di sini
takkan berubah. Cuma abang mesti janji untuk jaga diri daN Elakkan dari berada dalam kawasan bahaya di
sana.
Kita Cuma perlu
redha dengan segala dugaan ini. Ajal dan maut ditangan allah. Itu kita tidak
boleh elakkan. Rasa sayu sangat-sangat hati ni. Sebelum ni kalau berpisah pun
tak lama, masih ada telefon untuk bertanya khabar. Tapi sekarang hanya internet
yang dapat membantu kita untuk berhubung.
Abang, anja janji
kat sini untuk jaga anak-anak kita. Walaupun masa setahun tu terasa macam 100
tahun, tapi kita kena hadapi juga. Abang jangan risau k, anja akan jaga maruah kita sekeluarga. Maruah abang,maruah
saya,maruah anak-anak dan maruah keluarga kita.
Abang….kami kat
sini akan terus berdoa supaya kalian semua akan sentiaSa selamat dan dilindungi
Allah. Moga kasih sayang dan cinta kita akan terus kuat.
Abang, saya akan
terus menulis dalam blog ni. Sekurang-kurang jika kita tak dapat berhubung,
abang masih boleh tau aktiviti kami di sini. Boleh tau kalau kami sihat ke,
sakit ke, sedih kea tau apa-apa sahaja. Hanya blog ini yang dapat manjadi
medium kami memberitahu betapa rindunya kami di sini nanti.
Boleh update gambar
anak-anak kita nanti. Takdeklah abang amaging
macam-macam nanti muka anak-anak kita..hihi..
Oklah abang, anja
akan sentiasa update blog ini. Boleh hilangkan perasaan sedih dan rindu yang
ada.. semoga abang selamat kat sana..
Labels:
family
Location:
Mentakab, Pahang, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)