MENGELAKKAN PERASAAN HASAD DENGKI
Elak Hasad dengki
Bismillahirrahmanirrahim.Hasad ialah mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang yang dia dengki sama ada melalui ucapan atau perbuatan. Dia berharap sangat anugerah Allah kepada orang lain dihilangkan baik dalam bentuk harta, pangkat dan apa sahaja.. Impaknya amat besar, bukan saja kepada orang yang didengki tetapi juga akan terpalit kepada seluruh anggota masyarakat umum.
Firman Allah :Maksudnya:
"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul daripada diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (Al-Baqarah [2] : 109).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim). Satu insiden yang akan timbul pada peringkat awal penyebaran khabar angin dan fitnah ialah perang dingin antara kedua-dua pihak yang terbabit, kemudian apabila telah parah maka akan lahir pula sikap benci membenci, tuduh menuduh, caci mencaci dan akhirnya akhirnya perbalahan besar yang ada kalanya boleh mencetuskan pembunuhan.
Sekiranya tidak ada individu yang sanggup menjadi perantara untuk melerai permusuhan yang lahir daripada sifat suka berburuk sangka, penyebaran khabar angin dan fitnah serta hasad dengki, maka sudah tentu membawa kepada berlakunya lebih besar insiden yang boleh meruntuhkan maruah dan peradaban manusia khususnya umat Islam.
Dalam hal ini kesabaran asas utama diperlukan bagi mengelakkan hal yang lebih besar melanda manusia.
Kesimpulannya, untuk mengelakkan diri daripada bersifat hasad eloklah kita beramal dengan beberapa ciri sifat mahmudah seperti disarankan Imam al-Ghazali iaitu:
· Al-qanaah (cukup dengan apa yang diberikan)
· Al-zuhd (tidak mementingkan duniawi)
· Kitmanus-sir (merahsiakan rahsia)
· Al-hilm (lambat marah )
· As-syajaah (berani )
· Al-iffah (pemaaf).
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.