Pages

Playground

Hari ahad lepas sempat bawak Syasya pergi jalan-jalan kat taman
Nama taman ni Taman Kenangan kat area bandar Temerloh
Sebenarnya tak plan pun nak pergi
Mula2 bawa Syasya turun main kat bawah
Tapi bila panas..bawak naik kat atas rumah semula
Apa lagi..mengamukla tuan puteri
Dah la bukan selalu dapat turun bawah
Bila turun sekejap kena naik semula..ihihi...

Aku pun apa lagi..
Terus ajak mak siap2 nak pergi taman
Dah banyak kali nk pergi taman ni..
Tapi mesti tak jadi.
Sebab kalau plan je mesti dah lambat
Nak sampai kat taman dari rumah ambil masa dalam 20 minit jugakla.

Last2 harini tercapai juga la hasrat nak bawak mak ngan Syasya pergi sini
Siap bawak bekal roti lagi nak bagi kura2 makan kat tasik tu
Tapi bila sampai.bayang sekor kura-kura pun takdek
Padahal masa pergi ngan Papa Syasya bulan 9 tahun lepas banyak
Bila pergi kali ni ..takdek plak..

Ok...jom..kita tengok keriangan Syasya first time pergi Playground...
hihi

BEREHAT SEKEJAP..AMBIL TENAGA SEBELUM TAWAF BAWAH RUMAH

KALAU NAK AMBIL GAMBAR JE MESTI NAK DUDUK

PEACE....DAPAT KELUAR DARI RUMAH...HAHHA

ADEH...DUDUK LAGI...UNTIE...NI LA RUMAH BARU KITER.. :)
FIRST TIME NAIK BUAI...SAFETY BTL BUAI NI..LEN KALI BOLEH PERGI LAGI
STANDBY.......1..2...3....YEAY!!!
TENGOK MUKA SYASYA...SERONOK BETUL DAPAT NAIK BUAT..SAMPAI SEPET2 MATA DUK SENYUM

MAMA PUN NAK MAIN JUGA.. (WAKIL BABY) HIHI

NAK TUNJUK PEACE TAPI TAK PANDAI..HIHI

KENAPA SYASYA SENYUM MACAM TU

NENEK PULAK YANG SERIUS

SENYUM....

WAH..TINGGINYA..

SEMPAT LAGI TENGOK ORANG MAIN BUAI

TENGOK...SENYUM...

NENEK..JOM KITA NAIK SEKALI..:)

NAK BUAT PEACE LAGI...



SYASYA SUKA NAIK "GEDEGUK..GEDEGUK..GEDEGUK.."

SELAMA NI MAMA NGAN NENEK JE JADI "GEDEGUK" SYASYA

JOM BALIK..DAH PETANG DAH NI

BALIK..BALIK..NYAMUK BANYAKLA..


DAHAGA..MAKAN AISKRIM


AUM....CEDAPNYA....

CUBAAN BUAT BEST PULAK..
Apapun..rasa happy sangat dapat bawa Syasya jalan2
seronok tengok die happy
Rasa tenang je jiwa.
Sayang Syasya sangat..
Penangan ynag aku.. Dapat MC 2 hari sebab banyak jalan hari ahad haritu..hihi

GENAP 4 BULAN

Harini 22.02.13...
Genap 4 bulan abang tinggalkan kami semua.
4 Bulan juga abang dah berada kat Lubnan.
Tak tau nak cakap cepat atau lambat rasa masa ni berlalu

Kadang-kadang rasa cepat sebab  tak terasa masa berlalu..
Kadang-kadang rasa lambat macam waktu tak bergerak langsung.
Tapi walau apapun yang terjadi...
Masa masih berbaki 8 Bulan lagi

8 bulan???
pergh... Allah je yang tahu perasaan ni.
Tapi bulan 6 nanti abang ada balik bercuti kan..
Alhamdulillah..dapat jugak tengok baby baru kita nanti
Takdeklah anak dah 6 bulan baru dapat jumpa papa dia.

Kesian kat Syasya jugak...
Asyik sebut papa je..
Tengok baju abang je mesti die sebut "papa"
Sebab mama dia dah ajar..sebelum tidur cium baju papa dulu
Sebab tu bila tengok baju tu je die akan sebut papa
Kalau baju lain die buat tak tau pun
Tapi Mama die pun hari2 cium baju Papa...
Baju tu memang dah khas letak atas tilam..

Tapi hati perempuan,.
Hati isteri
Mesti terasa sedih bila suami tiada kat sisi saat2 kita perlukan dia.
Tapi apakan daya...Tugas harus dilaksanakan
Inilah pengorbanan isteri seorang tentera.
Hanya kami yang melalui sahaja yang tahu perasaan ni.

Bila duduk dekat...Mesti ada nak gaduh sikit-sikit kan
Adat rumah tangga.. 
Lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri..chewah...hahha...

Bila dah duduk jauh ni...
Kita akan teringat kebaikan pasanagn kita walaupun selama ni kite tak pernah terfikir pun.
Bila dah duduk jauh ni..
Sekecil mana pertolongan pasanagn kita [un baru kita akan tersedar.
Selama ni kita tak perasan pun.
Aku pasti..ramai kawan-kawan yang akan bersetuju.

Contoh 1

Situasi beli barang 
 
Lepas balik beli barang...
Mestu penuh bonet kereta..stok barang dapur untuk sebulan
Pampers anak..Susu anak..Beras...macam-macam lagilah keperluan dapur..
Mesti suami cakap " anja masuk dulu bawak Syasya..nanti abang angkat barang masuk rumah "
Masa tu tak fikir apapun.. Kita hanya fikir takpelah abang angkat..die kuat.
Kita akan masuk rumah bawak anak tanpa tolong angkat satu pun barang...
Tapi bila abang dah takdek..semua kena buat sendiri
Semua kena angkat sendiri.
Bermula dari tolak troli kat TF.. bawak masuk kereta sampai kena angkat barang naik rumah
Memang meletihkan dan penat nak angkat barang yang banyak tu.
Kena naik turun banyak kali bawak barang naik atas rumah
Sekarang dah duduk tingkat satu lagi siksa..Kalau dulu duduk rumah bawah senang sikit.

Contoh 2
  
Situasi nak balik kampung

Kalau dulu kerja kita cuma packing2 barang..
Kumpul kat tepi pintu
Siap-siapkan anak, barang-barang anak
Nak balik kampung tak ingat dunia..
Macam2 nak bawak balik..so makin banyaklah beg-beg yang akan digunakan
Dulu tak fikir apa-apa sebab ada orang tolong angkatkan...
kalau boleh semua baju dalam almari nak angkut padahal nak balik 2 hari jer.
Suami jugak lah yang akan loading barang dalam kereta...
2 3 kali ulang alik pergi kereta..
Tapi kita hanya akan pergi ke kereta sekali sahaja..tu pun bawa anak..
Sebab apa???Sebab semua barang dah siap2 simpan dalam kereta.
Alangkah senangnya hidup kan
Tapi sekarang..
Bila suami dah takdek..
Semua kena buat sendiri..
Dari packing barang, simpan barang dalam kereta, turun naik 2 3 kali..
Memang penat sangat...letih turun naik tangga
Tapi sekarang time balik kampung..akan packing mana yang perlu sahaja..
Kalau boleh bawak satu beg je sebab nak elakkan kena angkut barang banyak kali
Balik dari kampung pun tak beli barang banyak..
Sebab tak sanggup nak berangkut bawak naik rumah

Sebenarnya banyak lagi benda-benda kecil yang kita takkan perasan..
Bila suami yang takdek..baru kita akan tahu dan akan hargai.
Memang sedih sangat2...Tak sabar nak tunggu bulan 11 nanti
Nak hidup normal macam biasa.
Suami perlukan isteri dan isteri perlukan suami
Hidup suami isteri ini saling memerlukan antara satu sama lain
Saling lengkap melengkapi kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing
Alangkah bahagianya saat tu kan..
Tapi yang penting sekarang ni akan perlu bersabar..
Ramai lagi orang yang mengalami nasib yang sama macam aku kat luar sana

Kadang-kadang jeles juga tengok orang lain kuar sama-sama..
Pergi jalan2 bawa anak kat taman
Pergi shopping sama-sama
Luangkan masa hujung minggu sama2
memang jeles jugakla..hihi...Menangis sorang2 je la
Kesian Syasya...Tak dapat nak bawak die pergi taman
Bukan taknak tapi dalam keadaan aku yang sarat ni memang tak larat nak layan die..
Syasya dah pandai jalan bukan nak duduk diam..Nak berjalan
Letih nak kejar dia
Kesian jugak...Terperak dalam rumah dari pagi sampai ke malam.
Keluar rumah hujung minggu je..tu pun sebab nak pergi beli barang basah.
Even nak bawak dia main kat bawah pun aku tak sanggup..
Tak sanggup nak kejar die main kat bawah...

Semoga Allah berikan kekuatan pada diri aku dalam menghadapi semua ini
Allah lebih mengetahui dan Allah tahu yang aku yang aku boleh laluinya
Kerana aku orang-orang yang terpilih nak terima dugaanNya.
Betul kata orang....
Makin jauh makin sayang...
Memang aku tak nafikan..
Yang penting kesetiaan kita kepada pasangan masing2
AKu bersyukur sebab terpilih menerima dugaan dari Allah ini.
Sekurang-kurangnya aku dapat perbaiki kelemahan diri dalam melengkapi kehidupan suami tercinta

Ok kawan-kawan semua

Doakan aku kat sini ok
Dan jangan lupa doakan doakan keselamatan suami dan rakan-rakan seperjuangannya di sana
Semoga abang selamat pergi dan balik
Kami semua sayang dan rindu sangat-sangat pada abang..

Gambar kat bawah ni gambar baju terakhir yang Suami tersayang pakai
Aku memang tak basuh supaya bau die tak hilang...
Ni je la yang dapat hilangkan rindu aku dan Syasya pada Abang...
Baju ni jugak peneman aku masa aku sedih..
Aku sayang sangat baju ni..
Ibarat suami ada kat sisi..
Baju ni jugak kekuatan aku kat sini...
Walaupun die jauh tapi aku dapat rasakan yang suami aku sentiasa berada di sini kami





DAH 4 BULAN BAJU NI TAK BASUH..SUPAYA TETAP FRESH... :)



















PAPA... BILA PAPA NAK BALIK..SYASYA RINDU SANGAT-SANGAT KAT PAPA...






Petua Membelai Suami

 



Petua Membelai Suami

1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.

2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.

5. Sentiasa berhias untuk suami bila berada di rumah. Mengenakan pakaian yang boleh membuatkan si suami bersemangat atau ghairah seperti pakaian yang nipis atau seksi. Walaupun malu, lakukannya kerana setiap lelaki mahukan wanita berpakaian seksi. Tambahan pula, pahala untuk si isteri hanya dengan membuatkan suami menjeling geram.

SUMBER : Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung



Dah 24 minggu

Minggu ni dah 24 minggu pregnant
Perut pun makin nampak
Walaupun tak besar macam orang lain...tapi dah tak boleh nk sorok2..hihihi..
Sekarang ni asyik sakit kaki dan ari-ari jer
Nak berjalan pun terhincut-hincut
Kadang-kadang malu juga dengan orang.. tapi apa boleh buat

Ingat balik kampung nanti nak berurut.
Tapi misi bagi nasihat jangan sebab bahaya untuk baby
Bidan tukang urut tu tak nampak benda kat dalam
Misi cadangkan lebih baik kalau pergi scan
Aku pun ikut jela..
Risau jugak.
Takpelah,tahan jela..tak lama dah
3 bulan je lagi sebelum baby keluar

Bila baca komen dalam "Persatuan Ibu-ibu comel mengandung "
Rasa sedih pun ada..
Macam-macam luahan yang ada
Pasal suami jauh, jumpa hujung minggu jer..kena drive sendiri nak pergi klinik
Aku teringat pasal diri aku
Aku rasa lagi kasihan..Dah la suami jauh..masa bersalin nanti pun sorang2 jugak

Nak buat macam mana..
Itulah pengorbanan aku untuk suami
Rasa sedih pulak
Macam mana lah nanti kan
Sapa nk teman aku time rehat??
Sapa nk jenguk aku tiap kali waktu melawat??
Kalau dulu suami datang tiap kali waktu rehat..teman aku kat ward
Tapi sekarang takdek dah
Nk makan apa-apa pun susah dah
Takdek sapa nak layan aku

Sedih sangat-sangat
Sapa nk tukarkan baju..nak tukar "pad" nanti
Mesti kena buat sendiri
Dahlah masa tu memang takdek tenaga
YA Allah..kau kuatkanlah semangatku
Berikanlah kekuatan kepada diriku
Sapa nak uruskan dokumen2 aku nanti

Argh..sedihnye....
Saat-saat macam ni semua orang perlukan suami..
Hanya die yang dapat bantu kita...
Macam manalah keadaan aku nanti
Hanya Allah yang dapat tolong aku.
Nak tak nak..aku kena hadapi jugak
Suami 22.6 baru balik cuti.. 
Itupun cuti sebulan je.
Tapi oklah..Dapat jugak jenguk kami kat sini.

Memang pada orang lain setahun tu tak lama.
Tapi bagi aku memang lama sangat
Ni baru 3 bulan..Rasa macam dah separuh nyawa dah

masuk minggu ke 36 nanti memang dah kena berjaga-jaga
Dah kena plan nak mintak tolong siapa kalau sakit tengah malam.
kalau siang kat tempat kerja ok lagi
Ramai kawan-kawan yang ada.

Ya Allah Ya Tuhanku
hanya padamu aku berserah
Kau permudahkanlah semua urusan ku
Selamatlah kami ketika detik itu.

Aku mesti kuat.
Tak boleh sedih-sedih
Kena selalu happy.
Barulah tak fikir macam-macam masalah
Nasib baik mak mertua ada kat rumah.
Boleh juga temankan aku bila dah sarat nanti.
Boleh tengokkan Syasya..
Dalam keadaan yang dah sarat nantu..Tak terlayan kerenah Syasya.


Tanda-tanda hamil bayi lelaki atau perempuan

Bayi lelaki atau perempuan?
Semua ibu mengandung pasti akan terfikir-fikir jantina kandungannya.
Sama juga macam aku
Tak sabar rasa nak tau jantina...
Dok dang orang tenganu kabo...
Rasa lama lagi nak tunggu..hihi

So..apa lagi..
Aku pun google la apa petanda-petandanya.
Lepas pun mulalah duk bandingkan ngan perubahan yang berlaku pada diri..hihi

Jom kawan-kawan..
Kite tengok tanda-tanda hamil baby girl or boy...

JOM.....


 Tanda-tanda mengandung anak lelaki

1. Jarang mual dan lebih bersikap seperti sebelum hamil

- Mengandung kali ni memang tak lama morning sickness. Tak macam mengandung dekat Syasya dulu.. masuk bulan keenam baru boleh jamah nasi. Tapi kali ni..masuk 3 bulan dah boleh bantai macam-macam..Siap boleh masak-masak lagi
 
 2. Detak jantung bayi rata-rata antara 140/minit

- Yang ni tak pasti pulak sebab tak check pun buku mengandung tu. Tapi time Syasya dulu lambat nak rasa baby bergerak tapi kali ni cepat je dah dapat rasa pergerakan. Mungkin sebab dah ada pengalaman kot..hihi

3. Perut bentuknya lebih bulat seperti bola

- Yang ni tak perasan lagi. Sebab dua kali mengandung semua perut kecik2..comel2 gitu...haha.. Dah masuk 6 bulan pun masih boleh sauk baju kurung lagi

4. Cenderung menyukai makanan yang rasanya masin dan masam

- Cenderung ker? Time mengandung kat Syasya dulu pun suka makan asam. Aku rasa semua ibu mengandung suka makan asam sebab nak hilangkan mual. Tapi mengandung kali ni kuat jugak aku makan asam. Siap beli jeruk kelubi lagi satu balang. Sekarang time raya cine, apa lagi..banyak makan buah limau.

5. Cenderung menyukai makanan yang kaya dengan protein seperti keju, telur, daging dan lain-lain

- Yang ni betul. Sebabnya alahan tak lama dan boleh makannasi..semua benda aku bantai..telur satu sarang memang stok sebulan ada kat rumah. Kalau takdek lauk je kompom goreng telur..hihi

6. Kaki terasa lebih sejuk dari biasa

- Sejuk macam mana yer?kalau time hujan sejuk la. Tapi kalau bab kena "setak karong" tu memang selalu masa mengandung kali ni.. Pantang sejuk sikit memang kena. Time Syasya dulu sikit je..Mungkin kena dalam 2 atau 3 kali je. Tapi yang ni memang kerap kena.. Adadah petanda baby boy???hahha

7. Arelo warnanya lebih gelap

- OPPPSSSS.... yang ni tak bleh bagitau.. Hanya aku jer yang tau...hahahhaa.....bahaya-bahaya..

8. Bulu-bulu kaki dan tangan tumbuh memanjang dan lebih subur saat sedang hamil

- Yang ni memnag takdek. Sebab memang jenis kurang bulu kot..hahah.. Tapi time mengandung Syasya dulu pun takdek jugak.

9. kulit cenderung lebih kering

- Yang ni biasa je . sebab kulit aku memang jenis sejak dari dulu lagi. Tapi selalu pakai losyen so tak nampak sangat perubahan dia.


10. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak lelaki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan

- Tak pasti pula mana utara mana selatan. Tapi mengandung kali ni suka tidur mengiring ke kanan. Masa Syasya dulu suka tido mengiring ke kiri. Tapi sebenarnya elok tidur mengiring ke kiri. Elok untuk baby 

11. Urine cenderung bewarna lebih cerah

- Tak dan nak tengok...hahha.. Tapi mesti warna cerah..kalau warna gelap ada masalah kencing kotor pula. Sebab time checking kencing ok je..takdek apa-apa masalah.

12. Hidung terlihat lebih mengembang.

- ??? Kembang?hehe... Tak tau la pula..Hanya orang yang selalu tengok hidung aku je yang tau. Tapi kalau tanye aku..mesti aku akan cakap hidung mancung manjang..hehehe...

13. Berat badan cenderung membuatt tubuh melebar ke depan dan samping.

- Aku pun tak perasan.. Sebab aku sorang je yang tengok perut tiap-tiap hari. Kalau Papa Syasya ada boleh gak tolong tilik-tilikkan.

14. Seringkali diserang sakit kepala

- Mengandung kali ni jarang sakit kepala. Tak macam Syasya dulu.. Selalu sakit kepala sampai kena pergi klinik check dengan doktor.

15. Janin lelaki akan mula bergerak dari arah kanan.

- Mengandung kali ni memang pelik sikit. Sakit dari celah peha sebelah kanan. Nurse cakap kepala baby suka duduk kat area kanan sebab tu kaki sakit. Nak jalan pun terhincut-hincut. Masa mengandung Syasya dulu takdek pape pun..Ok je. Tanye doktor. Die cakap mungkin kekurangan kalsium sebab aku jarang minum susu .  





Tanda-tanda mengandung anak perempuan


 1. Sering mual setiap pagi di awal kehamilan

- Masa mengandung Syasya dulu memang morning sickness yang sangat teruk. sampai muntah keluar warna ala-ala kuning gitu. Tapi kali ni takdek sangat. Sekejap je morning sickness


2. Detak jantung bayi rata-rata kurang dari 140 / minit

- Yang ni tak perasan sebab tak semak pun buku mengandung tu.

3. Punggung kelihatan lebuh besar, berat lebih tertumpu di bahagian pinggul

- Yang ni tak tau nak cakap macam mana.. Mungkin macam biasa kot.. Lagipun sebab takdek orang nk tolong check kan...hihi.. Jangan fikir bukan-bukan ok.. sebab Papa jauh nun berada di Lubnan

4. Dada sebelah kiri lebih besar.

- OPPPSS.... yang ni sensetif sikit..tak boleh bagitua..bahaya woo..hahaa

5. Tubuh terlihat lebih tinggi,

-  Mengandung kali ni dengan masa mengandung Syasya dulu sama je kot. Sebabnye semua baju muat lagi takdek yang singkat pun..hehe

6. Perut terlihat seperti semangka(tembikai) dan melebar

- Tak berapa nampak lagi sebab dua kali mengandung perut kecik jer

7. Lebih menyukai makanan yang manis-manis

- Suka manis? Dua kali mengandung suka yang masam. Tapi lahir first dapat baby girl

8. Tergila-gila pada makanan yang manis-manis

- Biasa-biasa je. Masa mengandung Syasya dulu tak boleh makan sangat. Kali ni makan memang kuat. Jadi perubahan tu ketara sangat. Yang kali ni semua bantai.. Masam..masin..manis..

9. Suka pada buah-buahan terutama buah yang manis

- Dulu memang suka makan buah. Dalam peti memang mesti kena ada stok buah anggur. Tapi mengandung kali ni jarang makan buah. Mungkin sebab dah kenyang makan makanan lain kot. Masa mengandung Syasya dulu memang suka makan buah sebab makanan lain memang tak boleh nak telah dah.

10. Lebih cerewet seperti sebelum hamil

- Aku rasa biasa-biasa je kot sebab aku bukanlah jenis ornag yang cerewet.. Agaknya la..haha.
Masa mengandung Syasya dulu boleh banyak songeh sikit sebab ada orang nak layan.. Yang kali ni tak boleh sebab takdek orang nak layan.. Papa Syasya jauhh.. :(

11. Moody dan suka marah-marah

- Dua-dua kali mengandung takdek nak marah2. masih boleh kawal emosi sebab tak elok untuk baby kalau kita asyik moody jer..hihi

12. Sering mual pada menu-menu beraroma tajam

- Aku pun tak paham maksud die tu... Kalau tajam macam nanas tu kot. Masa mengandung Syasya aku tak berani makan benda-benda tajam dan panas ta[i mengandung kali ni aku berani.. Makan acar nanas dan buah durian. Tapi kalau bab bau-bau tu adalah. Masa mengandung Syasya memnag kabgsung tak boleh bau bewang yang orabg tumis tu..Mesti muntah. Tapi mengadung kali tak kisah pun.. Siap boleh memasak lagi.

13. Payudara berwarna pink dan lebih cerah.

- OPPPSSSS... ni satu lagi..tak boleh bagitau..hahhaha

14. Rambut terlihat lebih merah

- Sama je aku rasa macam sebelum mengandung tu

15. Warna urine lebih gelap dari biasanya.

- Entahlah..tak sempat nak check pun. Janji kencing ok. Sebab time checking ok je..Takdek masalah pape.

16. Lebih suka tampil simple tanpa make up

- Tak jugak.. Time mengandung Syasya aku suka sangat make up. Siap pergi kelas make up lagi nak tambahkan ilmu di dada. Tempah barang make up ngan mak andam.. Tapi mengandung kali aku lebih suka yang simple2 je..Takdek nak make up tebal2 pun.. Just bedak and lipstic dah memadai.

Walau apapun.. tak kisahlah anak lelaki ke perempuan. Yang penting anak dan ibu selamat.Tips kat atas tu untuk panduan sahaja tapi jangan percaya sangat sebab tiap kali mengadung lain-lain kan. Takpe..Kite tangok bila dah sampai due nanti.. baby girl or boy yang keluar...hihihi