Pages

Travel To Kuantan

Ini  cerita masa pergi Kuantan 22.6 haritu. Sanggup ambil cuti sebab nak ikut suami pergi sana... hehehe.. bukan apa, nak luangkan masa bersama sebab 25.6 haritu dia dah pergi kursus kat Port Dickson. Nak buat camana, isteri tentera ni kena berkorbanla... Nak tak nak kena terima jugak die selalu takdek.. Takpe..be positive walaupun dalam hati ni uwaaaaa.............

Mula-mula nak check in kat hotel. Tapi bile pikir balik, mesti bosan sebab suami ada event kat Hotel Zenith dari pukul 7 sampai tengah malam.  Mesti bosan kan. Padan muka, sebab sapa suruh ikut, so kena duduk kt bilikla...hehhe... Tapi nasib baik ada kawan sekampung yang offer duduk kat rumah die. Takdeklah bosan sangat. Terima kasih Yus n suami sebab bagi aku tumpang rumah ko.. hehehe...

Syasya suka sangatla sebab ada Irfan. Sanggup tak tido nak main mainan Irfan.. Kesian Syasya tak dek basikal...main je yang Irfan punya. Takpe, nnt mama belikan untuk Syasya satu ...mainla puas 2 kat umah...hihihi... Seronok berborak dengan Yus kat rumah die. Takdekla nak bosan sangat. Malam tu ingat nak pergi Giant dengan Yus n husband die tapi tak jadi sebab Syasya dah tido. Kalau pergi confirm die mengamuk dalam Giant tu. Syasya ni kalau kata nak tido, nak tido jugak. Nak kena baring kat tilam. Taknak tido atas kite ni.. Taula mama ni tulang je yang ada. Mesti seempuk tilam kan...hihi.. 

Petang tu, lepas suami balik dari rehearsal kat hotel tu, terus pergi jalan kat air terjun pancing. Pergi sekadar tengok air je, pastu terus balik...hihi.... Masa tak mengizinkan masa tu. Sebab pergi dah pukul 6 petang, sampai 6.30 ptg. So..sempat rendam Syasya ngan Irfan jela.... Lebih kurang sepuluh minit je.. Takpe, nant ada masa datang lagi sana.. Rindu nak main air.. Last main air masa pergi kat swimming pool kat Sarawak... Lama dah, masa Syasya 3 bulan dalam perut lagi...hihihi...

Sebelum balik Kuantan ada singgah dekat Taman Teruntum.. Konon nak tengok beruang tapi tak nampak pun. Binatang lain ada la.... teringat masa kecik2 pergi sini dulu... ada satu peristiwa yang tak dapat dilupakan.. aku kena kejar dengan monyet kat situ..... tapi bukan duduk dalam sangkar pun, yan dalam hutan tumpang duduk kat zoo tu kot. Die kejar sebab aku bawak makanan ringan.. Aku lari sampai jatuh tersungkur, nasib baik tak jatuh tangga.. Bongok punye monyet tu. Tapi aku tak bagi pun makanan tu.. Kalau nak belilah sendiri...hahahha... JAhat betul manusia ni....

Lepas pergi zoo, sempatlah singgah Teluk Cempedak sekejap.. Ingat nak ambil gambar, tapi Syasya dah mengamuk sebab nak tido.. Ambil gambar sekeping dua je, pastu terus blah... Sebab dah tau sangat kalau Syasya dah start mengamuk, habis jawabnye. Sebab tu lah aku pernah kena saman kat Highway Karak.... Bawak kete laju gile babas seb bek tak terbabas sampai kena speed trap.....

ok la..kat bawah ni nak kongsi gambar kitorang sepanjang ada kat Kuantan ni. Ni sebagai kenangan la kiranye..hihi

suka sangat Syasya n Irfan
ni la agaknya cucu monyet yang pernah kejar aku sampai jatuh dulu
kes Syasya jeles papa die dukung Irfan
Mengamuk sebab nak tidur

TIK TOK..TIK TOK...

Tengok jam baru pukul 4.10 petang. Penatnya rasa waktu ni berjalan. Tak sabar nak balik rumah. Rindu kat Syasya. Rasa macam nak balik terus je, tapi mati kena marah dengan boss...hihihi.. Takpela, sabar..sabar.... Rindu nak pegang Syasya ..nak tengok die gelak bila sampai nak ambil kat rumah pengasuh. Dari tingkat atas Syasya dah senyum tengok mama die parking kat bawah. Bile kite naik je kat rumah,mulalah gelepar nak suruh ambil. Kadang-kadang tu saje je babai konon nak tinggal die..MUlala menangis...hihi..Jahat betul Mama Syasya ni.

Takpela, walau penat pun tapi seronok. Syasya sekarang ni dah pandai merangkak dah.. Aduh letihnya mama nak kawal Syasya ni. Pantang terlepas laju jer nak pergi berdiri kat sofa tu. Mulalah nak menyusur sofa. Berlari mama pergi jadi pagar kat belakang Syasya tu. Takut jatuh nanti kesian pulak. Nak marah tak guna sebab budak kecil mana paham kalau kita marah2. Lagipun tak elok marah anak..hihi ( walaupun kadang2 terlepas jugak ). Takpela Syasya, mama rela jadi pagar asalkan Syasya cepat berjalan. Harap2 raya nanti dah pandai jalan sendiri, boleh kite pegi beraya sama-sama..hihihi

Bila dah sebelas bulan ni, Syasya dah pandaik buat macam2 apa yang kita ajar. contohnya macam buat bunyi "perp..perp " guna mulut dah pandai. Ikut kite jelir lidah pun dah pandai. Alhamdulilah, dah makin pandai dah. Jelir lidah tu bukan unytuk ejek tau.. Tu salah satu ransangan untuk bayi tau.. Mama Syasya ni rajin cari maklumat tentang bayi dalam google. Tiap2 bulan tak pernah miss beli majalah Pa&Ma.  hihi....

Tapi susah kalau nak bersiap pergi kerja pagi-pagi. Pantang kita keluar dari kelambu (kelambu besar yang kita blh masuk sekali tu ),mesti menangis nak ikut. Kalau papa ada senang sikit, kalau papa takde yang susahnya. Tak taulah camana nanti lepas papa Syasya pergi Port Dickson minggu depan....jenuh mama nak siap2 pergi kerja kelam kabut.. hihi.... Sejak dah besar dan kenal orang ni, susah nak tinggal, mesti nak ikut..nak bergayut je.. apa lagi, siap2 mandi terus ambil cermin, duduk depan kelambu tu.. solek2.. Suka sangat Syasya ni kit duduk depan die,lagi suka kalau mama bagi die tengok cermin, mulalah suka menjerit-jerit.. babai pada ceemin tu, padahal memang muka die pun, maybe ingat ada kawan kot...

ok, sekarang mama nak kemas-kemas makmal dah ni... jap lagi dah pukul 5.00pm... Apa lagi, terus start enjin nak baliklah. Nak ambil Syasya... Syasya tunggu yer....

Sawan Tangis.

Kisah ni mungkin akan jadi panduan dan pengajaran kepada ibubapa yang mempunyai anak kecil. Mungkin ada yang faham apa itu sawan tangis dan mungkin ada tak tahu. Sawan tangis ni mengikut kefahaman saya adalah budak yang akan menangis berpanjangan tanpa sebab.


Benda ni pernah berlaku kepada Syasya lebih kurang bulan lepas. Bila masuk waktu maghrib ke atas je,mulalah mengis tak henti-henti. smpai naik takut kite dengar die menangis. Mata nak tido tapi bile nak tido mesti meragam. Pening. Kalau kita sorang2 kat rumah tak tau la nak buat camana, g tumpang rumah sebelah kot..hahha... Rumah tu baru duduk bulan 2 haritu, sebelum ni orang bukan islam yang duduk. Ingat bila menangis sebab lapar,tapi bile bagi susu pun takdek kesan juga. 

Syasya ni bukan budak yang suka menangis sebenarnya. Tapi dalam kes ni, tibe-tibe je die akan menangis. Menangis tanpa sebab. Bila menangis mata pejam, tapi air mata tak keluar setitik pun. Mulala timbul urat2 kecik kat kepala tepi mata die tu. Bila dah banyak hari macam tu, mesti kena buat sesuatu kan. Risau karang takut mata terbuntang je kuat menangis sangat.

Bila minta pendapat kawan, die syorkan  jumpa dengan ustaz di Darul Syifa.

Kat sana ustaz tu ada baca doa2 sikit. Tapi menangis jugak. Cuma ustaz tu cakap dah keluar nanti baru dia diam. Sebab kat dalam tu ada macam2. Betul jugakkan, sebab kat situ tempat orang datang berubat. 


Alhamdulillah, keluar je dari rumah tu, masuk kereta terus tido. Kesian Syasya dah banyak hari tido tak lena.  Yang kesian tu tido sambil berdiri. Sampai kat rumah,lentok atas papa die. Ustaz tu ada bekalkan air minum dan mandi. Lepas amalkan terus Syasya ok. Lepas ni takut dah nak keluar malam, even nak makan pun kena elakkan jugak. Nak balik  malam dari Rompin pun takut juga sebab akan lalu kat kawasan hutan.  Takut pisang berbuah dua kali.


Sekarang ni keadaan dah ok dah. Bila ambil dari pengasuh je, kadang2 pukul 6.30 atau 7 malam dah tido dah. Dapat jugak papa ngan mama rehat.. hehhe...


Kat bawah ni ada snap satu gambar Syasya tido atas papa die lepas balik berubat.
Kesian Syasya mengantuk sangat.


TANDA-TANDA ANAK MENANGIS DISEBABKAN GANGGUAN

Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.
Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.

Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

ayat al-Kursi,
surah an-Nas
surah al-fatihah
dan surah al-Falaq, 
kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
 







permata hati: DOA UNTUK ANAK

permata hati: DOA UNTUK ANAK

DOA UNTUK ANAK






1. Doa memohon Rahmat,
surah Ali-Imran, ayat 8-9.
(mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)”.
“Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya”. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.

2. Doa mohon zuriat yang baik,
surah Ali-Imran (ayat 38).
Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

3. Doa anak supaya kerjakan solat,
surah Ibrahim (ayat 40-41).
Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”.

4. Doa anak agar taat kepada Allah,
surah Al-Baqarah (ayat 128).
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah Taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

5. Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang,
Surah Al-Furqan (ayat 74).
“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

6. Doa anak pandai belajar,
surah Al-Anbiya (ayat 79).
. Maka kami Telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat)[966]; dan kepada masing-masing mereka Telah kami berikan hikmah dan ilmu dan Telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. dan kamilah yang melakukannya.

7. Doa anak lembut hati,
surah Al-Anbiya, (ayat 69)
Kami berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”,
atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

8. Doa anak rajin sekolah,
surah Taha (ayat 1-5).
Thaahaa
Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
(yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy

P/S : semoga menjadi anak yang solehah untuk Papa dan MAma.. amin...

2nd Anniversary

Harini dalam sejarah..chewah.... 12.06.2012 . Genap 2 tahun usia perkahwinan dengan My Husband. rasa sekejap je,tak terasa masa yang berlau. Banyak suka duka ditempuh bersama. 1st anniversary sambut berdua, 2nd anniversary sambut bertiga... Seronok sangat-sangat rasanya.. Perjalanan rumah tangga ni masih jauh lagi. Banyak lagi yang nak kena belajar... Untuk My Husband, anje sayang abang sangat-sangat tau. Terima kasih sebab sudi kongsi hidup kita bersama. teringat masa majlis dulu... ni kira nak "flash back" semula la ni...hihihi.... rasa nak sanding lagi je..opss...tapi tetap dengan My husband ok.. hehhe... ok jom... nak imbas kembali 2 tahun yang lalu....

12.06.2010

saat bergelar menjadi seorang isteri

sampai sekarang mas kahwin ni tak buka2 lagi

Family mertua





suka gambar ni..hihi

keluarga saya







aumpppp...cak!!!

masa lepas burung merpati



4 dara pingitan

 


Puasa Dan Raya

tup tup tup...Puasa pun dah dekat..rasa sekejap je la pulak nak puasa...Pas puasa Tibala hari raya...oh seronoknya... Teringat kenangan  masa zaman kecik-kecik dulu..banyak yang tak dapat dilupakan. seronok bile dingat balik ..rasa macam nak jadi kecik semula...hehehe...

Part 1....
ni kenangan malam last puasa sebelum sambut raya... Mesti aku ngan Nonie ( satu2nya adik aku ) ngan Nonoi ( jiran baik sebelah rumah ) akan tawaf kat padang bola  bawa api. Padang bola ni depan kawasan rumah kitorang jer... kitorang akan ambil tin besar, ala yang macam tin marjerin yang mak buat kuih tu..biasalah rembat mak punya..hahaha.... kitoang akan tebuk2 lubang kecik, then isi lilin dalam tu... lepas tu ikat la ngan dawai..kalau tak ,camana nak pegang  kan,nnt panas plk..hahhaha. ni kes kitar semula bahan terbuang..kihkihkih...Lepas tu apa lagi,kitorang akan pegang and bawak keliling padang la...dalam gelapgelap tu..seronok jugak bawak api yang macam nampak tak nampak je jalan tu.... ada satu inseden ni, tak tau camana boleh jadi..mungkin si Nonoi tu tak sempat lagi nak setting barang die,kitorang dh jalan. masa die pakai skirt,tiba tiba api boleh sambar kain die..terkejut beruk kitorang time tu...apa lagi, jerit "api.....api....." sambil berlari pergi cari air kat perigi nak padam api tu. nasib baik sempat padam, kalau tak beraya dalam wad la jawabnya si Nonoi tu kena sambar ngan api..alhamdulillah tak melecur....hahhaha

Part 2.
Time raya je mesti semua budak kecik akan main bunga api. Aku dengan Nonie cuma tumpang main kat rumah Nonoi je..sebab abang die suka beli main bunga api.nak harapkan abang aku takdekla..mungkin sebab diorang semua dah besar,tak main ngan kitorang yang budak kecik ni..hihi... ni pasal gara-gara mercun roket..selalu mercun tu akan terbang ke langit tapi mercun ni macam kejar sapa yang tukang bakar tu je..hahha..mesti korang semua ni pelik kan... kitorang main tu kat beranda rumah Nonoi..port terbaik punye... bakar dalam botol kat atas tangga...pas je mercun tu terbang tibe-tibe die boleh pusing balik masuk kat pintu utama rumah si Nonoi tu..hahha...nasib baik tak kena orang,kalau tak korang semua mesti dapat bayangkan apa yang terjadi kan..hahha....

kat bawah ni kongsi sikit gambar masa hari raya tahun lepas..semua adik beradik ada.. Abang Sepu, Abang Alik dan Kakngoh ada kecuali Noni yang kena kerja jaga orang sakit....jom...selamat menjamu mata anda..hihi..

Abah yang Malu malu bila nak ambil gambar

Maafkan AM mak..hehhe

Alamak Mama..Tersepit Adik...

Tak dapat tahan sebak

Abang Alek

Macam main-main je salam ni


Sambut birthday Alya dan Alisa

cantek alas kek...ni keje kakngoh nak cepat

Mak ngan Abah

Satu Family

Me and Husband

Kakngoh and Abang Am

Abang Sepu and Akak

Abang Alek and Alisa

sempat lagi possing kat kereta baru die...