Pages

Amalan Baik Untuk Anak-anak Kita




4 Petua yang perlu kita sebagai ibu bapa amalkan pada anak-anak.


1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.


2. Membaca Surah Al-fatihah 1 kali dan Surah Alam Nasyrah 1 kali.


3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.


4. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Jalan-jalan

Nak share gambar masa pergi melawat Muzium Negara,...hehhee...
Jom layan....
P/S : Papa Jangan Jeles K...MMUahh...haha
Naik Basikal Nak Pergi jumpa Papa

Syasya dan Nenek

mama nak tumpang sekali la

Cicak Raksasa...hahhaa

Syasya Excited..mama pulak Yang Nervous

Nenek N Acik

Kami ada Burung...hehe

MEOW LUBNAN .....




Cuba korang tengok kucing ni..
Kalau kat Malaysia ni berapa ribu sekor..
Sebab bulu dah la kembang...Gebu pulak tu..
Bersih lagi gemok..haha

Geram aku tengok gambar kucing ni.
Rasa nak suruh je cik abang bawak balik malaysia nanti
Kucing tu bukan yang orang bela pun..
Tu yang hidup sendiri..
Tak taula besar mana kalau ada tuan..
Mau sebesar anak singa yang baru lahir tu kot..
hahaha
Tapi aku memang geram tengok...
Meow.....hahaaa

GENAP 2 BULAN




Harini 22.12.2012....
walaupun dah terlebih beberapa hari..tak sempat nak update..hehe
Genap dua bulan abang pergi sana
rasa macam dah lama sangat..
Jenuh nak tunggu lagi 10 bulan
Kan bagus kalau boleh buang 0 kat belakang tu, akan tinggal sebulan je lagi...hihii
Tapi saya tau..itu takkan mungkin berlaku.
Nak atau tak, kita semua kena tunggu jangkamasa lagi 10 bulan tu kan...hihi

Abang...
Abang jangan risau tentang kami kat sini ok
Mak abang pun sihat dekat sini.
Abang jangan risau, saya akan jaga mak abang macam saya jaga mak saya sendiri ok
Ramai kawan-kawan yang cakap " untung kau dapat mak mertua baik "
Yela, sebab mak sanggup teman saya kat sini sampai setahun lamanya kan.
Saya takkan lupa jasa mak pada keluarga kita.
Sementara mak ada ni, boleh tengokkan saya, tengokkan Syasya
Boleh jugak jaga saya masa dah sarat nanti... 

Abang,
Baby kita sekarang dah 18 minggu abang..
Sekejap je rasa masa berlalu kan...
Lagi 22 minggu dah nak tengok dunia
Saya harap sangat permhonan abang untuk balik bercuti bulan 6 nanti diluluskan
Dapat jugak abang tengok baby kita masa kecil nanti
Walaupun abang tak dapat tengok die lahir
Tapi sekurang2nya abang dapat tengok proses pembesaran die walaupun sekejap.
Teringat masa Syasya lahir dulu..
Semua abang yang uruskan...
Tukar lampin, pakai baju,buat susu, bagi susu...walaupun mak yang mandikan
Saya sendiri pun tkt nak mandikan, Syasya kecil sangat..hhi
Saya mesti rindu detik2 tu nanti abang..

Abang..
Syasya dah makin cerdik tau.
Macam2 dah dia boleh bercakap..
Adik, baby, mama, papa, nenek, tumpah, api, kaki, abang, kakak,kokok, meaw, simpan...
banyak lagilah die boleh sebut..
Syasya pun pandai buat sesuatu benda tu bila kita bagi arahan,
Mulut die cepat je bercakap.
Sekarang macam2 dah die mengomel, 
Memang kite takkan faham.. 
Ayat last die mesti die sebut "no..no..no..."
Hahaha.. kelakar sangat abang
mamang sunyi kalau Syasya takdek kat rumah.

Abang..
Satu lagi perangai Syasya ni pantang nampak kasut die..
mesti die akan menangis nak pakai..
Pastu tunjuk pintu nk jalan kat luar,
Sebab tu sekarang ni kasut die semua letak dalam kotak dalam kereta
Time keluar baru pakai kasut.
Kalau tak, tak larat nk kejar die main kat jalan..
hihii....
Abang mesti rindu dekat Syasya kan.
Takpelah..mungkin ada hikmah abang tak dapat tengok detik perkembangan Syasya..
Tapi abang akan dapat tengok proses pembesaran baby kita yang akan lahir tak lama lagi..

Abang..
Abang jangan risau tentang kami kat sini yer.
Kami semua sentiasa sihat...
Abang mesti janji untuk jaga diri kat tempat orang
Mesti sentiasa berwaspada sebab malang tak berbau
Kami semua setia tunggu abang kat sini tau...
Terima kasih jugak sebab sudi share gambar2 abang masa kat sana..
Boleh jugak hilangkan rindu kami kat sini'

Abang
ok lah sayang,
nanti ada berite terbaru saya akan update semula ok
Kalau abang rindu, bacalah cerita2 kami kat sini tau...

Kami smua rindu dan sayang abang sangat-sangat..
MMuahh..love u so much sayang.

nak g meronda dah


pemandangan kat Lubnan

Kota lama masa perang salib kalau tak silap

sempat lagi possing ek


Yummi...Yummi....




Happy Birthday Abang

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Johari Safri...
 Allah selamatkan kamu...

happy birthday sayang....
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah
Kami sentiasa doakan abang kat sini
Sedih rasa bila tak dapat sambut birthday abang kali ni
Takpe.. tahun depan ada lagi
Yang penting abang mesti janji jaga diri kat sana
 Hadiah abang tunggu bulan 5 tahun depan k
Sekarang belum cukup bulan lagi nak bagi..
Saya nak abang tau yang kami kat sini sayangkan dan rindukan abang sangat2..