Pages

Sawan Tangis.

Kisah ni mungkin akan jadi panduan dan pengajaran kepada ibubapa yang mempunyai anak kecil. Mungkin ada yang faham apa itu sawan tangis dan mungkin ada tak tahu. Sawan tangis ni mengikut kefahaman saya adalah budak yang akan menangis berpanjangan tanpa sebab.


Benda ni pernah berlaku kepada Syasya lebih kurang bulan lepas. Bila masuk waktu maghrib ke atas je,mulalah mengis tak henti-henti. smpai naik takut kite dengar die menangis. Mata nak tido tapi bile nak tido mesti meragam. Pening. Kalau kita sorang2 kat rumah tak tau la nak buat camana, g tumpang rumah sebelah kot..hahha... Rumah tu baru duduk bulan 2 haritu, sebelum ni orang bukan islam yang duduk. Ingat bila menangis sebab lapar,tapi bile bagi susu pun takdek kesan juga. 

Syasya ni bukan budak yang suka menangis sebenarnya. Tapi dalam kes ni, tibe-tibe je die akan menangis. Menangis tanpa sebab. Bila menangis mata pejam, tapi air mata tak keluar setitik pun. Mulala timbul urat2 kecik kat kepala tepi mata die tu. Bila dah banyak hari macam tu, mesti kena buat sesuatu kan. Risau karang takut mata terbuntang je kuat menangis sangat.

Bila minta pendapat kawan, die syorkan  jumpa dengan ustaz di Darul Syifa.

Kat sana ustaz tu ada baca doa2 sikit. Tapi menangis jugak. Cuma ustaz tu cakap dah keluar nanti baru dia diam. Sebab kat dalam tu ada macam2. Betul jugakkan, sebab kat situ tempat orang datang berubat. 


Alhamdulillah, keluar je dari rumah tu, masuk kereta terus tido. Kesian Syasya dah banyak hari tido tak lena.  Yang kesian tu tido sambil berdiri. Sampai kat rumah,lentok atas papa die. Ustaz tu ada bekalkan air minum dan mandi. Lepas amalkan terus Syasya ok. Lepas ni takut dah nak keluar malam, even nak makan pun kena elakkan jugak. Nak balik  malam dari Rompin pun takut juga sebab akan lalu kat kawasan hutan.  Takut pisang berbuah dua kali.


Sekarang ni keadaan dah ok dah. Bila ambil dari pengasuh je, kadang2 pukul 6.30 atau 7 malam dah tido dah. Dapat jugak papa ngan mama rehat.. hehhe...


Kat bawah ni ada snap satu gambar Syasya tido atas papa die lepas balik berubat.
Kesian Syasya mengantuk sangat.


TANDA-TANDA ANAK MENANGIS DISEBABKAN GANGGUAN

Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.
Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.

Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

ayat al-Kursi,
surah an-Nas
surah al-fatihah
dan surah al-Falaq, 
kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
 







No comments:

Post a Comment